ke sekolah seperti biasa.
ayuh kembali ke sekolah. ayuh!
dah besar-besar masih lagi ke sekolah. sekolah di UM. rupanya aku belum abis blaja lagi?. haha. yep. yep. aku masih ada semester lagi perlu dihabiskan. total jam kredit belum cukup lagi untuk grad. tak apalah. bersekolah saja macam biasa. jangan malas-malas. padahal memang malas.
baca update status FB rakan-rakan yang dah abis blaja. aduhai. masing-masing berkira-kira nak naik pelamin. aduhai. bahagianya mereka. turn aku entah bila. but my target is. sebelum aku kawin, aku mesti dah ada sebuah rumah dan sebijik kereta dari hasil titik peluh aku sendiri. dan bakal suami aku pun mesti macam tu jugak. mesti! kalau tak kita reject saja dia. kahkahkah!
ramai yang tanya, lepas grad aku nak kerja apa. bidang yang aku blaja kat UM ni boleh kerja apa. ok. biar aku jawab. aku sebenarnya tak berhasrat nak kerja dalam bidang yang aku blaja. sebab aku macam tak minat sangat.bukan saja tak minat malah tak suka makanya aku akan kerja apa saja yang bukan semestinya ada kaitan dengan bidang sains Bioteknologi. mungkin bidang makanan. atau pakaian, atau mungkin fotografi, atau apa-apa saja. terpulang aku.
dulu-dulu memang aku rasa aku masuk Universiti untuk dapat kerja bagus. tapi now mind set aku dah berubah. aku belajar kat Universiti sebab nakkan pengalaman sebagai pelajar. aku terima susah senangnya . akan datang bila aku jadi emak. aku boleh lebih faham suasana perasaan yang dilalui oleh anak-anak yang belajar di Universiti. actually bukanlah sekadar belajar dan ambik periksa dan dapat kerja bagus. ianya lebih dari itu. dan ianya tak semestinya macam itu.
kehidupan adalah tentang pilihan. kita pilih dan kita hadapinya sendiri.
Comments
pernah trpk nk amik biotek..tapi x jadi huhuu..
member aku pun dah ramai yang kerja dah
xsabar nak kerja
p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?