saya tetap bahagia..
semalam ada kawan tegur..
muka aku nampak berseri-seri. eh, yeke. heh. kawan aku cakap, mungkin sekarang aku sedang lakukan perkara-perkara yang aku suka tanpa bimbangkan apa-apa. eh, terus dalam hati aku tertanya-tanya. muka aku sebelum ni kelihatannya stress atau apa.
dalam dunia ni, banyak benda yang membuatkan kita tidak gembira, tapi kita harus yakin bahawa semuanya akan baik-baik saja.
dalam episod persinggahan ini, masih ramai watak yang datang menggembirakan hati. dan watak-watak itu kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi. sehingga bangunnya pagi. wajah boleh mempamer seri. sekalipun yang membenci dan yang mengecewakan tetap ada di mana-mana. biarkan saja mereka disana.
kita semua, punya komitmen besar terhadap kehidupan peribadi kita. memikirkan komitmen yang demikian. what can I say. walau apapun. saya tetap bahagia.
Comments
siapa tu yg buat dalam keadaan terpaksa?. kamu ke