siapa gerangan pengunjung tetap dari south korea sepanjang Julai?
pai chart visitors minggu ini.
mula-mula aku macam berangan bahwa pengunjung tetap itu adalah Lee Min Ho atau Lee Jun Ki atau Lee Hong Ki. tapi memang mana mungkin ianya adalah mereka hero-hero pujaan penyeri mimpi. setakat bermimpi boleh. realitinya mana mungkinlah hero-hero popular seperti mereka nak jenguk blog aku. accidentally jenguk pun seakan mustahil. jadi siapalah.. siapakah gerangannya pengunjung tetap dari south korea itu?..
Jeng.Jeng.Jeng..
my coursemate, Zati Ismail.
beliau berada di South Korea selama sebulan untuk mengikuti program student exchange bersama 2 lagi rakan satu kos yang sama. so aku memang tau bahwa pengunjung blog ini yang dari sana memang adalah dia. di samping masuk lab (bukan buat kosmetik Simplysiti). beliau sempat jugak berjalan-jalan mengelilingi korea. tak tau banyak mana dia berjalan, tapi kat FB beliau boleh tahan banyak gambar-gambar. so aku 'crik' sikitlah untuk perkongsian rakan-rakan blog. curik dengan izin. dia dah bagi permission lama dah untuk aku buat entry ni. Heheh!
ini mungkin di tepi-tepi jalan yang ada deretan kedai. oh ya. kawan aku ini berada di sekitar Busan.
itu mungkin rakan korea yang satu lab dengan dia. nama university tu, Inje kot kalau tak silap. hahah!
Zati dan Asmida. baju tu kalau saiz remaja cam aku harga dia 45 ribu won, atau 135ringgit duit malaysia. paling murah dah tu.
ni nama apa ntah. tak sempat nak tanya..
Haeundae Beach. tak dapat nak pi Pulau Jeju. mahal tambang dan kos hidup. heheh
jambatan belakang tu berlampu di malam hari. punya cantik. nama jambatan tu, Gwangali Bridge.
sewa baju ni, 5ribu won. boleh la sewa untuk bergambar. cun jugak. =)
makan-makan, katanya kalau jalan, bila makan kawan-kawan korea diorang akan belanja. fuh. bertuah sungguh.
ni pun entah kat mana aku tak sempat tanya. hehehhhh
semua gambar-gambar diambil dari album korea di facebook beliau dengan izin. 21 malam ini beliau akan kembali semula ke sini. aik. rasa macam pejam celik je dah sebulan dah dia kat sana. so lepas tu tak ada dah lagi pengunjung tetap dari South Korea yang akan baca blog ni, Hahahah!
sekian..
Comments
teruja juga kan...Saya ada pengalaman juga..tapi dari negara Jerman..
Sepatah haram pun dia x paham tapi Julai ni memang ada ja bendera dia...
Hehehe..org malaysia juga kot tapi tinggal d Jerman..
Perasan aku..
my recent post:
joe cole sah milik liverpool!
http://nomborsebelas.blogspot.com