50 ringgit terasa tiada apa-apa..

nilai duit semakin kecil, atau nilai barang yang semakin mahal, atau mungkin kedua-duanya?

abah cakap, kalau pergi mini market bawak 50 ringgit, barang yang boleh dapat. alahai. punyalah sikit macam tiada apa-apa. dapatla beberapa item. aku pun rasa macam tu. kalau keluar jalan, bawak not 50. dengan mata  aku yang melilau-lilau nih. alih-alih. habis 50 ringgit. apa yang dapat?. dapat la bedak padat jenama in2it, dengan eyeshadow dia yang dwicolor. begitu mudah kita nak setelkan sehelai wang 50. sungguh!

belanja makan kat KL, kalau time aku duduk kolej kediaman UM dulu. 50 ringgit tu selalunya bertahan untuk seminggu sahaja.  kalau beli nasik putih dengan lauk ayam+sayur, 3.50sen. kalau masakan panas, kebanyakannya 4ringgit. kalau beli air minum, hah. memang boleh cecah 10 ringgit sehari. kalau nak jimat, kena skip makan berat, ganti dengan makan roti ke rendam maggi ke. haa, macam tulah. tak ke terasa duit sebenarnya mengalir macam air, walhal untuk isi perut juga.

itu cerita dalam kolej kediaman, cafe dia memang boleh tahan murah dah tu. sejak aku duduk luar tahun lepas. fuhh! kalau beli makanan di luar. tak payah pegi jauh, beli makanan kat susur gajah depan Vista Angkasa, nasik putih lauk ayam+sayur. konfem 5ringgit. padahal bukanlah sedap sangat masakan dia. roomate aku masak jauh lagi super sedap. ok. aku masak pun lagi sedap. tapi tak apa, dilarang bangga diri, nanti mengundang dengki. hahah! 

tapi abah pernah cakap, bab makan jangan berkira. yang penting tak sampai berlapar. sampai jatuh sakit. abah kata, jaga kesihatan yang paling utama. sebab kalau kita sihat kita boleh buat banyak benda. ok abah. anakmu ini memang jarang sekali berlapar. kenyang selalu itu iya. sebab tu berat badan tak pernah turun, once dia naik, maka mustahil untuk turun, sekalipun bekerja ke busy ke, tetap juga gagal menguruskan badan. eh kejap. ni topik dah ke laut dah ni....

sebenarnya topik 50 ringgit ni datang dari total kami makan di Jhonny malam tadi. bab makan-makan bergambar tu esok jelah aku update, tapi dari situlah, datangnya topik 50 ringgit ni haa..errr, pendapat you all plak macam mana?. besar mana nilai sekeping 50? komen sket..




Comments

50 tak cukup untuk beli jeans voir kalau tak ada sale. :|

Nama I Tipah, You Boleh Panggil I Tiffany
RABUN said…
50 ringgit dah terasa macam 50 sen,
50rm tu kalu gune sekelip mata je abis.. cam air je mengalirnye.. huhuh

tp syukur la klu dah ade 50 pon
Unknown said…
bese laa umur pom da meningkat keperluan pum byk...da follow blog nie jgn lupe follw me too
diraja22 said…
yg penting ada..
Betol tu sara.. 50 hengget. Adoiiii.. Bape banyak sangat laa boleh beli.. Huhu..
Unknown said…
agak ar
time skola dulu kalo kua dpt rm50 tu kire banyak la
skrg bwk rm50 mcm pokai je
hahaha
Seimura said…
biasa lah, harga barang makin mahal, taraf hidup makin tinggi. makin maju dan membangun sesuatu tempat itu, maka makin tinggilah taraf hidup dan makin mahal la harga semua barang. huhu.
beautiful_rose said…
betul tu rm50 mcm terlalu kecil nilainya.kalo rm100 pun bole habs dlm mse 1hari,inikan rm50.kdg2 x nmpk kesan lgsg hasil dr penggunaan rm50 tu.

owh,kamu stdy di UM rupanya...sma dgn adk aku y slalu merungut pasal harga mkn di sana.
Shahada Fauzi said…
jgn kata 50..ratus2 pun macam air je ngalir..x sedo dah abes gitu je..huhu..
Queen said…
pergi pasar beli barang basah je dah habis rm50..utk 2 3 hari pnya masak..sekali pergi tesco..paling kurang habis 3 keping not 50...

sekarang not 50 layak bawak pi kedai runcit je..beli barang sikit2..dah habis..sekian..huhu
betul la..50rm tu tahan berapa hari je kalau guna betul2 untuk beli makan..huhu..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S