"anak Mama mesti kaki bola, macam Daddy dia".





eh. eh. semacam apakah tajuk kali ini. HahahA!


ok. ini nak cerita pasal bola sepak. dan bola sepak lagi dan lagi. makan bola, tidur bola minum Coca Cola. (aku tak boikot Coke, so what?!. nak boikot blog aku?. haa. sila-sila!). dan peduli lah jika anda golongan yang tak suka bola sepak. jangan  adakan masa untuk pertikaikan minat orang lain. "apalah best sangat bola?. bosan je". haaa. kalau kau bosan kau layan lah benda lain. pergi layan gosip Fasha Sandha 'bergaduh' dengan Tiz Zaqyah ke. apa ke. pergilah kau. pergi!

World Cup ni bukan lama pun, sebulan je dalam 4 tahun. cuba kira nisbah dia?. sangatlah kecil rite? kalau 'lelaki anda' berpergian tidak mempedulikan anda gara-gara World Cup. biarkan sajalah. memang World Cup lagi penting dari anda buat masa ini. begitu juga kepada lelaki yang tak minat bola tapi 'perempuan anda' gila bola. bagilah peluang girlfriend anda layan bola. layan World Cup jauh lebih best daripada 'main mesej dengan boyfriend'. alahai. bosannya bermesej-mesej, "syg buat apa?, dan makan lom? makan apa? dengan siapa? makan kat mana?". Erghh!!. layan Park Ji Sung lagi best!

ok. point penting daripada tajuk adalah:-


" saya tak minat lelaki yang tak layan bola sepak, yang tak tau apa-apa pasal dunia bola sepak bukan pilihan saya "


sekalipun dia seorang pemain bola tampar/keranjang terhandal, kalau dia tak boleh bertahan menonton bola selama 90 minit. He's out. out of my list. eceh! 'lelakiku' kelak. seharusnya ada pasukan kegemarannya yang tidak sama dengan pasukan kegemaran aku. macam kalau aku sokong Korea Selatan, beliau mestilah sokong negara lain. Belanda ke. so nanti aku boleh 'bertaruh kosong'.

"Kita tengok pasukan kegemaran siapa yang akan menang? pasukan Mama atau pasukan Daddy?":- itu dia dialog kepada anak lelakiku kelak. kahkahkah!




# score SuperSaiya terkini World Cup 2010. Germany vs Australia 4-0!. siapa kata Germany lumpuh tanpa Ballack?


Comments

fikah mus said…
park jisung terbaek la!!
sebab jerman skor 4, maka korea dah terkebelakang sikit dengan 2 gol.
kalau tak, menten je negara yang jaring terbanyak setakat ni.

asalnya,tak minat bola.
tapi terjangkit dengan parents n adik laki.
Anonymous said…
perhh.. menang beso german smlm.. dah agak dh pun... hehe
.::WaNiE::. said…
oh, fasha sandha bergaduh ngn tiz zaqyah ke?

hahaha
myQza said…
alamak!

kalau aku lelaki awal2 aku dah kena rejek sbb x minat bola!
melekat dpn tv or kat kedai mamak 24/7 hehe
Queen said…
ehehehe..ade plak gitu...
jgn..jodoh di tgn tuhan...ahahha...betul tak..

tp saya dan yabang also takdelah minat bola..but penangan world cup..dua2 cuba bertahan selagi boleh utk tgk bola..heeee
- zuriey - said…
abis la laki yang tak minat bola..sgt tipis peluang anda..haha
PuanPepel said…
minat da makin kurang....uwaa... adakah bila bertukar boipren...minat turut sama bertukar?? hah....itu yang kita taktau...
Unknown said…
hahaha
dah tau dah statement ko tu
Anonymous said…
betul2 up to dated dgn world cup ni kamu ekk sarah !

thumb up !!! ^-^
Anonymous said…
ala..nampak gaya sbulan ni baca entry awak pasal bola je la ek..huhu..

xminat mane bola tp sokong brazil..hehe..
ZACK ENTRY said…
kalau ballack ada mungkin jadi German skor 8 -0 kot..hehe
ILA HonEyBuNNy said…
yeahh btol tu..lelaki seurgnya mesti tahu psl bola....hehehhe....dmm bola mkn bola la diorg..hahah

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..