Sunday, July 18, 2010

kalau memang blog boleh buat duit.


ok, entry kali ini nak cerita pasal duit. tiba-tiba buat entry duit-duit sebab 'barang naik'?.. Opss! mana boleh guna perkataan 'barang naik'. tukar! harusnya guna perkataan 'rasionalisasi subsidi' dan 'penjimatan kerajaan'. kerajaan berjimat dengan meletakkan 'harga baru' untuk minyak dan gula. lepas ni boleh jaga kesihatan dengan berlari pergi kerja dan minum teh O tanpa gula tiap-tiap hari. bolehlah kerajaan jadi maju apabila semua rakyat sihat walafiat.  kalau semua orang sihat, kurang sikit bebanan pembiayaan kesihatan. so para doktor boleh rileks sikit. eh. saya ada silap cakap ke?...

balik pada tajuk. err, aku ni tak boleh diberi peluang bagi pendapat. tu baru 0.1%. kau tak dengar lagi hujah 99.9% lainnya. tak apa. simpan saja. nanti ada yang muntah susah pulak.



hasil Nuffnang selepas 6 bulan 2 minggu.



Im talking about my experience making money through blogging. orang lain mungkin rezeki dia lagi banyak dari ini, atau mungkin lagi sikit dari ini. tapi this is my blog. so perkongsian ini untuk rakan-rakan yang mahu tahu. jangan dengki please. life saya bukannya ada apa-apa istimewa. muka tak cantik, harta tak ada. kais pagi makan sampai esok. syukur. rezeki ada untuk yang berusaha.

yes. blog memang boleh buat duit. tapi apa yang boleh aku katakan. jangan letak harapan menggunung tinggi. jangan bandingkan rezeki blog anda dengan rezeki blog orang lain. memang tak sama.

masa aku pasang Nuffnang dulu. followers blog dah 200 orang. usia blog pun dah 9 bulan. so aku bermula dengan Nuffnang ketika blog dah agak stabil. so jika anda masih baru dalam berblog dan anda sudah memasang Nuffnang. macam kawan aku Aniza. tak apa. anggap ia eksperimentasi. dan anda boleh lihat bagaimana 'perkembangannya'. cuba ambil tahu. jangan pasang dan anggap 'lantak dialah nak membiak ke tak'. sebab akan datang mungkin anda boleh berkongsi dengan bloggers lain. pengalaman 'make money through blogging'. banyak mana dalam tempoh bape lama dengan trafik yang macam mana. itu ilmu juga kan?

kalau anda berblog dalam English. ok, aku spesifik benda ni untuk kawan aku Safina Salim atau sesiapa yang situasi sama. baik, beliau dah lama dah blogging tapi masih baru berkongsi network dengan rakan-rakan. Im happy bila dapat tahu dia dah pasang Nuffnang. tapi aku tetap nak suggestkan supaya kau pasang GooGle Adsense. status Glitterati Nuffnang (exclusive member) still ada kalau kau letak GooGle Adsense. oleh sebab kau memang menulis totally in English. memang Google akan approve punya. 

sebenarnya bukanlah aku nak suruh dia blogging sebab duit. aku tahu kawan aku memang dah menulis lama, sejak 2008 lebih lama dari aku. so isu semata-mata duit tak timbul. tapi aku suggestkan dia pasang GooGle Adsense sebab kalau boleh one day dia boleh share story behind it. mana tahu akan datang aku pulak akan ada blog in English. so dia boleh jadi 'senior' aku.

dan now kat blog aku dah pasang Mangga Ad. tapi sebolehnya aku design blog aku supaya tak nampak macam blog iklan. sebab tu template dah pun bertukar. macam blog kanak-kanak. tak apalah. janji rock!

berblog sebab duit?

soalan berbangkit everytime bloggers bercerita tentang Nuffnang atau company pengiklanan lain. ironinya orang berblog dengan begitu banyak sebab. sendiri tau sebab tu cukup. sebab nanti kalau kau cakap kau blogging sebab MINAT. akan ada juga orang argue kata kalau sebab minat takyah la pasang iklan. hey. what's wrong with you?. adakah seorang guru bekerja sebagai guru semata-mata minat?. adakah seorang doktor berkhidmat sebagai doktor semata-mata minat saja? back to reality. people wont work without salary. duit bukan segalanya tapi segalanya perlu duit. so kalau memang blogging boleh buat duit why not we give a try? bukan ke 'something is better than nothing'.


" happy blogging to all "

24 comments:

Khairul Azmi said...

wow...memberi kesedaran...betul2..
kata org lagi sambil meyelam minum air...sambil berblogging sambil jana pendapatan....

bagus3...

Khairul Azmi said...

lagi satu nak tnya..kalau pasang manga ads status gliteri x kan hilang ke???

ZACK ENTRY said...

bagi blogger baru, duit nuff jangan difikirkan lagi..

yang penting trafik ke blog..kan cik sarah?? =)

Khairul Azmi said...

btl2...zack blh tolong jawab bagi pihak sarah x soalan aku???

Khairul Azmi said...

oh thanks sarah...

nursarah said...

khairul:

hehe, status gliterrati hanya boleh dikongsi dengan google ads sahaja. yang lain memang tak boleh. akan hilang pastinya.

zack entry:

mmg tak payah pk sangat. thats y I kata. as eksperimentasi. tp jgn bg harapan tggi.

Khairul Azmi said...

ok2..thanks

ardinihumaira said...

;) berblog, rasanya usahlah ada lagi yang mahu menunding jari kepada seseorang yang berblog itu hanya kerana wang ringgit semata-mata.. jika dia berblog dan meraih pendapatan, ianya dinamakan satu perkara yang bijak... rezeki berada di mana-mana. rebut peluang di mana ada jalan.. kalau nak kata orang lain berblog kerana wang, biarlah blog beliau tidak punya sebarang pengiklanan, mungkin di situ kita mampu menghormati mentalitinya... hehehe...


sarah hebat! ^___^

Bulan Di Langit Osaka Biru said...

hai sarah... lama tak singgah sini... iss u a lot lalink...

about nuffang.. aduiyai... dah hampir setahun berbelog.. still tak pandai nak daftar

Khairul Azmi said...

kesiannya....blaja la dari sarah...

FarhanaDr said...

Sarah.. Safina tu kawan ko ke? Yang Korea tu eh? Aku ngat kan dia orang korea.. Hik hik.. Sebab dia tulis blog dlam bhasa English.. Tapi komen2 dia dalam BM.. Ekeke.. :p

beautiful_rose said...

wahh sarah...sgt nice layout baru blog.warna ceria dn fresh...like =)
nuffnanag..info y menari utk di kongsi.

bellar0ssa said...

huhu, info berguna sarah. hmm aku pon baru juga berjinak2 dgn nuffnang ni. hmm sikit lagi baru nak boleh 1st cashout.

Hasrol Nizam said...

byk tu klu 6 bulan dh macam ni.wah2.. =)

bagus gak cadangan dgn kwn2 tu..

Dari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat

molmolla said...

yeahhhhh! selamat berblogging kepada semua :)

meo188 said...

byknye duit! :D

btw, jom ambil award khas utk blog awk ni :D

http://freewebcomic.com/2010/07/geng_cipan_award_pakatan_komik_online/

lazaac said...

betul apa yg diperkatakan oleh anda... minat sahaja tak cukup... usaha juga perlu ada... zaman skrg mmg perlu duit... dapat duit utk bahagia, bukan utk joli sakan... bukan utk menunjuk-nunjuk...

nice entri...

semoga ramai yg dapat motivasi spt yg sy dpt.. :)

hans said...

wow
banyak ekau dapat ekk
rezeki murah
alhamdulillah


den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

etomyam said...

bagus kalau dapat jana pendapatan sampingan dari hobi berblog ni

lumut said...

rezeki tu ade dekat mane2..=)

yohan said...

different people have different opinions...but if ur blog is about ur personal things it's good 2leave it without adverts or to a minimum extend. If you have business or product blog that would be more appropriate.180 in 1year plus thats good! at least you can cover your own domain + hosting! ;)

Darkbatman said...

betul 2.. duit bkn segalanya tp kita perlukan duit utk hidup.. blogging bkn utk cr duit tp hasilnya dpt memberi kepuasan pd diri kita..
love ur quotes..

sometims, blog menjd tempat kita hilangkan rs sunyi.. mencri ketenangan .. knp kita berblog, sume pd diri kita..masing2 ade niat tersendiri cm jgn tersasar..hehe

Hime said...

sara: hadoi..terglamer la pulak disini ye.hee
google adsense?owh..akan dicuba psg..thnx for ur advise :)

mie said...

btul2! aku plg stuju dgn paragraph trakhir tu..kalo brblogging sbb minat x smstinye x boleh psg iklan kan! kan! kan! kan! =)

oh ye..sy de wat 1 blog baru..nk tukar banner x? mgkin leh tingkatkn trafik blog..kalo brminat, tglkan komen kat alamat blog bwh nie ye..

http://grab-opportunity.blogspot.com/