keperluan kaki:- kasut yang selesa.

hari ini kita nak cerita pasal keperluan kaki. haha. kaki yang sihat menjana minda yang sihat. sebab kaki yang sihat boleh jalan-jalan dengan senang hati sambil melihat panorama indah ciptaan Tuhan. hee. cantik tak mukadimah kali ni?. haha

tak perlu kepada refleksologi mahal-mahal. kaki kita tidak akan sakit kalau kita memilih kasut yang tepat. sebab tu pereka kasut die punya income bukan sikit-sikit. designer kasut boleh jadi jutawan tau. haa, boleh bayang tak. betapa pentingnya kasut dalam hidup?

bab kasut, bukan semestinya kena beli yang mahal. yang ada brand, beli mahal-mahal tujuan menunjuk-nunjuk buat apa kan. tapi belilah yang kualitinya berbaloi dengan harga. yes!. kita beli sebab kualiti, keselesaan, tahan lasak, tahan lama. cantik dan sebagainya. tapi kalau beli saja-saja tapi tak pakai simpan saja dalam kotak buat koleksi tu dah kira membazir pulak. jangan membazir, Allah tak suka. syaitan suka. 

ok. now mari bercerita tentang kasut penulis:-




kasut yang dibeli pada bulan puasa yang lalu. (september '09)




now dah bulan june '10. maknanya dah 10 bulan aku pakai kasut tersebut kemana saja. you all tau kan yang aku ni kuat berjalan. kalau pergi mall tu memang tak boleh kira dah. jalan kaki kat UM, lagilah tak payah kira. and kadang-kadang dari Masjid Jamek, jalan kaki pi Sogo. pernah gak dari Pasar Seni berjalan kaki sampai The Mines (lalu Puduraya). kalau letak 'meter' kat kaki aku nih. dalam sebulan tu mau berbatu-batu kowt aku berjalan. yes, aku boleh berjalan kaki seharian, asalkan aku berjalan kaki dengan kasut yang menyelesakan. macam kasut kat atas tuh. sangat selesa, dan lasak. walaupun berharga 59.90sen. kasut tu boleh bertahan until now. dan mungkin boleh lebih setahun. walaupun aku pakai ia hari-hari.

bila aku beli satu-satu kasut. aku sebolehnya akan cari kasut yang mustahil untuk buat aku sakit kaki. tak peduli dia tak bape lawa ke apa. kalau beli kasut jenis sandal, aku tak suka jenis yang tapak nipis. sebab anywhere kat KL ni selalu hujan. kalau pakai yang agak tinggi selamat sket dari jalan becak. tapi bukanlah high heel. high heel aku tak akan pakai kowt. (tapi kasut untuk hantaran kawin mesti high heel rite?.. alahai.). bab warna, sebolehnya akan cari yang kaler hitam. (tak nampak kotor). atau krim or putih. senang match dengan baju kaler apapun. mustahil la aku nak beli kasut kaler hijau ke merah ke pink ke. haha. tak akan kowt.





kasut beli semalam. harga yang sama. 59.90sen.


yes. setakat umo 22 tahun 7 bulan hidup kat dunia nih. aku belum pernah beli kasut dengan harga more than RM60. beli kasut mahal sangat nak bawak pi mana kan. paling jauh pun bawak berjalan kat mall. bawak pi dinner kolej kat Hotel (UM la asal dinner je mesti nak kat hotel grand ball room la ape jadah la), selain tu,errr. bawak pi kenduri kawen?. alahai, pakai sandal sudah. jalan atas tanah jugak. HAhA!

taktaulah. mungkin kasut ni boleh dianggap sebagai kasut raya. ceh. padahal raya 3 bulan lagi. (jap, puasa dah habis ganti lom ek?) ni dah masuk bulan Rejab dah ni. ai. main-main dengan kewajipan bayar hutang. ~insaf jap. esok kena puasa!

sebenarnya bukanlah nak beli sangat kasut nih. tapi lebih kepada persediaan nak kerja part time akan datang. so kena ada kasut hitam la at least 1 pair. sebab biasanya kerja kena pakai kasut bertutup kan. umo dah lanjut nie dah kena pk untuk cari duit sendiri. tak boleh mengharapkan parents lagi dah walaupun aku masih blaja lagi sem depan. err, nak harapkan pakwe kaya?, jangankan yang kaya, yang tak kaya pun tak ada di sisi. HahaHa. 




ok. try tengok tapak dia. getah punya. sebab aku tak suka kasut yang 'bising' bila kita berjalan. bunyi 'tok'-'tok' for me adalah annoying. rasa macam, wehhh! boleh diam tak kau kasut?. haaa. camtulah.







mengidam nak beli kasut Skechers. (dijamin lasak dan selesa habis) err, tunggu duit nuffnang membiak-biak dululah. HahA!


Comments

iQa~ said…
Betul...

Kasut satu keperluan..Klau xselesa,sakit kaki..

I do prefer to wear crocs..Even mahal skit, tp sgt selesa...Crocodile n hush puppies pun selesa...~
wahhh.. yang first tu memang citarasa aku.. aku suke pakai pesen2 gitu.. heehee..

skang susah nak cari kasut main pakai bantai sbb kaki ku dah tahap kronik snang jatuh pakai certain kasut.. so, kena cari yg betul2..
Hanis Tang said…
timekaseh sebab ingatkan tentang puase T_T..
belum ganti lagi nih.
myQza said…
aku tak suka beli kasut byk2.
aku akan pakai kasut tu sampai lunyai.

tapi betuullah,
kena pilih kasut yg sesuai.
jgn ketat.
jgn longgar
Kie-yu said…
wohoho~
saye juge suke beli kasut
cik nurulain said…
klu u tak suka kasut kaler lain, i lak jnis tak suka kaler hitam. be it kasut ke baju ke. ntah la. itam macam terllau dull...
Anonymous said…
sy lebih suka pakai slipar japang je..haha..kalau even tertentu baru pakai high heels..dr masjek jamek ke sogo mmg jauh..letih giler kan..tp nasib ada kedai byk x r letih sgt rase..

kasut yg baru beli tu cntik sgt..


smalah kita..kasut paling mahal rm59.90..xperlu mahal2 last2 kat kaki je.hihi..
.::WaNiE::. said…
kasut tu cantik !!

wani kalau beli tengok harga dengan tengok kasut tu, test selesa ke tak baru pikir berbaloi ke tak dengan harga huhuhu
Suziey Ahmad said…
waa nmpk selesanya kasut tu..nice design..:)

hai salam ziarah..jom join GA at my blog..sgt simple..just be my follower n leave a comment:)
cantik.

tapi agak tak suke mende2 kale itam :P
Sayang Amirah said…
nuffnang saya koosong dr dulu smpi sekarang . wahahah !!
sweetsal said…
kasut cantiknye..tuan nyer pun mesti cantik kannn...
Seimura said…
design kasut cantik tapi tali tu tak perlu kot.

woi cepat2 ganti puasa. hahahah.
kasut aku yg paling mahal yg pernah aku beli sendiri ialah kasut converse. haha. berbaloi. tahan lama. eh dah nak raya ka? waaa. ganti puasa cepat! :p

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..