agi idup agi ngelaban.
sejak semalam, jadual aku terasa penuh. baru sedar, aku kini dah dewasa. bukan lagi remaja yang boleh melepak 24jam, goyang kaki makan tidur bergelak ketawa have fun setiap waktu. kedewasaan adalah tentang memikul tanggungjawab. sekurang-kurangnya tanggungjawab menyara diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain. ianya tidak mudah semudah petik jari.
sekalipun aku masih belajar. aku harus hadapi ini. terus berusaha berdiri di kaki sendiri. Ya Allah. permudahkanlah urusan hambaMu ini.
sekalipun aku masih belajar. aku harus hadapi ini. terus berusaha berdiri di kaki sendiri. Ya Allah. permudahkanlah urusan hambaMu ini.
ramai orang boleh cari duit, tapi tak ramai yang boleh cari keberkatan untuk setiap sen yang kita dapat. sebut pasal rezeki, jangan panggil ia rezeki jika ia datang dari jalan yang salah. usaha dengan jalan benar, sesungguhnya Allah Maha Tahu. bidang kerja walau apapun ia, hanya terbahagi kepada dua. dosa dan pahala. yang halal itu berkat, yang haram itu bala.
entry kali ini pendek saja, kerana esok aku bekerja. selamat malam semua.
Comments
kadang2 duit sikit tapi hidup senang juga
cuba ekau bagi pandangan sikit jika ekau berada ditempat orang2 nih
P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!
keh3