ragamnya yang nama manusia

apa yang aku dapat daripada pengalaman pertama bekerja?

banyak yang aku pelajari. dan ia sememangnya benar-benar memberi satu persepsi baru dalam hidup ini. tentang yang positif dan negatifnya. tentang bagaimana 'kerenah' orang awam dari pelbagai ragam. antara yang baik budi dan yang penuh emosi, antara yang tahu berterima kasih dan yang sombong berhidung tinggi. aku semakin banyak mengetahui bagaimana manusia mempersembahkan perilaku. kadangkala begitu menyenangkan hati, dan adakala begitu menggugat kesabaran diri. tak apa. ragamnya manusia memang 'penuh seri'.

aku kini lebih tahu, bahwa bukan mudah untuk seseorang itu 'faham bahasa'. bila dikatakan rules & regulations adalah begini dan begini, spesis yang protes akan tetap melemparkan caci. untuk Archidex 2010. hanya 16 tahun ke atas dibolehkan masuk. ada parents yang 'maki' kami yang bertugas sebagai pemudahcara. "apsal tak cakap awal-awal?, takde pun mention kat paper?!".walhal salah kamikah jika peraturannya adalah begitu? sesungguhnya kami hanya ditugaskan dalam tempoh event sahaja. kami bukan pengiklan yang bertanggungjawab memberitahu awal-awal kepada orang awam tentang segala peraturan.

sebelum aku bertugas untuk Archidex, terlebih dahulu aku mencari maklumat tentangnya di internet. daripada pencarian aku, laman web rasmi Archidex 2010 yang aku google sudah 'lengkap' dengan segala peraturan. tentang 'proper bussines attire', tentang '16 tahun keatas', tentang 'student days'. semuanya memang sudah ada. jadi aku merasakan bahawa pihak penganjur sudah sedia menjalankan tanggungjawab mereka. dan sebagai orang awam, jadilah orang awam yang 'memahami' bidang tugas orang lain. show respect.


aku cuma jadikan cerita Archidex itu sebagai contoh. tapi aplikasinya adalah sama dalam situasi yang lain dalam kehidupan kita.

sememangnya kadang-kadang ada orang merasakan bahwa dia betul semua. sebab tu dia hanya nampak orang lain yang salah. jangan jadi macam itu. kerna kita semua manusia berada di taraf yang sama. kalau kita hormat orang, orang akan hormat pada kita. dan begitulah sebaliknya.




Comments

Anonymous said…
bukan senang nk bg org paham bahasa kita kan?
mngkin semut lg pakham apa kita rasa

>>__<<

hahahaha

hye...sihat?
ekekekke

kim salam seimura
Mrs. Q! said…
org perasan dia betul semua tu yg kengkadang byk wat spoil
bek kite jadi cm bese je
average level kn?
aku selalu kata macam ni "ini lah ragam manusia" selalunya kalau dimarah dengan bukan salah aku,aku akan diam dah buat2 tak tahu... biar la org yg marah tu terasa sakit hati dengan aku.

Sebab Dia Punya Tanda-tanda buaya Walaupun Tiada Kaitan Dengan Jenayah Ponteng Kelas
ardinihumaira said…
ha ah.. kena hormati perasaan orang kalo nak orang hormati perasaan nita.. tak leh rasa kita je betull.. :)
Annaz Mohd said…
banyak udang, banyak garam..
banyak orang, banyak ragam..
abigemok said…
mmg stuju sgt. hormat lah org lain kalau nak diora hormat balik kan? Dah mcm tu lumrah hidup ni..
Nadiene said…
kadangkala, semua tu berlaku tanpa kite nak...

hati orang len2 kan...
PuanPepel said…
bese ler tu...lama2 nnti ok la... pyh nk org phm ckp kite ni..
Seimura said…
wah jane kem salam kat aku. huhuh.

baru kau tahu bagaimana menjadi seorang pekerja sarah. heheh./
Unknown said…
biasa la hidup..macam org yg akan kita jumpa..nak bt macam mane..kita xboleh paksa org untuk dengar @ hormat kt kita....

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S