putus cinta ke?

~bukan mood sedih~

sejak hari ini, di mana hari aku berehat semahu-mahunya, macam terasa bosan. aku ini memang cepat bosan, belajar pun bosan, bekerja pun bosan, mengadap blog pun bosan, facebook lagi bosan, jalan pi Mid pun bosan. memang ada masa, aku rasa everything depan mata aku begitu tak menarik perhatian. aku jemu mengadap benda sama tiap-tiap hari, aku jemu buat sesuatu yang sama dalam tempoh lama. bila mood jemu tu datang, mood aku jadi tak berapa nak orait sangat. mood yang tak orait ni pun menjemukan jugak. err, kau paham ke?

dan, mood yang tak orait ni selalu membawa aku ke alam nostalgia. ke alam yang tidak bahagia. macam aku berada di alam sepi sendirian tak berteman kesorangan. macam aku tak ada sesiapa. macam aku putus cinta. walaupun aku taktau sangat status aku sebenarnya apa. mungkin kekasih terbuang. mungkin pondok persinggahan. alahai. kasihan kan?

chop!

aku tak suka mood yang tak orait nih!

sikap aku yang cepat bosan ni memang sukar dibuang. sebab tu aku tak rasa aku boleh jadi permanent staff di mana-mana company. mungkin aku akan jadi seorang yang suka bertukar-tukar pekerjaan. mungkin aku akan bagi alasan kerja aku tak sesuai dengan jiwa, atau apa saja mungkin. so aku memang respect dengan mereka yang boleh mengadap benda sama 9 jam sehari sampai lebih 6-7 tahun. 10-11 tahun. macam kerja kat fast food restaurant. atau cashier ke typist ke apa. I dun think i'll be able to do that thing for long term. kalau pun aku boleh, pastinya mental aku akan terganggu.

mungkin kau nak tanya, adakah aku akan bosan dengan partner aku kelak?

sudah lebih sedekad, aku masih ada hati pada orang yang sama. belum juga bosan atau jemu. untuk kes ini, aku sangat berharap bahwa aku akan berasa bosan dengannya. bosan hingga tak mahu ambil tahu tentang dia lagi. tapi aku still nak tau tentang current life dia.  and sometimes, it makes me feel pain. haha! such a loser huh?!




Comments

Adziim said…
Aku suka feeling bosan tu .
beautiful_rose said…
aku juga merasa begitu di tempt kerja kadang2...dan stp kali rase bosan tu dtg,aku cuba cr alternataif utk keluar dr bulatan itu.
mybe g holiday @ wt part time tok somethg y kite suke.....
Shahada Fauzi said…
sedekad?? means 10 tahun?? lamanye tu..that show sarah seorang yang sangat setia..

saye pun kadang2 ade jugak rasa bosan tu menggangu..dan sangat2 tidak suke dengan persaan macam tu..nnt ape nk buat pun tak jadi..kesudahannye saye tido sje la..kui3..
ZACK ENTRY said…
sama la..mengadap bende yang sama memang akan bosan..lebih2 lagi bende yang kita tak minat..
Anonymous said…
tapi kadang2, bila buat benda yang kita minat pun,kalau dah ari2 buat,bosan tu akan ada jugak.
Unknown said…
itulah lumrah.. bila selalu lihat mmg akan bosan..

my recent post:
paul the octopus
Fuz said…
bila kenangan lama bertaut kembali.haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S