Saturday, December 22, 2012

Ujian Melalui Insan Sekeliling

Allah takdirkan sesuatu berlaku, tak pernah sia-sia, pasti ada sebab atau hikmah tertentu, Allah datangkan ujian kadangkala melalui insan-insan disekeliling kita, bila ada orang sakiti kita, memang kita nampak ianya adalah dari manusia, tapi hakikat sebenarnya manusia hanya perantara sahaja, mungkin kita sendiri sebenarnya ada silap dimana-mana, mungkin silap yang 5 tahun lepas misalnya, Allah balas balik dengan diujinya kita dengan masalah yang datang dari orang lain pada saat sekarang. Allah Maha Adil. Allah Maha Bijaksana. 

sebab itu, jangan sesekali kita sombong, selalulah pupuk rasa rendah diri dan berserah kepada Allah, kita hanya hambaNya yang lemah. jangan rasa diri kita dah cukup baik, kita selalu buat silap sama ada silap dengan Allah, atau juga silap dengan makhlukNya. kita sentiasa perlukan Allah. dalam tidur dan jaga, mohon Allah kuatkan iman agar kita selalu redha atas setiap ujian. 

No comments: