Posts

Showing posts from May, 2010

lelaki handsome itu bukan Melayu.

berkenaan lelaki handsome yang tidak disapa tempoh hari. masih ingat tak entry Hai Handsome? haa. lawak sungguh respon pembaca. sebenarnya memang dah tahu kami akan berjumpa lagi. sebab itulah pada masa itu tidak mungkin aku berwatak 'tak malu'. kan.kan. hari itu tidak bertegur. tapi hari ini bolehla berbual sikit-sikit. sikit saja..... dia tinggal di Kelana Jaya. ok. dapat dah satu info. kembali pada tajuk:- hari itu. hanya berpeluang melihat wajahnya. dia benar-benar seperti Melayu. kulitnya lebih gelap dari kulit aku. matanya lebih bundar dari mata aku. becoz we are all have to speak in English. aku ingatkan dia Melayu. since tak ada orang pun cakap bahasa Cina. walaupun banyak bangsa Cina dikalangan kami. bila Kak Umi panggil nama dia Micheal. aku rasa pelik. betul ke nama dia Micheal. and then bila dia key in data dalam komputer. nama penuhnya adalah Micheal Wong? bila cakap pasal lunchtime yang bakal disediakan. He dun mind to eat pork. so he is truely Chinese guy....

aku bukan watak yang kasihan.

Image
dah lama kan  kita tidak berjumpa. ada tak. kau rindukan aku?.tak banyak. sikit pun jadilah. tapi aku ini rindu secara banyak. aku selalu berharap bahwa kau akan baik-baik sahaja. tiap saat dan waktu.  aku mahu kau gembira dan bahagia. walau dengan siapa gerangannya dia.  aku bukanlah sebuah watak yang kasihan. aku ini perindu. yang tiada upaya menghilai tawa. tapi selalu bergenang airmata. terima kasih. atas cinta yang sementara.

Iron Man 2 vs IP Man 2.

owh. ini cerita dah lapuk dah. tapi baru nak update. its okla daripada langsung tak ada cerita. (miskin idea). Iron Man 2 aku tengok hari kedua ia ditayangkan di pawagam. masa tu aku berada dalam musim exam week. err, kira-kira sebulan lepas kowt. aku tengok cerita ni sorang-sorang kat Sunway Pyramid dengan harga tiket 13ringgit. (paling mahal sepanjang hayat tengok wayang). masa tu hari jumaat. movie start kul 12.20 tengah hari. tapi.....bersepah-sepah jejaka melayu Islam yang membanjiri panggung. cerita Iron Man 2 ni duration dia lebih kurang 2 jam gak la. dah tentunya sembahyang jumaat mereka waktu itu sudah ke laauuuttt. walaupun kebanyakkan orang kata movie ni a bit boring. tapi pendapat aku tidak. sebab aku tak expect pun movie ni action dia best giler ke apa. (yelah. otak pompuan nak filem aksi taraf mana sangat). over all. aku puas hati la. part sembang-sembang antara iron man dengan gf dia pun pada aku banyak yg kelakar. ok. i love their dialog. nice conversation. p...

spesis pemandu teksi yang wajar disumpah.

haaa, terbaik punya tajuk aku bagi. sila cakap terima kasih kepada tajuk yang best banget tu. satu hari jam 1petang di hari Selasa. (hari ni la senang citer...) sedang meronda-ronda (berjalan kaki sebenarnya..) di sekitar Pasar Seni. alamak. panas la. haish. kalau dapat pi mall terdekat bagus gak nih. ermm. Times Square tak jauh kot. kalau nak lrt kena tukar2 leceh la pulak. naik teksi pun ok rasanya. bukanla jauh pun. mesti harga tambang pun lebih kurang. betul-betul berada di bus stop depan lrt Pasar Seni yang juga berhadapan dengan Central Market. terdapat banyak deretan teksi. kebanyakannya pemandu kaum india di usia pertengahan. "err, uncle. saya nak ke Times Square boleh ke?" " boleh dik, tapi rm15." slow je part dia habaq rm15 tuh. "eh! apsal mahal sangat. bukan ke dekat je?" " yela, mahal sketla. jalan sesak la." "eh. tapi kenapa tak ikut meter." " mana ikut meter kat sini dik." " takpela. taknak la...

ada apa dengan sebentuk cincin.

Image
hurm. akhirnya cincin itu pergi jua. satu-satunya cincin yang aku ada. bukan cincin pusaka. bukan cincin tunang. tapi cuma cincin yang di beli di KL Central dengan harga 19.90sen. tapi aku suka sangat cincin ni. agak sedih la ianya hilang dan mungkin tidak akan berjumpa lagi. dekat setahun gak aku pakai cincin nih. inilah perhiasan paling lama pernah tersarung di jari aku. sebenarnya cincin ni hilang minggu  exam 2 minggu lepas. masa tu aku kat bilik kawan aku la. kat kolej 12 UM. sebabkan hari tu last day kan kawan aku kena kemas barang kosongkan bilik. maybe masa dia kemas-kemas dia sapu sampah ke apa terbuang kot cincin aku tuh. tak pun dia termasuk dalam barang yang dia pack. yelah cincin tu kan kecik je mana nak perasan. sob.sob gambar tu aku ambik beberapa hari sebelum cincin tu hilang. nasib baik kan aku sempat rakam gambar cincin nih. sekurang-kurangnya ada jugak kenangan. so thats why hari ni buat entry pasal nih. as memoriable thing la kan, story ...

awas lelaki-lelaki Hot, kawan-kawan I minat kat you all tau.

Image
hi semua. hai. errr, apakah tajuk tuh, bunyi dia macam gedik ke apa. lalala. mai ceq mai nak story. kalau angpa ingat la kan. entry lelaki-lelaki Hot di alam blog part I dulu-dulu beberapa bulan lepas yang aku post tuh. sebabkan entry tu, ramaila kawan-kawan aku yang tak ada blog duk ushar blog jejaka-jejaka Hot yang bertiga tu diam-diam. mungkin sebab blog diorang memang best dan hot kowt. err. link entry Hot dengan 40komen balas. http://dihatisara.blogspot.com/2010/04/lelaki-lelaki-hot-di-alam-blog-part-i.html blog pertama.. http://ariffshah.com/ masa exam tempoh hari. aku ada melepak jap bilik kawan aku kat kolej kediaman 12 UM.  time tu aku duk tengah ushar blog Fida Aishah. lepas tu kawan aku tego. "aku pernah baca la blog minah kacuk ni." eh. aku dah terpelik-pelik, mana ko dapat tau blog dia. aku rasa aku tak pernah promote pun blog Fida Aishah ni kat kawan-kawan. pastu kawan aku jawab. "ala, ada hari tu. blogger Ariff Shah buat entry pasal dia". ...

the ugly thing, u should read.

sebenarnya aku taknak bebel-bebel tentang  something ugly dalam blog nih. sebab aku tak suka blog aku tercemar dengan semua tu. tapi makin hari makin menjadi-jadi. makin hari makin membiak-biak. makin hari makin terkinja-kinja. ok. start enjin dah. *ada orang, hidup dia banyak sangat masa-masa terbuang. sampai dia gila rajin nak teliti salah silap orang. begitu tak kena. begini tak kena. dia betul semua mungkin. *ada orang, hidup dia sangat membosankan, maka mulalah dia terkinja-kinja mencari perhatian. lepas tu dia sorang-sorang seronok sakan. bahagia mungkin. *ada orang,  hidup dia langsung tiada cabaran, maka sukalah dia untuk jadi api-api. dia tak bakar diri, tapi dia marakkan api untuk hanguskan orang lain. lagi banyak yang hangus. lagi dia suka. *macam syaitan. *ada orang, dia lebih bercakap daripada memerhati. dia macam tau semua walhal dia tak tau apa-apa. then mulalah dia nak pengaruh orang ikut ideologi dia. dia ingat dia prof...

belajar untuk hidup, hidup untuk belajar.

Image
fitrahnya manusia. bermula dari tak tahu kepada tahu . bermula dari zero, kemudian bertambah menjadi satu, dua, tiga dan seterusnya. kalau makin hari, tiada sebarang penambahan. RUGI. hatta manusia yang hidup dalam hutan macam Tarzan pun, belajar untuk hidup . tiap-tiap hari belajar benda baru. kesian si Tarzan duduk dalam hutan kawan dengan harimau, kawan dengan singa. wait. Tarzan tak kawan dengan buaya kot.  hey, you know what. hidup dengan manusia kadangkala lagi tertekan. pernah dengar tak pepatah. Anjing tu walaupun dia anjing. tapi dia setia dengan Tuan dia. manusia ni walaupun dia manusia. tiada jaminan dia akan setia . sekurang-kurangnya bab setia. anjing tu lagi mulia. taknak dibanding dengan anjing?. haa. cubalah untuk setia.!  Allah cipta sesuatu tu, hikmahnya banyak kalau manusia itu mahu berfikir. ada orang, dia lahir dengan buaian emas sudah tersedia milik dia. walaupun dia tak tahu pun buaian itu dari ema...

Entry Copy-Paste

This is life in a way planned yet not really. In the future, what may come up? I have to wait and see what's in store for me, just like everybody else. I follow my inner voice a great deal these days and I shall leave it open. Life can be at times by miracles and chances. Perhaps, some randomness involved. Basically, I only do things I believe in, I do not do it because it is a conscious moral choice or the society says so, but because it is the only way that I can live, work and explore possibilities in many interesting ways! Amidst my struggled life since childhood, things get tangled up for me but eventually they shake themselves loose! Nowadays, my thinking is increasingly more zen. Haha. I don't like to worry myself sick with endless what-ifs. They drain you off tremendously. What may come, what may go, what if it fails, what if I can't do it.. It runs through and through like a bullet train and I find it pretty meaningless!   -------------------------------------...

Sembang World Cup:- Michael Ballack tidak akan beraksi !

Image
hi semua, hari ini, kita nak sembang pasal bola. pasal W orld Cup . siapa tak suka. boleh keluar sekarang!. HaHa. tak payah la komen "apa nak sibuk dengan World Cup, bukan Malaysia layak pun". Owh. aku peduli apa Malaysia layak ke tak. itu bukan hal aku. apa yang penting. World Cup is my world . yang lain. tak penting. ada pahammm?! lagi 22 hari menjelang Piala Dunia. dah 4 tahun menanti dengan sabar. YA! aku ini menanti-nanti kejuaraan dunia yang akhirnya tiba jua. sebab aku macam tak endah sangat dengan Liga Bola Sepak untuk kelab Sepanyol ke England ke apa. memang aku agak kureng sket di situ. cuma ambik tau sikit-sikit saja. bila Man.U kalah aku jadi tukang gelak. bila Arsenal kalah aku tepuk tangan. haa, setakat itu saja. tapi untuk kejuaraan dunia macam World Cup atau Euro Cup. aku memang excited lebih. aku suka kejuaraan yang melibatkan Negara-negara macam ini. dan aku selalu akan menumpukan perhatian. dari perlawanan pembukaan hingga ke final. tumpuan hundred perce...

Free Malaysia Airlines Flight Tickets to Vivid Sydney

Image
klik Vivid Sydney: Berita Harian  untuk berita lanjut tentang Vivid Sydney. orang kata. sydney bandar terindah. once in a lifetime, kalau ada peluang kena lawati sendiri. bagi aku, Sydney sememangnya bandar yang aku admire. paling glamer kat Sydney, tak lain tak bukan. Sydney Opera House. sangat unik reka bentuk dia. susah nak describe. much more than beautiful. antara blogger yang pernah cerita pengalaman di Sydney seperti Chika (Nurulism.com), dan adik Irene Nadia Marcello. cik  Fida Aishah yang tinggal di Australia bila-bila pun boleh ke sana kan. aiseh Fida. nanti kalau I ada rezeki pergi Aussie, tumpang bilik u boleh?.. HaHa. kalau berminat nak ushar tentang Sydney, boleh la google, atau tengok sendiri entry adik Irene tentang Sydney di SINI . tentang Vivid Sydney ni. katanya ia acara tahunan. the Largest Annual Festival of Light. maknanya. ini acara taraf dunia la sebenarnya. kalau you all tengok gambar-gambar tu, gila lawa la kan. ...

spesis KEJI di alam SIBER.

Image
--------------------------------------------------------------------------- kronologi email yang dapat di screen shot untuk tatapan anda. bagi email macam ni dekat seribu orang sehari. kalau yang bodoh tu percaya dan send 600 british pound. cuba bayangkan berapa banyak PENIPU ni boleh dapat dalam sehari. kita ni... walaupun tak pandai sangat. at least. jangan jadi bodoh cukup. orang nak bagi duit 1 juta. sapa taknak. bohong la kalau taknak duit. tapi.. plezla. mana ada orang nak bagi duit juta-juta free macam tu je. lainla kalau kita ni dipinang oleh kerabat diraja Sultan Brunei. kalau tidak. janganla mimpi. JANGAN. nak kaya raya. usaha dengan jalan yang benar. Allah Maha Pemurah. manusia keji ada di mana-mana. in reality pun, kita tak boleh percayakan sebarang orang. apatah lagi di alam SIBER. sepaling keji manusia. adalah si penipu demi keuntungan diri . nak kaya cepat dengan memusnahkan orang lain. walaupun yang menipu email macam ni mungkin adalah nonmuslim. ...

Lagenda Budak Setan

Image
I dun know la, why. why. hari ni hanya iklan saja yang terpapar di blog nih. suka tak suka. kau tatap sajalah. anyway. ini bukanlah aku nak promote sangat. tapi lebih kepada aku nak bagitau yang aku minat sangat gandingan pelakon-pelakon dalam filem ni. Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar n Fazura. keempat-empatnya memang my favret. berbakat, cun, handsome pun iya juga. serius. selama 4 tahun dah aku menonton wayang di panggung. belum pernah lagi dalam sejarah aku menonton cerita local. tak pernah lagik. so ini mungkin. mungkin untuk pertama kalinya aku akan jejak ke panggung demi menonton this film. aku dah tengok review dia kat You Tube which is not bad. Lisa punya lakonan bila diganding dengan Que Haidar aku rasa macam. WoW! memang pelakon utama dia Farid Kamil n Lisa Surihani tapi cerita ni kan romantic&sad, Lisa akan kawen dengan Que. cerita ni sedih la. tambah sedih sebab at last Lisa mati. (sama la cam dalam novel). alamak. bersedia la bawak tisu masuk panggung. lap...

iklan terbaru di blog ini (2) Check it Out!

Image
1) Combo 512kbps : RM90 2) Combo 1Mbps : RM110 3) Combo 2Mbps : RM130 4) Combo 4Mbps : RM140 For broadband , the package offering is Streamyx Combo starting from 512kbps until 4 Mbps speed. Streamyx Combo 512kbps until 4mbps will be inclusive of voice call plan , Wifi modem and comes with FREE Panasonic DECT Phone (512kbps will get Aztech DECT Cordless Phone). Customers will enjoy Call Plan offerings as below: # FREE Fixed to Fixed call nationwide. # Cheaper Fixed to Mobile rate depending on speed # No Call Plan Package Fee Terms and Conditions:- -Speed of service is on ‘best effort’ basis with 24/7 Broadband. -Service is subject to availability and technical testing. -For NEW and EXISTING customers. -This special packages valid for SUCCESSFUL Streamyx installation and activation ONLY. Thus, TM Homeline subscription before the said event is treated separately and subject to TM Homeline Terms & Conditions. -The minimum subscription period is 12 MONTHS. -If ...

iklan terbaru di blog ini. Check it Out!

Image
Celcom Broadband Packages The Broadband Basic plan is suitable for frequent users who require basic broadband connectivity for their daily use. With speeds of up to 384 Kbps, not only can you stay online for hours but you won't have to burn a hole in your pocket to do it. Provided 2 packages : Broadband Basic/ Speed Fees/ Upfront Payment C-Broadband Basic (Data Only)-RM68 Up to 384Kbps / RM68.00 C-Broadband Advance (Data Only)-RM98 Up to 3.6Mbps /  RM 98.00 Term & Condition Apply • The Broadband Basic Service offers speeds of up to 384kbps. • This service is only available as a postpaid service. • This service is bound by Celcom’s Fair Usage Policy of 5GB a month. • As this broadband service is shared, therefore the service is provided on a best effort basis. Celcom Promo 2010 Packages Broadband Promo/ Speed Fees/ Upfront Payment C-Broadband Basic (Data Only + Modem) - RM68 (Promo 2010) (Free Celcom Modem) Up to 384Kbps 68.00 / RM100.00 ...

Career Day & Tourism Fair at PWTC.

hari ni pergi PWTC. dah tengah hari baru bertolak. macam biasalah, bangun lewat. pergi naik lrt ke masjid jamek n then tukar lrt ke pwtc. pergi macam gesa-gesa dengan perut kosong. air pun lupa minum. sampai sana. mak ai ramai sangat orang. kebanyakkannya dressing sangat proper weh, pakai kasual gila. kemeja siap necktie, tuck in lagik, yang pempuan pun ramai pakai baju kurung, n kemeja n slack. waduh. apsal diorang skema sangat, aku pergi pakai tshirt n jeans je. lantak apa janji aku selesa.:p banyak gila lah company, yg kerajaan yg swasta, yang bisnes, yang insurans, finance, banking, pasaraya, francais, automobil, hospital, hotel n kulinari. media prima pun ada. dan ntah apa-apa lagi company yang aku tak pernah dengar. serius la banyak yang amat. pening la kepala aku. aku tak ada sangat isi form n bagi resume. just ambik diorang nye handout n fliers jek. serabut la ramai-ramai orang nih. bikin pusing. nanti aku email jela resume kat mana-mana company yang aku berkenan. oh ya, progr...

psikologi:- bila kita marah, maka kita akan..

Image
hi semua, selamat berhujung minggu. selamat hari Sabtu. sebentar tadi, aku naik marah dengan loading nuffnang yang lambat. bukan web nuffnang yang lambat, tapi thread pasal Potato Crisp punya slogan kontes tu yang lambat sangat (ada 394 komen mana tak lambat load walaupun aku guna talian streamix 110 ringgit sebulan). memang hangin kejap la sampai kena refresh banyak-banyak kali. sumpah rasa macam nak hempas laptop. tapi nasib baik bersabar. maka genggaman tangan tu dilepaskan atas meja. meja tak apa-apa. tapi tangan merasa sakit. oh ya. nak cari idea untuk slogan tu sikit punya payah macam nak give up pun ada. walaupun thread tu baru launch 5 hari lepas tapi dah hampir 400 yang mencuba nasib. hadiah lumayan tu. siapa taknak. ok, balik pada tajuk, sikit punya panjang intro aku bagi. dah sikit tapi panjang . ayat apa ni. walaupun ia janggal tapi you all pun selalu guna ayat macam ni kan, takyah geleng kepala. cepuk kang! dah. dah, balik pada tajuk plez.. bila kit...

Atokachou? I dun know how to spell it rite.. Lol

apa dah jadi dengan aku. macam loser. seriously. what a messy life I had. grrr. macam hilang punca. macam berserabut gila. macam tak nak mengadap blog. macam nak baring guling-guling saja sepanjang hari. What A Mess?! no. sebenarnya. macam nak jalan-jalan. eh. bukan. sebenarnya I am planning to eat Pizza Hut Fish King. untuk Nuffnang punya Contest. tapi serius. aku nak idea terpaling bagus untuk this contest. I wish I can win. becoz its hard for me now. I need money. what else should I write? fuhh! boring. semangat blogging hilang. everytime mengadap pc. a lot of things boleh taip. tapi.....semangat tiada. kenapa jadi macam ini.. Arghhhhhh! bunyi macam aku sedang stress. Is it?! what I've done. menaip macam orang sawan. is it really Nursarah's post?.... about the tajuk. Atokachou:- What Should I do? adakah aku.....tersalah makan. Totally Crazy. Shit!

cerita-cerita hangat.

salam semua, err, bukan cerita aku yang hangat. tapi cerita-cerita di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan. kita tulis juga di sini. sebab cerita memang sekadar cerita pada hari ini. tapi ianya adalah sejarah di masa hadapan. sejarah yang mungkin di baca oleh generasi terkemudian. 1) cerita Allahyarham adik AminulRashid. tak perlu olah panjang. semua pun dah tau pasal kes ni. sampai kat Facebook pun aku terima mesej supaya tukar profail picture kepada gambar arwah sebagai usaha ke arah menuntut keadilan. padahal i dun know la kalau semua orang letak wajah allahyarham as profail pic adakah cara ini membantu mendapatkan keadilan. what can I say. manusia kadang-kadang tak realistik. sesungguhnya cara itu langsung tak membantu. totally nonsense! yes. manusia di Facebook memang banyak yang suka mengarut. muak dan mual. adalah lebih bagus kita sedekahkan al-fatihah dan doa buat arwah. InsyaAllah dapat pahala, daripada sibuk hantar mesej di Facebook. ceh. padahal yang cipta ...

food mania.

hi semua, selamat Hari Rabu. hari rabu..GSC Midvalley bagi diskaun untuk tiket wayang. *tiba-tiba intro berbunyi begini..sigh- ok. sebenarnya aku tak tau kenapa dengan aku. aku macam dijangkiti sindrom nak makan dan nak tengok makanan. lepas tu semalam, aku asyik la layan you tube. cari video masakan dan makanan. dari tempatan hingga luar negara. video orang masak laksa, video orang sediakan Bento. malah video orang masak Rolled Egg. (ala yang macam Gu Jun Pyo suka makan tu). alahai. semua nampak sedap! aku rasa ini adalah gara-gara menonton cerita korea. I dun know la. bila tengok diorang (dalam citer korea) menghadap meja makan yang penuh dengan lauk. kengkadang sampai berbelas jenis. aku rasa macam wow! bestnya. bestnya. nak jugak.nak jugak. sama gak bila tengok diorang makan Lunch Box. cute sangat. pastu, heroin suka makan gelojoh dengan mulut penuh. serius, aku teringin nak makan cara camtu. makan banyak-banyak.! kalau tengok video kat atas ni. aduh. sangat admire de...

review korean drama series: Personal Taste

Image
memang dah lama sangat menanti-nanti lakonan Lee Min Ho untuk drama korea seterusnya selepas lakonan mantap beliau dalam Boys Over Flowers. Personal Taste adalah drama bersiri kedua lakonan beliau. masih lagi ditayangkan di South Korea. kat you tube cuma boleh akses sampai episod 12 sahaja. the next episode kena tunggu lah. berkisarkan Jin Ho (hero utama) yang sedang membina kerjaya sebagai arkitek, dan dalam masa yang sama terpaksa fight dengan company yang dulunya pernah menjatuhkan karier arwah bapanya. juga misi misteri yang perlu dilakukan ke atas rumah peninggalan seorang lagenda arkitek, yang mempunyai seorang anak perempuan. Kae In. (heroin utama). Jin Ho seorang lelaki yang metroseksual hingga disangka sebagai gay. manakala Kae In adalah seorang wanita yang selalu cuai, pengotor dan selekeh. atas sebab mahu menyewa bilik di rumah peninggalan lagenda arkitek. Jin Ho terpaksa berpura-pura bahwa beliau adalah gay maka Kae In akan membenarkannya untuk tingga...

Biarlah Rahsia

saat ini, minda aku cuma ada sebaris ayat. Life is so Hard . itu saja. kadang-kadang aku rasa bahwa aku ini tidak layak untuk ketawa. cuma layak melemparkan senyum tawar. dan kadangkala aku juga merasakan bahwa aku sepatutnya jadi lone ranger. jalan sorang-sorang. makan sorang-sorang.  macam tulah. rite now pandangan aku adalah begitu. aku yang sebenarnya sunyi. no. no. aku tak minta sesiapa hilangkan sunyi aku. sebab aku memang lebih suka bersendiri. orang yang dekat dengan aku pun takkan faham aku. aku suka simpan semuanya sorang-sorang. walaupun aku ada blog. satu-satunya yang boleh aku lakukan, adalah dengan menulis bahwa aku ini adalah begini. aku tak sukakan pertanyaan tentang life aku. whats going on. whats going on. plez. dun get involve. ada orang assume aku tak hargai orang yang prihatin tentang aku. bukan aku tak hargai. tapi aku sebenarnya tidak mempercayai sesiapa. tapi banyak orang sangka aku ini pentingkan diri. aku memang tidak telus. tap...

The Mines. (entry bergambar) part II

Image
untuk sesiapa yang ketinggalan cerita The Mines (entry bergambar) part I boleh klik SINI . ok, pada hari tersebut, selepas lunch, kami bertujuh pergi main bowling. Haha! itu TIPU . main tu tidakla, tapi kami memang masuk area bowling ni untuk cari surau . WHAT?.. surau dia kat dalam tempat bowling. yea. begitulah ceritanya kawan-kawan. jangan ragu-ragu, ini bukan tipu. (tengok, kan I tak ketawa..). tapi dalam surau tu dah tak dengar dah bunyi orang hempas bowling. kalis bunyi mungkin. hehe. sebenarnya kami macam nak main jugak bowling nih. tapi masing-masing tak pakai stokin. so malas la nak kena beli stokin pulak. bazir duit je stokin dia dahla tak best. Miahaha!. so. kita pun tak mainlah. tengok jela org main. (ceh padahal malu nak main sebab tak teror. kahkah). Jihan, Husna n Fiza, ini adalah wajah-wajah selepas solat zuhur. muka masih ceria. awas! yang bertudung krim tu sudah berpunya. yang lagi dua masih available. ekekekeke. promote kejap. err.tumpang lal...