behind the story:- met Ariff Shah at Mid Valley


seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, today (Sabtu) is my offday. cuti yang sangat bermakna. disamping berehat, ambik peluang berjumpa dengan seorang rakan blog. Alaa. bukannya apa. jalan-jalan makan-makan ja. kepada peminat beliau. jangan marah ya.

mulanya Ariff Shah macam malas-malas nak keluar dengan aku hari ni. sebab plan tadi pun dah tengah hari dan dia plan nak godek blog dia. tapi aku bagitau yang aku tak ada masa lain pasni. then aku ajak dia jumpa petang sikit teman aku bukak puasa dan akhirnya beliau setuju.

aku pergi Mid sempoi ja. kamera pun lupa nak bawak. aku ni memang gesa-gesa kalau tetiba dapat tau orang yang aku nak jumpa dah sampai dulu. Cis, Ariff Shah ni dah tiba sana pun tak ada nak bagitau aku.

owh. Mid Valley macam biasalah. ramai giler orang.

masa mula-mula jumpa Ariff Shah, terkejut sket. sebab aku dengan dia sama-sama dress in black n white.  aku pakai tudung hitam dia pakai cap hitam, aku pakai sweater putih dia pakai t-shirt putih. n jeans sama-sama hitam. tak janji tapi kebetulan bleh sama. Lol.

nak terus pergi makan, tapi bukak puasa lambat lagi. so kitorang jalan-jalan saja tanpa arah. jalan dan berbual-bual. pasal macam-macam, bukan saja pasal blog dan blogger. masuk sekali cerita pasal kerja aku. dan apa-apa saja yang terlintas. haha, spontan.

nak makan kat Level G. tapi semuanya penuh sesak. macam tak best pulak nak makan sembang-sembang dalam keadaan sesak-sesak. suara Ariff Shah dahla slow. nanti aku jadi tak dengar kan susah. maka aku ajak Ariff  Shah makan kat L2, NooDle StatiOn. dekat-dekat dengan Reject Shop. haa. kat situ memang lapang. sesuai la kalau you all nak date tanpa gangguan.

sementara tunggu waktu bukak puasa, aku sempat ushar Samsung Galaxy S yang dia baru dapat dari Maxis 10. adalah try ambik gambar. tapi tak ambik la gambar aku dengan dia. sebab gambar aku eksklusif. ok poyo sangat. bukanla. bukan. sebab tak sesuai kot. tapi kalau keluar ramai-ramai boleh la nak ambik gambar. hEh.

Samsung Galaxy S tersebut sangat cool. gambar yang terhasil sangat cantik.


ok. sedikit sebanyak tentang Ariff Shah realitinya:-

- suara dia slow.
- rabun sejak sekolah rendah.
- tak suka pakai jam tangan. tak suka pakai apa-apa kat pergelangan tangan.
- mungkin jenis yang jaga kesihatan, tadi dia minum green tea n soya milk.
- kalau makan Big Apple, dia prefer yang bercoklat.
- sporting, boleh diajak sembang dan gelak.
- haa, ciri-ciri lain..  haruslah simpan sendiri. HahaHa!


aku rasa Ariff Shah ni jenis gentleman jugak, sebab masa bukak puasa tu aku yang belanja dia. sajalah nak belanja sebab aku dah menang contest kat blog dia hari tu. macam tanda terima kasih la kiranya, tapi mungkin dia tak puas hati kot bila perempuan je yang belanja. so after solat maghrib dia offer nak blanje Big Apple. padahal perut aku dah sangat kenyang. but I just say yes to him. HahAha!

apa lagi?

erm, tak ada apa sangat dah, jam 9 malam kitorang pun decide untuk pulang. lagipun aku kerja esok nih. kalau tak kerja, dah lama ajak beliau tengok wayang. HahaHa!


Sekian.


p/s: to Ariff Shah. betulkan kalau aku ada cakap salah. :p


Comments

ardinihumaira said…
bestnya keluar dengan beliau dan dibelanja! ^__^
MOFASAD said…
kalau kuar ngan gua... mesti lu review tentang gua...


argghhh!!!!!
Ehem ehem.. Takdak kuch2 hota hai? Ekeke.. Gurau jek.. Tak sabar nak tunggu ko review pasal aku lak weh cik sara.. Heeee.. :)
Ariff Shah said…
benar, benar dan tiada yang tidak benar belaka. haha~

ok ah. next time kalau jumpa lagi aku blanje lak :D
Unknown said…
ehem2
wahhhh!
jumpe blogger pemes mcm jumpe artis
eekekeke
syahirul said…
adoi takde pic yg takbest ni.. ariff ko ada pic ngan dia kan? nanti aku pi umah ko usha.. gyahahahaha~
Unknown said…
pasnie ley kua lak ngan zairie.. hehe

my recent post:
0h!tidak.. kenapa zairie tukar header?
ZACK ENTRY said…
pengalaman terindah..esok sarah mesti bangun awal..=P
fndrocka said…
dia dengan pompuan je sora slow...kuhkuhkuh3

Untuk mereka yang sudah menonton Eclipse sahaja
Unknown said…
fuyoooo....fewiiitt...ahaks
IntanBerlian said…
feeeewitttttt.hehe. kompem ramai peminat ariffshah jeles..haha.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S