03/09/09-13 ramadhan.
bangun pagi pukul 5.42, aiseh, betul2 dah waktu imsak! satu rumah takda yang bangun sahur, aku bangun tengok jam hp..terus g dapur minum seteguk air masak.. mengucap panjang sebab kami serumah tak sempat bersahur.. dan paling rugi adalah aku sendiri, yg berbuka dengan tanpa nasi petang semalam..tapi terpaksa redha jer..terima kenyataan bahawa hari ni berpuasa tanpa sahur..mata masih ngantuk..terus tido balik sampai kul 6.30pg..dan 6.30 pg tulah semua org baru sedar yg diorg terlepas untuk bersahur. kesian kami serumah. isk.isk
dan bila tak bersahur, perut pun lapar n rasa macam takda tenaga, hadir kelas jam 11 pg, dr salihin baba bg lecture melebihi sejam, semua org cam tepu dengan penerangan2 die, at last dia tanya faham ke tak, sume student diam membatu takda respon..kahkah! ingatkan aku seorang jer yg tepu, tp semua pun tepu tahap nak muntah, rupanya kami sepakat tak mahu faham slide2 terakhir dari dr salihin..hahaha..
sampai rumah jam 2 ptg, tak tido pada siang hari untuk hari ini, duk depan laptop baca blog puan chika, saja baca entry beliau yg dulu2, masa zaman dia masih comot. hahaha..tp beliau makin comel sekarang sebab bahagia dengan hubby dia..
pukul 5.30 ptg penulis terus masuk dapur sediakan juadah berbuka, memasak bersama hasni dan shida, penulis memasak dengan teruja sekali kerana tak sabar2 nak makan nasik dan lauk pauk, maklum jer, dah tiga hari berbuka dengan fast food. masak macam2, tapi sayangnya tak ambik pun gambar makanan yg dimasak pd petang ini, terus menyambar makanan sebaik saja tv mengumandangkan azan maghrib..baru 10 minit makan, perut rasa kenyang sesangat.. padahal, cuma makan nasi dgn tomyam campur, ikan goreng, sayur sawi+tomato goreng, budu, bebola2 yg direbus n keropok lekor. minum air kelapa yg hasni beli kat bazar ramadhan, dan penulis tambah sejenis lg air iaitu air milo ais buatan sendiri..
jam 7.30 penulis menonton naruto..best nyer naruto siri yg remaja. nape naruto ni best banget?
berazam taknak miss episod anime naruto siri remaja even penulis sentiasa mengikuti manga naruto..walaupun cerita dalam manga makin rumit, tapi mashashi kishimoto mmg best!
lepas solat maghrib n baca yasin, penulis sambung makan coklat cadbury..n makan potato crisps perisa hot n spicy..minum air masak secara bergelas-gelas. buka tv 1, ada rancangan forum perdana ehwal Islam..cakap pasal remaja, tapi penulis tak dengar sangat apa yg diceramahkan.
cuma yg pasti ahli panel tu cakap pasal sikap budak2 remaja zaman sekarang..antaranya bab merempit, bab cinta, bab ilmu dan byk2 lagi..teringat masa zaman skola rendah dulu, abah panggil semua anak2 dia suruh tengok forum perdana ehwal Islam..sampai tersengguk-sengguk kitorang adik beradik tahan ngantuk time dengar forum..haha, macam lucu untuk dikenang..hihi
sampai sini bebelan kali ini..jumpa lagi untuk entry esok..
Comments
oo.. ade gak pompuan minat komik naruto ek.. bagus2.. kita sekapal.. hehehe..
sian semua jd tepu..hehehe..
tu la,jgn mls sahur...=)