terasa terbeban..

mood happy seakan merudum ketika ini, yes! diri macam terbeban dengan pelbagai perkara. emosi terbeban, mental terbeban, fizikal terbeban..owh! bebanan apakah ini??!!

bebanan 1:-

ada someone, yg merisik khabar. dan aku, menolak pun tidak, menerima pun bukan. aku taknak sakitkan hati sesiapa. dan aku juga belum mampu menggembirakan hati sesiapa. aku taknak ulas lanjut, sebab aku sendiri tak berapa faham keadaan apakah yg berlaku saat ini.

bebanan 2:-

a lot of assignment yg tertangguh. aku takda idea yang mencurah untuk siapkan assignment. padahal masa yg ada tak banyak. buntu betul. betul-betul buntu.

bebanan 3:-

keadaan semasa yang menyepit sehingga tersepit. aku marah sungguh dengan kenaikan tambang bas dan teksi. aku rasa keadaan ini telah menjerut leher aku hgga sukar nak ambik oksigen. naik je teksi, meter start dengan rm3.00, malah meningkat dengan selaju mungkin. aku naik teksi dr stesen U ke Bukit Jalil, tambangnya adalah rm16.00. naik dari PPUM ke Pasar Seni, tambangnya adalah rm9.20. aku betul2 tak faham kenapa tambang teksi begitu mahal. kalau teksi tu adalah kereta Honda Accord edisi terhad takpe la jugak. ini cuma Saga keluaran 90an. teksi pun pakai gas, guna gas sangat la murah berbanding petrol, tp kenapalah agaknya....???!&*%&$*&^&@*&%!! bila nak kemana-mana naik teksi, aku n kawan2 akan pk 100 kali. dan aku rasa pemandu teksi boleh dapat income rm300 hgga rm700 dalam sehari!

bebanan 4:-

sebenarnya aku taknak menyatakan semua diatas sebagai beban. tapi semua tu telah menyebabkan mood aku merudum.


p/s:- tiada pesanan penaja untuk entry ini!

Comments

apan lee said…
aku pun turut terasa beban bile membaca.huhu.
gud lak with ur assignments.
teksi suka cekik darah.
baik naik bas.jimat. -_-
Anonymous said…
salam perkenalan sara...

1. biar masa tentukan semua tu
2. kena bahagi masa elok2 ni
3. guna alternatif lain mcm beli skuter sebijik ker (aku dulu pun guna teksi n lrt... huhuhu)

selamat hr raya
Unknown said…
hu.da lama tak naik taxi.so tak merasa.simpati untuk kamu.semoga DIA murahkan rezeki untuk semua.
ezanykun said…
muda2 lg dah ade org merisik kabar ek.. tapi kalau masih stadi.. elok la habiskan dulu..
nmEsfie said…
aku paham2...aku pn pengguna transpot awam cam ko jugak... apa yg leh aku kata ialah, BERSABARLAH!

p/s:apa kata setiap kali tpaksa naik teksi ko bayangkan yg bawak teksi adalah lee jun ki atau kim hyun joong. pastu bila bayar tambang, ko bayangkn plak dia dalam keadaan sgt lapar dek x mkn 4 hari 5 mlm... mngkin ko akn kurang ralat sikit...

hehe... cadangan je.... =)
Ibu Ammar said…
*arque*
tambang bas pun dah naik gak..huhu

*Fatt Chin Choy*
aku takda modal la nak bli skuter sebijik dua..huu

*+aku fobia+*
Amin atas doa kamu..tq2

*ezany*
merisik khabar sebagai special friend pun kena tggu abis study erk??..baru ku tahu..

*Mazeed*
kalau benarlah lee jun ki yg bawak teksi, nescaya aku takkan turun dr teksi tersebut..haha!
mr.kordes said…
assalamulaikum..mmg bg kite tksi ni cekik drh la apa la...tp kita kena jgk pk,sian diorg,nk cr mkn punya la ssh..tksi brpe byk kt malaysia ni?nk byr kt tokey lg?klu yg dah ada tksi sdr ok la...kena cr sehari lbh kurg rm 100 utk menapung hidup...anak bini..sian...tokey kene byr sehari lbh kurg rm45....dh cmno?sian kn?er...jd berbaik sgka la ngn pemandu tksi ok..er...merisik kabar tkpe...merisik lain bahaye...hehe...selamt berkenalan sara...=)ade mse lyn la blgo pkcik yek/...
Anonymous said…
EMM kita serupalah sara.......

=(
beban yg pertama tu pakcik blh tulung selesaikan.. pilihlah pakcik huhuhuhu itu je jalan penyelesaian...huhuhuh

salam aidilfitri
Ibu Ammar said…
*pakcik kordi*
patutnya kena ada diskaun untuk student cam sy nih..bukan kami ni ada gaji nak byr teksi mahal2..huhuhu

*Uruchimaru @ kf*
serupa tang mana tu uruchimaru?

*dotblogspotdotkom*
aik, pakcik single lg ke??..huhu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S