Sunday, August 5, 2012

Berlalunya Separuh Dari Ramadhan

Alhamdulillah. Gembira dah lalui 15 hari Ramadhan. Tapi sedih sebab pengisian dan pembangunan jiwa masih tandus. Masih kurang ibadah. Sedekah pun cuma sikit-sikit. Malahan kurang menyebarkan salam sebab asyik ponteng tarawih di masjid/surau. Muka asyik ketat kononnya letih berpuasa sampai tak boleh nak senyum. Lepas Subuh masih bermalasan liat nak baca ayat-ayat Allah. Kita hanya ada kurang dari 15 hari saja lagi tapi segalanya masih terlalu banyak yang kurang untuk bulan yang begitu mulia Allah hadiahkan kepada kita. Ramadhan ini, sangat rugi jika dilalui hanya dengan rasa lapar dan dahaga. Ya Allah. HambaMu ini hamba yang alpa dan leka. Untuk Ramadhan yang masih berbaki. Jom sama-sama rebut. Topup amalan yang kurang sana sini. Bersama kita muhasabah diri.

1 comment:

Renungkan dan Hayatilah said...

samalah kita terawih je yg mampu buat..amalan sunat yg lain jgn cakap,saya buat pon skit je.kononya bussy,bussy la sngat.jujur saya ckp saya ni malas.