aku blogger atau penulis.?





referral hari ni. kebanyakkannya dari blog arwah Bro Sham. oleh sebab ramai bloggers buat entry khas tentang arwah. maka ramai yang berkunjung ke blog arwah. termasuklah para bloggers yang tak pernah mengenali beliau. dan kebanyakkan pengunjung berminat untuk tahu, siapa bloggers yang rapat dengan arwah melalui bloglist beliau. mungkin ada ahli keluarga atau saudara-mara serta kawan terdekatnya yang turut membaca blog rakan-rakan arwah.

semalam, langsung hilang selera untuk makan malam. hanya makan roti inti kelapa. tiada mood terhadap makanan. hari ini. tiada cerita untuk diceritakan. tidak melakukan sebarang aktiviti. lebih banyak memikirkan hakikat sebuah kehidupan dan kematian. aku juga seperti sudah tidak mempedulikan langsung tentang 'traffic', tentang 'nuffnang'. malahan turut berasa 'sakit hati' dengan entry yang bertajuk sedemikian. termasuklah entry aku sendiri yang berkisarkan tentang itu.

sudah-sudahlah. aku hanya mahu jadi seorang penulis yang biasa sahaja. yang berkongsikan tentang pemikiranku. dan pengalamanku. kalau memang aku blogger. ini adalah blog aku. dan penulisanku. hanya itu.



p/s: mengamati sebuah kehidupan, yang indah selalunya sementara. Allah sentiasa memberi ujian. ~tabahlah~

Comments

.Huda Luna said…
kite tulis je ape yg kite rs
ok?

=)
serol said…
trafik dan nuffnang tu tak terkejar kalau dikejar lama2. Minat kepada blog itu lagi penting
bh said…
saya suka menaip=)
Bro Framestone said…
pe kate jd cam bro..

relax je.. ade je bnde yg ingin dikongsikan.. even nampak cam rapu rapan je

BroFramestone Blog
Hafiz Yusof said…
dugaan itu mendewasakan
elyana yazmin said…
ni kire refferal la ni?
ohoo..
herm.walau pon tak kenal siapa arwah..tapi betul ckp miss sarah..
byk buat blog buat entri khas..
terharu walaupon di dunia cyber ramai yang saling ambil berat.
chayok~
Anonymous said…
duit xkemana..kawan lagi pentingkan..juz tulis ikut rasa n naluri kita..
Seimura said…
aku juga masih sedih atas pemergian arwah. al-fatihah.. :((
.::WaNiE::. said…
tak sempat kenal dan tahu siapa beliau

but ramai blogger yang terkesan dengan pemergian beliau

:)al fatihah untuk beliau
fndrocka said…
bro sham pernah bagi komen kat belog aku..dapat tak sempat nak bkenalan dgn lebih rapat

Latest Entri Fndrocka: 7 Hari Menjadi Cikgu Zara

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..