ragamnya yang nama manusia
apa yang aku dapat daripada pengalaman pertama bekerja?
banyak yang aku pelajari. dan ia sememangnya benar-benar memberi satu persepsi baru dalam hidup ini. tentang yang positif dan negatifnya. tentang bagaimana 'kerenah' orang awam dari pelbagai ragam. antara yang baik budi dan yang penuh emosi, antara yang tahu berterima kasih dan yang sombong berhidung tinggi. aku semakin banyak mengetahui bagaimana manusia mempersembahkan perilaku. kadangkala begitu menyenangkan hati, dan adakala begitu menggugat kesabaran diri. tak apa. ragamnya manusia memang 'penuh seri'.
aku kini lebih tahu, bahwa bukan mudah untuk seseorang itu 'faham bahasa'. bila dikatakan rules & regulations adalah begini dan begini, spesis yang protes akan tetap melemparkan caci. untuk Archidex 2010. hanya 16 tahun ke atas dibolehkan masuk. ada parents yang 'maki' kami yang bertugas sebagai pemudahcara. "apsal tak cakap awal-awal?, takde pun mention kat paper?!".walhal salah kamikah jika peraturannya adalah begitu? sesungguhnya kami hanya ditugaskan dalam tempoh event sahaja. kami bukan pengiklan yang bertanggungjawab memberitahu awal-awal kepada orang awam tentang segala peraturan.
sebelum aku bertugas untuk Archidex, terlebih dahulu aku mencari maklumat tentangnya di internet. daripada pencarian aku, laman web rasmi Archidex 2010 yang aku google sudah 'lengkap' dengan segala peraturan. tentang 'proper bussines attire', tentang '16 tahun keatas', tentang 'student days'. semuanya memang sudah ada. jadi aku merasakan bahawa pihak penganjur sudah sedia menjalankan tanggungjawab mereka. dan sebagai orang awam, jadilah orang awam yang 'memahami' bidang tugas orang lain. show respect.
aku cuma jadikan cerita Archidex itu sebagai contoh. tapi aplikasinya adalah sama dalam situasi yang lain dalam kehidupan kita.
sememangnya kadang-kadang ada orang merasakan bahwa dia betul semua. sebab tu dia hanya nampak orang lain yang salah. jangan jadi macam itu. kerna kita semua manusia berada di taraf yang sama. kalau kita hormat orang, orang akan hormat pada kita. dan begitulah sebaliknya.
sememangnya kadang-kadang ada orang merasakan bahwa dia betul semua. sebab tu dia hanya nampak orang lain yang salah. jangan jadi macam itu. kerna kita semua manusia berada di taraf yang sama. kalau kita hormat orang, orang akan hormat pada kita. dan begitulah sebaliknya.
Comments
mngkin semut lg pakham apa kita rasa
>>__<<
hahahaha
hye...sihat?
ekekekke
kim salam seimura
bek kite jadi cm bese je
average level kn?
Sebab Dia Punya Tanda-tanda buaya Walaupun Tiada Kaitan Dengan Jenayah Ponteng Kelas
banyak orang, banyak ragam..
hati orang len2 kan...
baru kau tahu bagaimana menjadi seorang pekerja sarah. heheh./