Tuesday, September 8, 2009

cerita hari ini..

mood malas nak update blog, malas nak pos entry, tapi takpa, sedang berusaha menaip dengan gembira, mesti mengaku bahawa diri ini gembira apabila berblog! mesti!

cerita pertama hari ini ialah..hari ini merupakan 1st day peperiksaan UPSR..my sister juga adalah calon upsr tahun ini. apalah punya kakak tak wish good luck pun kat dia. langsung terlupa. sebenarnya ingat masa minggu lepas, tapi minggu ni jadi hilang ingatan terhadap tarikh upsr.harap adikku siti zulaiha dapat menjawab dgn baik sekali. jom kengkawan blog doakan sama supaya murid2 darjah 6 dapat menjawab soalan peperiksaan dgn baik.Amin.

cerita kedua, hari ni penulis tak masuk dapur, sampai umah kul 5.30 ptg, kak izat n shida dah beroperasi di dapur.diorang masak ikan masak asam pedas, jadi penulis malas nak sesakkan dapur, duk depan tv tengok tv9, cerita drama Aqsa dan Medina. geram membara ngan watak Ikram, boleh abaikan isteri yang tengah pregnant (Iran).. sebab sibuk tergila-gilakan Medina (bekas isterinya) padahal Medina tu dah pun berkahwin dengan Aqsa. Bengong ke apa Ikram tuh! macam Ikram tu ada penyakit jiwa plak aku rasa. Gila talak kot..hahaha.

cerita ketiga, malam ini penulis sedang bermalas-malasan, surf internet, tengok tv..tak study pun. haha..ini kerana test culture tissue pada hari khamis ni telah ditangguhkan ke selasa depan, yes! syok..mmg tak sedia langsung jika test itu dibuat pada hari khamis ni..sumpah tak ready. dan bukan aku jer tak ready, tapi semua org pun tak ready dan sumer org vote untuk tangguh test tersebut, yeeeha!

cerita keempat adalah..nak in4m bahawa entry sebelum ini iaitu antry deep in my heart tu hanyalah imaginasi penulis yg sedang berangan pada ketika itu, takda kena mengena dengan sesiapa pun, meskipun penulis mmg pernah naik ke menara dengan seseorang, tapi dia tiada kaitan pun dalam entry jiwang tersebut..haha..itu jelah nak in4m..saja melawak sket2 dalam blog..hehe..

cerita kelima....errr..tiada apa dah nak diceritakan..haha..dah kul 11 malam..selamat malam.

2 comments:

abang besi said...

yeke tgh berimaginasi?hmm...pdahal igt kt pkwe....

abg besi doakan adik2upsr semua berjaya,,,,,hehehe...

de oter is cik ifti said...

salam sarah...ni new link sy..:) tq