Posts

Showing posts from 2012

Ujian Melalui Insan Sekeliling

Allah takdirkan sesuatu berlaku, tak pernah sia-sia, pasti ada sebab atau hikmah tertentu, Allah datangkan ujian kadangkala melalui insan-insan disekeliling kita, bila ada orang sakiti kita, memang kita nampak ianya adalah dari manusia, tapi hakikat sebenarnya manusia hanya perantara sahaja, mungkin kita sendiri sebenarnya ada silap dimana-mana, mungkin silap yang 5 tahun lepas misalnya, Allah balas balik dengan diujinya kita dengan masalah yang datang dari orang lain pada saat sekarang. Allah Maha Adil. Allah Maha Bijaksana.  sebab itu, jangan sesekali kita sombong, selalulah pupuk rasa rendah diri dan berserah kepada Allah, kita hanya hambaNya yang lemah. jangan rasa diri kita dah cukup baik, kita selalu buat silap sama ada silap dengan Allah, atau juga silap dengan makhlukNya. kita sentiasa perlukan Allah. dalam tidur dan jaga, mohon Allah kuatkan iman agar kita selalu redha atas setiap ujian. 

Penulis dan Farid Kamil

Image
Hi readers. dah lama sangat tak update blog. November langsung tak sempat update tup tup dah masuk bulan Disember. Its okay lah. entry ni cuma nak cerita sket yang penulis masih lagi stay di Putrajaya. rezeki masih disini. and. tentang gambar. diambil hari Jumaat baru-baru lepas. i follow fanpage Lagenda Budak Setan and dapat tahu FK turun GSC Alamanda untuk promo LBS2.  so aku yang sepatutnya bekerja at that night secara senyap telah curi keluar untuk jumpa pelakon pujaan. sebelum pergi GSC. I pergi Watson dulu touch up muka. nak nampak menarik kononnya. masa queue up pun aku potong line sebab nak cepat. ingatnya nak ambil gambar berdiri tapi tak boleh so dapat bergambar macam tu pun jadilah, serius FK ni senyap ja. aku cakap itu ini dia cuma balas dengan senyuman ja. mahal betul suara dia.  btw. Thanks Farid Kamil sebab sudi balas tweet dan bergambar dengan patik yang comot ni. n kredit kepada staf GSC Alamanda yang tolong ai snap this picture, snap sekali je ...

Cerita Terkini

1. Penulis adalah pengedar aktif Herbalife. Jangan segan-segan nak tanya anything pasal produk. Tanya pun free. Tak close deal pun tak apa. You can always ask me. Always. 0177137389. Walau dimana anda berada. Saya akan sedaya reply. 2. Penulis akan berhijrah semula ke KL. Bakal tinggalkan Putrajaya tidak lama lagi. So orang KL. Meet me untuk free body evaluation dan boleh tanya banyak bagaimana Herbalife boleh bantu ubah hidup anda. Kita set temujanji. Serious people only! Saya free setiap hari dari 10 pagi hingga 2 petang. 3. What else, cerita lain nya. My sister kat PPUM dah start consume Herbalife sejak bulan lepas. Dan dia boleh saving more sebab tak payah susah-susah beli makan sarapan n dinner. Adik2 kat universiti yang nak jimat sambil lose weight jugak. Anda boleh. Ask me how! 4. Adik yang sedang bercuti semester sedang menemani aku di KL selama sebulan. Dia nak belajar hidup. Nak cari pengalaman. Ya. Pengalaman bukan boleh dapat kalau hanya duduk rumah online 24/7. Pengal...

Make Up Dengan Herbalife

Image
Ini Face Quencher Herbalife yang jadi teman sejati kulit muka setiap hari. Fungsi dia bagi semburan segar pada kulit. Mulanya macam tu sahaja. Bila rasa nak mengantuk, sembur. But since a month ago, Face Quencher dah jadi komponen asas make up. How? Dah lama dah aku pakai compact powder 2 way foundation ni. Bedak ni if kita basahkan span dia sikit and sapu bedak ni ke muka, memang macam kita pakai bedak asas. Tapi basahkan span n terus simpan bedak akan jadikan span tu tak elok sebab lembab all the time. So cara baru nak pakai bedak 2 way foundation adalah dengan semburkan face quencher kat muka terlebih dahulu. Lepas tu terus sapukan bedak. Jadi span pun tak lembab sebab kita tak kenakan air pada span. Tapi dapat hasil yang sama. Macam pakai bedak asas. Weehoo. 2 way foundation ni sebenarnya lebih jimat sebab kita akan guna sikit sahaja bedak tapi ianya kekal lama pada kulit berbanding bedak biasa. Siapa nak order Face Quencher Herbalife untuk make up asas harian. Pun dialukan. ...

Samurai Dan Sakura

Image
Hai hai hai. Bukan pedang Samurai. Tapi burger McD Samurai yang aku try sebab katanya limited time only. Macam prosperity burger lah konon-konon. Tapi for me, Samurai ni hanya boleh dapat 5/10 markah. Sungguh burger yang biasa-biasa saja. Sayur pun kurang, dan sos yang salut daging tu manis macam kicap manis. Tapi air Sakura tu okay-okay la jugak. Memang hanya akan makan sekali ini saja. Sebab saya suka yang pedas-pedas macam Chicken McDeluxe. Oh ya. Ini hadap fast food hanya sekali sekala. Untuk bila teringin. Sebulan sekali dua sahaja. Jangan hadap dia hari-hari. bahaya. Minum shake n tea mix hari-hari tak apa. Siapa nak slim, fit, kulit cantik, dan boleh hadap fast food sekali sekala tanpa risau kan berat badan. Jom join keluarga Herbalife. Ask me how. 0177137389.

Misteri Handbag

Image
Ini semalam punya gambar. Sempena hashtag #MisteriHandbag di laman Twitter. So what is it inside my bag?. (purse, perfume Cosway, Miyami compact powder, Mary Kay foundation, lipgloss Avon, kunci rumah, charger, earphone, brooch, pengepit kuku, pen, Herbalife pin, Herbalife Face Quencher, Omega 3 fish Oil).

Testimoni Herbalife Untuk Cantik

Image
Hi readers. Ini salah satu testimoni pengguna Herbalife yang minum shake everyday. Improve masalah kulit muka yang ada jerawat teruk dan parut jerawat degil. Macam mana dengan minum shake boleh improve skin problem?. Shake formula 1 adalah makanan/nutrisi kepada setiap sel badan kita. Without Herbalife, kita tetap generate sel baru tapi sangat slow sebab makanan biasa hanya sikit je protein yang kita dapat. Shake Herbalife ada 8.7 gram protein maka sel kita regenerate dengan laju. Dapatlah gantikan sel yang rosak dengan yang baru. Protein sangat penting untuk semua penggantian sel baru termasuklah hormon. Kadang hormon tak stabil yang jadi punca jerawat kan. So anyone yang dah cuba macam-macam cara nak kulit cantik tapi tak berhasil. I strongly suggestkan minum shake everyday selama sebulan and tengok hasilnya. Kalau untuk lose weight program, dah boleh double good result, lemak hilang kulit muka pun cantik. Wahaaaa. Berbaloi bukan?. Contact me jika berminat. 0177137389.

4 September

Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada seseorang. Seorang kawan yang dah setahun setengah kita berkawan. Kawan yang macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Kadang jumpa 2-3 kali sebulan. Kadang jumpa 2-3 bulan sekali. Walaupun dah kenal lama, baru minggu lepas dapat tahu nama penuh kawan ni. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 27. Semoga sukses dunia akhirat. Oh ya. Kawan ni adalah kawan in real life. Kami tak add satu sama lain di laman sosial. Jadi mungkin dia tak akan dapat baca ini. Happy Birthday to you. Encik Ahmad.

Merdeka 55 Untuk Generasi Kita.

Assalamualaikum. Semoga sejahtera semua. Alhamdulillah. Hari ini adalah ulangtahun Hari Kemerdekaan Tanah Melayu kita. 31 Ogos 2012. Dah 55 tahun kita menyambut kemerdekaan. Tapi nikmat kemerdekaan saban tahun semakin tidak diendahkan. Sebenarnya bukanlah nak masing-masing patriotik sangat. Tapi janganlah politikkan sambutan kemerdekaan. Nak berhimpun BERSIH ke KOTOR ke. Kenapa di Hari Merdeka. Generasi kanak-kanak hari ini. Apa yang kita fahamkan mereka tentang erti kemerdekaan?. Imagine budak 10 tahun Google image of 'malam 31 Ogos 2012'. and the result is *gambar jalur gemilang sudah bertukar, *gambar pemimpin dipijak. Zaman kanak-kanak anda suatu masa dulu. Bagaimana anda menghayati erti kemerdekaan negara?. Jangan selfish. Patriotik jangan dicemarkan dengan isu politik yang huru-hara. Fikir panjanglah untuk generasi kanak-kanak hari ini. Bukankah mereka adalah bakal peneraju negara kita di masa depan.?

Bagaimana Saya Boleh Bantu Anda.

Salam to all readers. Masih beraya?.. dah start ganti puasa?. penulis pun belum start. Tapi InsyaAllah akan start dalam masa terdekat. Ok. Now nak share sikit. Apa perasaan aku bila face dengan orang yang selalu mengadu sakit-sakit, kurang cergas, selalu mengantuk, muka ketat, kedekut senyum. Bila aku berdepan dengan sesiapa yang ada ciri-ciri tersebut. What comes to my mind is. Mereka ini kurang nutrisi. Tubuh badan mereka sedang menderita. Mereka stress. Sampai nak senyum pun. Mahal sekali. Dan aku..... Meronta dalam hati. Meronta-ronta nak tolong diorang. Dear all, if only you guys can give me only one chance, let me help you. You can change the 'old you'. Seriously nutrisi Herbalife banyak mengubah diri aku. Bukan ubah luaran badan sahaja. Tapi yang paling penting adalah dalaman. Kesihatan, semangat, dan minda. Badan cergas otak cerdas. Sebab tu Herbalifers ada keinginan kuat untuk help people. Tapi if anda tidak mahu dibantu. We cant do anything. Nak berubah, nak mu...

Wordless Wednesday #Raya2012

Image
Selamat Hari Raya dari penulis dan keluarga.  p/s:- mohon maaf jika selama ini ada salah silap secara sengaja atau tak sengaja. kepada yang nak slim lepas raya. jom start program Herbalife, contact me 0177137389. 

Wordless Wednesday.

Image
pengguna smartphone sekalian terutama yang muda mudi. sila terasa. Hahaha!

Herbalife:- Testimoni Diri Sendiri

Image
Haaa. This is me. Yg baju purple tu sebelum Herbalife. Hampir 55kg. Ini pun gambar dah cover dah kegemukan sebab tu gambar mengiring. Perut sebenarnya buncit tapi tarik nafas cover. Double chin pun cover dengan tudung. Masa ni I hate camera. Tapi dah setahun tak jumpa my friend paksa tangkap gambar. Ni gambar terkini. Baju kurung dah longgar.lagi-lagi tang lengan. And berat sekarang is 49.2kg. Turun lebih 5kg. Tak payah pakai ketat nak tunjuk dah slim. Pakaian longgar pun still boleh nampak good result. Serius tak pernah mimpi boleh dapat berat bawah dari 50kg. Tak ada rahsia. Memang cuma gantikan normal breakfast/sahur dengan shake. Di samping minum banyak air putih. Makan nasik buka puasa tetap makan. Dan ini umur badan yg the latest. Umur dalaman badan ni macam petunjuk tahap mana badan kita cergas. Sebelum consume Herbalife, umur dalaman badan aku 30 lebih. Dah tahap makcik. sangat kurang cergas. Dulu memang cepat je penat. After Herbalife Alhamdulillah bertenaga je b...

Kulit Cantik Dengan Nutrisi

Image
Ok. Jom ambik tau apa kesan baik nutrisi kepada kulit. Sejak aku consume Herbalife, selain dari berat lemak turun dan jisim otot naik, kulit pun berubah jadi cantik. Kulit makin glowing. And bila time period sekalipun. Jerawat tak naik. Sebab nutrisi ni beri makanan kepada sel-sel kulit. Sel kulit kita dapat digantikan dengan cepat dan cantik. Jadi siapa yang ada masalah kulit, jerawat kronik, resdung dan sebagainya, nutrisi boleh membantu anda. Nutrisi Herbalife adalah apa yang anda makan. And one of my friend yang ada masalah jerawat kronik, dia tambah makan supplement Omega 3 fish oil Herbalife. Memang kulit muka dia sangat improve. Pemakanan sangat membantu kesihatan kulit, kalau make up semua tu ada bahan kimia yang sooner or later makin 'menuakan' ur skin. Nak awet muda, ceria cantik semulajadi, must try consume Herbalife. Tanya saya bagaimana. 0177137389

Berlalunya Separuh Dari Ramadhan

Alhamdulillah. Gembira dah lalui 15 hari Ramadhan. Tapi sedih sebab pengisian dan pembangunan jiwa masih tandus. Masih kurang ibadah. Sedekah pun cuma sikit-sikit. Malahan kurang menyebarkan salam sebab asyik ponteng tarawih di masjid/surau. Muka asyik ketat kononnya letih berpuasa sampai tak boleh nak senyum. Lepas Subuh masih bermalasan liat nak baca ayat-ayat Allah. Kita hanya ada kurang dari 15 hari saja lagi tapi segalanya masih terlalu banyak yang kurang untuk bulan yang begitu mulia Allah hadiahkan kepada kita. Ramadhan ini, sangat rugi jika dilalui hanya dengan rasa lapar dan dahaga. Ya Allah. HambaMu ini hamba yang alpa dan leka. Untuk Ramadhan yang masih berbaki. Jom sama-sama rebut. Topup amalan yang kurang sana sini. Bersama kita muhasabah diri.

Untuk Yang Nak.

Image
My upline pernah cakap, kita tak cari orang gemuk, kita tolong orang yang serius nak. Nak apa?.. nak lose weight, gain weight dan apa juga yang mereka nak. So jangan risaukan mereka yang gemuk-gemuk kalau diorang pun tak risaukan diri diorang. Sebab bukan semua orang yang overweight ni nak lose weight. Tapi ada yang tak berapa nak gemuk (macam aku misalnya) tapi nak lose weight sebab tak selesa kalau seluar ketat. Kalau slim seluar pakai pun longgar. Itu best. So everyone ada alasan tersendiri kenapa. ada orang yakin dia boleh lose weight dengan senaman dan kurangkan makan. Go ahead. Try ur best. Tapi bila dah turun few kilos tu. Jom cek dengan saya apakah yang turun. Air ke, muscle ke, fat ke.. hihihi. So guys. Apa yang anda nak?.. tanya saya bagaimana. 0177137389.!

Selepas 10 hari Berpuasa Dengan Herbalife

Image
Visceral fat turun dari 4 ke 3. Visceral fat ni adalah lemak yang membaluti organ anda. Kalau lagi tinggi, lagi tebal lah lemak tu. Maka lagi sempit darah nak lalu. Haa. Lagi bahaya. Kalau darah tak jalan maknanya oksigen tak dapat diangkut ke seluruh badan. Ingat. Kita boleh hidup tanpa makanan selama 7-14 hari. Tapi kita akan mati tanpa oksigen tak sampai berapa minit pun. Sebab tu visceral fat ni orang panggil dia silent killer! Then macam mana nak tipiskan visceral fat ni?. Minum shake every morning! Minum tea mix everyday. Herbalife adalah nutrisi untuk menjauhkan kita sejauh-jauhnya dari penyakit. Anda tentukan! Hidup sihat dengan Nutrisi Tanya saya bagaimana. 0177137389.

malam 7 Ramadhan..

Image
6 Ramadhan telah tinggalkan kita. Adakah cukup puas hati dengan amal baik kita sepanjang 6 hari yang lalu?.. Buka puasa boleh bermewah, amal kebaikan kita mewah atau miskin? Sama-sama kita muhasabah diri. Mantapkan ibadah dengan berpuasa bersama nutrisi. Tanya saya bagaimana. 0177137389.

Mereka Yang Tersayang

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita berpuasa. syukur Allah masih beri nikmat menyambut Ramadhan, InsyaAllah dengan ketaqwaan. Amin. baru-baru ni, penulis balik kampung untuk sambut 1st Ramadhan dengan famili. yang eksaitednya. balik kampung siap bawak penimbang Tanita. timbang ahli keluarga satu-satu. dah jadi wellness coach, kena coach famili dulu. Haaa. seminggu sebelumnya memang dah bawak dah stok Formula 1 n Formula 3. perisa Chocolate, Coppucino n Strawberi. I didnt tell my dad pun pasal Herbalife ni. (tak pandai nak explain dekat abah).but I talk to my mom. kenapa aku consume and kenapa aku nak orang kesayangan aku semua consume this product. I love my family. aku cuma nak mereka sihat. then.emak yang cerita kat abah pasal Herbalife. abah tak cakap banyak, terus suruh emak buatkan shake! Alhamdulillah setakat ni mak abah memang bebas dari sebarang penyakit. tak ada darah tinggi ke kencing manis ke. Abah dah 57 emak 49. Abah memang ...

Herbalife, changing people's lives.

Alhamdulillah. next week genap sebulan kehidupan aku sebagai Herbalife Distributor. walaupun cuma sebagai Senior Consultant sahaja, for me, Im growing with Herbalife. belajar dan belajar. praktis dan praktis.  sikit-sikit tetap ada peningkatan. hari demi hari aku gain knowledge, and experience.  dah lama tak 'hidup' dalam peningkatan. dulu masa belajar, kita rasa kita makin maju bila makin tinggi tahap kita belajar. lepas PMR, SPM, pastu Asasi, Degree and so on. tapi bila dah masuk zaman kerja, kita susah nak nampak yang kita ni naik level, gaji bulan lepas adalah sama dengan gaji 3 bulan akan datang. pangkat tahun ini masih sama dengan pangkat tahun lepas.colleague pun, masih muka-muka yang sama kita hadap dari awal tahun. betul tak? but in Herbalife, we can grow everyday. and kita lihat environment kita pun, people are growing. ilmu bertambah, pengalaman bertambah, kenalan bertambah, dan income bertambah. juga tanpa kita sedari, kita improve diri kita, dari segi kes...

Herbalife for my mom.

sabtu ahad baru-baru ni. aku balik kampung kat Segamat. then this weekend pun InsyaAllah plan nak balik lagi. tak pernah nak balik 2 minggu berturut-turut then my dad pun suruh my mom ask me. kenapa tiba-tiba asyik balik je ni?. Haha. sebab ur daughter sekarang sebenarnya mampu nak balik setiap minggu. sebab since join Herbalife. Alhamdulillah. sudah mampu untuk selalu pulang ke kampung. Hebat tak Herbalife? Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk jadikan Herbalife sebahagian daripada hidup aku. dengan Herbalife Allah anugerahkan kesihatan, kestabilan hidup dan jalinan kasih sayang sesama keluarga. siapa kat sini sayang mak ayah dia?.. semua orang sayangkan parents dia rite?.. I love my parents. justeru aku harap dapat beri sedikit kebaikan kepada mereka. nak hadiahkan cucu, aku belum kawen lagi. (InsyaAllah next year kawen). so for now. aku hadiahkan shake Herbalife untuk emak. my mom ni memang slim. so dia bukan ambik lose weight programme. tapi mak ni kurang makan. mak makan ...

Mael Lambong tak makan rasuah.

Image
untuk pengetahuan dan untuk catatan peribadi, this is our 1st time dating tengok wayang. so kena catat dalam blog. tarikh 1 Julai 2012, hari Ahad. di Alamanda Putrajaya. aku sendiri dah sekian lama tak.masuk panggung. last tengok wayang adalah bulan Syaaban tahun lepas. so dah setahun. bukan xnak tengok. tapi busy terlampau. and bila ada masa free, cerita kat panggung pulak tak best. ahaha.. sebelum tengok wayang. makan dulu. our favret food iaitu set Asam pedas. di food court Alamanda. makan nasik jauh lebih baik dari makan fast food yang banyak pengawet tu. mr.teddy dah lebih sebulan 'puasa' dari fast food. sebab I brain wash dia yang makan nasik much more better. aaaa. siapa kata diet dengan herbalife tak.boleh makan nasik?.. ini sedutan filem S.A.M. iklan sebelum wayang Mael Lambong start. trailer dia macam best gila. bukan filem jiwang tapi filem cinta dan aksi. biasalah kalau namanya karya anak Yusof Haslam. over all untuk Mael Lambong. aku bagi 8/10 bintang. mov...

Herbalife & Me

Image
macam mana nak bancuh shake Herbalife supaya sedap sangat-sangat?.. mudah saja. jadikan ia ice blended. tak kisah nak guna air biasa atau susu rendah lemak atau pun susu soya. tapi hasil dia memang sedap gila. kalah ice blended dekat starbucks. hehe bila dah di blend dgn ais kiub. mmg wow sangat tengok je cawan ni terus cant wait untuk habiskan dia. sedapnya... why herbalife? * sebab saya sayangkan tubuh badan saya yang Allah pinjamkan untuk sementara. tubuh badan yang sihat akan mudahkan kita untuk buat macam-macam kerja. bila kita sakit yang macam-macam, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan. tapi masa tengah sihat. kesihatan kita ni boleh dipelihara dengan pelaburan yang sedikit. saya pilih Herbalife untuk kesihatan saya. anda bagaimana?

Diet Bukan Hanya Untuk XXL.

Image
for me, diet maksudnya usaha untuk jaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan. kita adalah apa yang kita makan. diet sebenarnya bukan hanya untuk si gemuk yang nak kurus. sebab ada orang yang kurus tapi tubuh dia dalaman tak sihat pun. bezanya mereka makan macam-macam tapi tak jadi gemuk. bila buat body scan. lemak dalam badan tinggi juga. lain pula bagi sesetengah orang yang bila makan over sikit terus badan pun naik. aku sendiri tak pernah ada sejarah gemuk pun in my life. tapi cuma pernah terlebih berat beberapa kilogram. tinggi 153cm. berat yang sesuai adalah 50-51kg.. tapi ada time, pernah capai berat 55kg. yes! sebab aku suka makan. try tanya mr.teddy aku makan macam mana. lagi banyak dari dia. tapi dalam pada suka makan tu, aku tetap concern pasal ideal weight sebab aku ni belum kawen lagi. bayangkan kalau dah kawen, beranak. ntah ke berat jadi 60-70kg. serius aku tak dapat bayangkan itu. aku nak cegah benda tu awal-awal lagi. biasalah perempuan mesti kena concern ten...

kenapa diet sering gagal? #1

Ramai di kalangan kita yang ada usaha untuk diet, ada usaha untuk kurangkan makan, malah ada yang sehingga ikat perut untuk slim, tapi dalam kebanyakkan kes. diet sedemikian tetap tidak berhasil. malah ada yang sampai dapat sakit pulak. badan jadi lemah, selalu sakit perut, gastrik dan kurang zat dalam tubuh. tadi lunch hour, ada seorang kakak ni badan dia besar. so aku expect dia akan makan banyak. pinggan penuh. but guest what?.. masa beratur kat cashier. aku tengok pinggan dia cuma ada sayuran dan daging goreng. TIADA NASI. tiba- tiba teringatkan pengalaman aku sendiri tahun lepas. macam itulah aku try diet. ambik lauk sahaja tanpa nasik. sebulan kot tak makan nasik. tapi hasilnya.. memang berat turun 1-2kg. tapi tubuh jadi lemah. metabolisma badan jadi rendah. cepat penat sebab asyik tahan lapar. sistem tubuh jadi tak stabil. seksa sebenarnya. tapi usaha nak diet tak stop kat situ. aku try jugak cari solution lain. sebab at that time memang rasa dah gemuk. sehinggalah one day te...

Wordless Wednesday

Image
Sofea, her parents were waiting about 5 years for Sofea, their 1st child.

usah pertikai.

kadangkala hairan dengan pemikiran manusia yang bukan lagi tahap cetek, tapi akalnya tandus. kalau tahap cetek tu kira ada la jugak takungan air boleh bagi sang burung yang kehausan singgah minum. tapi kalau tandus. sudahlah kontang tiada air, ditabur benih emas sekalipun sudah tentu sia-sia. begitulah diibaratkan. banyak orang. suka pertikai benda yang dia bodoh tentangnya. bukan bodoh tidak boleh diajar. masalahnya sekalipun diajar, dia tetap mahu bodoh juga.  'Membazir Amalan Syaitan'. bila ada no plat kereta dibida hingga setengah juta. keluar lah ayat 'membazir amalan syaitan'. tapi tahukah anda. perkara pembaziran yang paling dibenci Allah dan Rasulullah adalah apabila kamu makan, kamu tidak habiskan makanan di pinggan kamu.  perkara yang kecil-kecil memang kita tak nampak. kita cuma akan nampak perkara yang besar-besar, seperti hal duit RM520,000. memang besar lah dimata kita yang baki akaun bank bulan-bulan kurang dari RM520. yang hairannya. se...

I met his mother.

Image
Salam Rejab. Selamat datang Jun. hari ni dah 9 Jun. time is running fast. pejam celik je. kan?. cuti sekolah dah nak habis. sebut pasal cuti sekolah. musim kenduri kendara sangat rancak setiap kali cuti sekolah. I am happy tengok update rakan-rakan sekolah mahupun ipt yang dah selamat mendirikan rumahtangga. Congratulations to all of you guys. maaf sebab tak dapat nak datang.  ini, Ahad lepas. kami menemani emak mr.teddy ke Jalan TAR. this time. both of us poket kering gila. so. only his mom did shopping. dan ini adalah pertama kali bertemu mama beliau. kelihatannya, mama dia okay-okay sahaja. macam sporting sama macam emak saya. tapi my mom jauh lebih sporting agaknya. ya. i know my mom very well.  ini gambar curi. mama mr.teddy sembang kencang pasal harga kain. macam beliau nak bisnes. but Im not so sure. dah nak puasa ni sempat lagi ke nak bisnes kain?..  2 jenis kain yang sedang HOT di Jalan TAR. iaitu kain Ombak Rindu dan Sutera ...

dah lunaskan hutang puasa?

Image
Hi readers.  we are already in Rejab month. lagi sebulan lebih sikit je nak Ramadhan. so barang siapa yang belum habis melunaskan hutang tu... (termasuk me myself.....) hendaklah cepat-cepat membayarnya. yang dah habis ganti. berpuasalah jugak. puasa sunat Rejab, besar pahalanya. Ceh, saya mengajak ke arah kebaikan di bulan Rejab ni. bukan sebab nak tunjuk baik. tapi daripada biar blog tak ber-update. so kita updatelah. sesuatu. kan.kan. buka puasa Isnin lalu. teringin nak makan asam pedas. tapi kat Putrajaya ni. food court Alamanda sajalah yang well known ada masak asam pedas. I request kat mr.Teddy nak makan apa. dia mesti tunaikan. =) lama sangat kan blog tak update?... dah nak habis bulan Mei. ni baru 3 entry. kahkahkah. kadang-kadang tertanya juga. adakah blog ni masih ada readers. hidup segan mati tak moh. bukan tak ada cerita nak diceritakan. tapi dilema nak share ke tak dengan korang. hahah. rasanya untuk tahun 2012 ni. memang rekod paling tersi...

jalan-jalan makan-makan

Image
penulis sudah stop berdiet. sejak bila?.. sejak merasakan berat 51 kg adalah ringan. Hahaha. i dont want kuruslah. i nak gain weight before akhir tahun. nak 54kg semula. Aaaaa. buang tebiat sudah. memang suka snap gambar makanan. memang sejak dulu begini. apatah lagi sejak ada smartphone pemberian ayahanda.   ini adalah lamb chop. ya. saya seorang gadis yang gemar makan kambing. bukan senang nak jumpa girl yang makan kambing. serius untung. hahah.    selain kambing. kerang pun adalah kegemaran. sebab itulah oder char kuey teaw kerang. weh takyah cakap pasal kegemaran sangatlah. sebab semua pun aku gemar. tiada yang tak gemar.  ni pic weekend lepas. jangan tanya kenapa pipi makin tembam, sepatutnya korang dah tahu jawapannya. kahkahkah.! sebelum terlewat, Happy Teacher's Day to all teachers. including me. Cewah, terharu aii, Teacher kelas 4 tahun pun dapat hadiah pheewitt! p/s:- rupanya dah 2 weeks tak update blog.. ada yang rindu t...

Wordless Wednesday

Image

Aku Terima Nikahnya..

Image
22 April 2012. termeterailah janji. cewah.. sah. sah. dah sah dah jadi suami isteri yea. Congratulations. Barakallahulakuma kepada pasangan Siti Nurfairus dan Mohd Syafie. semoga berbahagia hingga ke ahir hayat. Aminnn. Jom tengok sedikit gambar. eh. my sister dah bergelar Puan. see my dad punya senyum. 1st time dapat menantu. Hihi. nikah pada hari yang sama dengan majlis kenduri pengantin perempuan.  adik-adik perempuanku. ada 5 kesemuanya. comel-comel macam kakak dia jugak. Err.err. adik perempuan yang belajar nursing kat PPUM. our grandmom sebelah emak. dan Cik Nursarah. masih Cik ye saudara saudari. :p our family. 10 kesemuanya. kalau 10 ni ada kat rumah. we are totally complete. dah meriah dah. tapi now dah bertambah ahli. Hi brother in law. Welcome to our family. sekarang dah 11. next year. 12 plak. Aaaa. tak payah komen. ni foto kenang-kenangan semua pengantin pun ada bergambar cenggini. :p happily mar...

Kaira

Image
Kaira. 7months.  waktu pagi saya mengajar, tapi hobi saya petang-petang adalah melayan baby. sangat seronok main dengan babies walaupun baby-baby ni bukan pun anak saya. Hehehe.

Wordless Wednesday #7

Image
Happy 4th Birthday. p/s:- photo taken:- 17 Apr 2012

600 gram.

Image
Hi readers. lama tak update. penulis sibuk menyibukkan diri. err. actually kenalah sibukkan diri sebab for the time being. aku berada dalam fasa hendak melupakan seseorang. jadi walaupun tak sibuk mana. tapi kena buat-buat sibuk. penuhkan jadual macam menteri. siapalah tu yang hendak aku lupakan. macam tak pernah cerita pun. Lalala. Ini gambar-gambar hari Rabu dan Khamis. yea. Rabu hari tu aku turun KL. teman kawan cari buku rujukan.  salah satu kedai buku, sekitar Jalan Tar. RM 5.50sen. at Pertama Complex ni taktau harga. sebab kawan yang belanja. somewhere kat Selayang. lepas jalan kat Masjid India and Sogo. my fren yang duduk KL ajak pergi minum-minum. that day, aku minum dua gelas jus, 1st jus tembikai, and keduanya jus mangga. jus kedai ni memang terbaekkk! and inilah kedai dia. kami kenyang minum jus je hari tu. sampai kembung perut. sejak hampir dua bulan ni. pertambahan berat badan sebanyak 600 gram SAHAJ...