adik saya bakal jururawat PPUM.

masuk minggu ni, dah 3 minggu adik perempuan aku bermastautin di Kuala Lumpur. masa dia mula-mula daftar dulu, aku tak dapat hantar sebab aku kerja. lepas minggu kerja, aku pulak balik kampung. so aku memang tak sempat-sempat nak lawat dia walaupun rumah aku dengan hospital dia punyalah dekat. boleh naik bas Metro12 dalam 10minit boleh sampai.

so semalam, lepas kelas. aku ajak dia gi Masjid Jamek beli kain baju raya. pergi Mydin sekali belikan dia heater. kebanyakan kat Jalan Masjid India sekarang kain cotton je semua kedai banyak jual. oleh sebab ianya macam trend masa kini. so aku pun belilah jugak 3 pasang. kebetulan hari ni kawan adik aku yang duduk sefelda dengan kami balik kampung. haa. boleh terus kirim kat dia.

lepas balik dari Masjid Jamek, aku ikut dia balik asrama kat PPUM. hospital universiti aku ni aku memang dah pernah pergi wad dia sebanyak dua kali. sekali masa arwah sepupu kawan aku Wanie sakit masuk ICU and meninggal kat situ. lagi satu kali masa Kak.Izat haousemate aku kena operate buang darah beku kat ovari dia tahun lepas.

ok, cerita semula bab nursing PPUM. sebenarnya aku jugak yang bertanggungjawab mohonkan untuk dia bulan 3 hari tu. sebab permohonan ni dibuat secara online, tentang tarikh dia bila. memang kena alert sendiri. kat my hometown mana ada laptop. so aku lah yang isi borang tu tentang result SPM and profail adik aku semua. masa aku isi tu pun, itu adalah hari tarikh tutup permohonan. sebab aku la yang lewat-lewatkan nak beli nombor pin dia kat BSN.

Diploma Nursing ni adalah untuk lepasan SPM. tak semestinya kena ambik sains tulen baru boleh mohon. sains biasa pun boleh. yang penting subjek teras BM, MATH, kena kepujian dan Bahasa Inggeris kena kredit la. sebab belajar semuanya dalam English.

lepas dah isi. dia akan panggil temuduga. bulan April lepas kan aku ada cerita adik aku datang KL untuk temuduga kat entry 20 April masa kebetulan juga birthday dia dulu. masa dia pergi temuduga pun bukannya aku yang hantar, dia pergi sendiri. hahah, gila aku latih adik aku supaya berdikari macam aku. tapi memang dia dah boleh berdikari dah. siap cakap tak kisah kalau tak balik kampung sampai raya. hahah.

Alhamdulillah sangat. akhir Jun lepas dia dapat surat tawaran. mungkin memang rezeki dia Allah mudahkan. akan tetapi, bila saja dah setuju nak ikuti program pengajian Diploma Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya ni. ada perjanjian bahwa tak boleh berhenti tanpa alasan kecuali sakit yang kronik. kalau nak quit saja-saja. kena denda 50 ribu ringgit. so, hanya yang benar-benar serius nak jadi jururawat saja yang sepatutnya apply program ni.

ok, berkenaan kelas dia. seminggu penuh ada kelas, dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari, bersambung 2 ptg- 4 ptg. Isnin hingga Jumaat. kalau amik degree kat UM boleh la nak kehadiran 80% sekurang-kurangnya. kalau pengajian adik aku ni, kehadiran 100%. tak boleh tak hadir kecuali ada surat doktor. ponteng sekali dah terus kena panggil dengan Pengetua dia. displin gila. sesuai dengan adik aku. tak sesuai dengan aku. hahah!

ok. selepas pengajian Diploma selama 3 tahun, secara automatik lepas grad akan terus berkhidmat di PPUM sebagai staff nurse sekurang-kurangnya selama 5 tahun perkhidmatan. after 5 tahun baru boleh fikir nak sambung Degree atau nak tukar hospital. tapi menurut 'senior nurse'. sangat susah untuk bertukar hospital. kalau pun boleh tukar, kebanyakkannya di hospital universiti jugak. maybe HUKM ke. HUSM ke.

ok. dah begitu panjang bercerita tentang ini. dengan itu, kepada adik-adik atau ibu bapa yang berminat  mahu anak anda mengikuti pengajian Diploma Nursing di PPUM, inilah serba sedikit tentangnya yang terdaya dikongsikan.  

Comments

myQza said…
Baru mula pengajian ye?
InsyaAllah berjaya jadi jururawat.

:))
beautiful_rose said…
wah.....
info y berguna utk mereka y berminat.bagus kamu ni sarah =)
Mrs. Q! said…
pasni kalo saket takyah g spital lah
misi da ade kt uma
hee :)
Bardboo said…
alhamdulillah..blh mintak dia blanje nnt..hehe...

thx dtg blog sy td..tu la, sy pon rs blog tu xsemak...tp xphm napa org sj nak ckp camtu..sedih gak..
Unknown said…
ok la tu...aku pun ada kawan lelaki yg baru masuk untuk kemasukan aritu...lelaki...
erm ok la...dapt tajaan
aku ambik diploma farmasi tajaan kkm...klu nak quit kena byr 110 ribu...ha..lagi banyak....
haha~
tahniah utk adik kau....
Kniedaz said…
sekurang2nya habis study dah ada kerja yg menanti ^_^
okla tu
hans said…
nurse dkt PPUM wat aku macam nak kena lemah jantung
hahahaha

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?
Okey laa PPUM.. Sentiase sibuk manjang.. Hik hik..
Seimura said…
Zubaidah memang sesuai sangat jadi nurse tu. Aku doakan beliau terus succes.
Anonymous said…
yg aku perasan, kat mana2 belajar nursing pun undang2 itu ini dia sangat ketat. maybe nak train drg ni jadi discipline kot, nak jadi asst doc kon kne ade tanggungjawab dekat nyawa org.
Anonymous said…
sya pon bru dpt twrn dip nursing ppum..tpi sy laki,its quite different rite..so nk mintak advise skit...nnt time tmuduga n ujian t cmner erk???nk tips skit...
yaya said…
sye da dpt tawaran utk dip nursing kt ppum nie. so nk tnye ckit la psl yuran pengajian dan yuran asrama dia bpe ye...?? ada elaun tak...?? thnx :)
zaiboraizer said…
kalau result spm.. bi dpt d x bleh mohon ke?
Anonymous said…
Akak, nk tnye, waktu akak isi permohonan tu, akak ada print borang tu tak lps dh hntr?
Unknown said…
Mahal x kos pengajian.. Ada pinjaman/biasiswa atau apa3

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..