sekali lagi tentang abah..

tentang entry abah yg suka bercucuk tanam tu, ramai yg seakan berminat, ceh, rupanya abah macam ada peminat tersendiri plak dalam blog anak dia ni..kahkah..nanti anak dia ni nak menanam jugaklah..pas tanam bila dah tumbuh hasil mesti bangga nak letak pic dalam blog, hehe, tp kat kl ni penulis duk umah style pangsapuri nak bercucuk tanam kat mana plak?..

sekali lg penulis ingin mencoret tentang abah, biar bertambah lg peminat abah dalam blog ni..( aik! promosi abah sendiri dalam blog, macam mana tu?)..anyway..2nd interest is, my dad loves reading..tapi dah jarang nampak abah membaca sebab abah asyik dengan tanaman dia..sampai malam b4 tido pun dia akan siram tanam-tanaman dia dulu..

berbalik bab membaca, abah suka sangat beli buku2 tebal, dan beli buku2 kulit tebal..mmg dia tak sempat baca pun buku2 tu, tapi di rumah, buku2 sangat melambak-lambak, sampai tak cukup almari buku.. mak plak asyik mintak abah beli almari buku yg baru..isk.isk.

buku2 yg abah beli adalah buku terbitan readers digest..dan buku2 tersebut bukan murah untuk setiap satunya..malah lebih mahal drpd buku rujukan penulis di universiti..tapi penulis sangat bertuah dapat baca buku2 yg dibeli abah..rasanya buku2 macam tu mmg hanya boleh ditempah dan tiada dijual di mana-mana kedai buku..banyak bagusnya buku2 yg abah beli tu, n banyak sangat perkara menarik yg penulis dapat drpd pembacaan buku2 milik abah tu..

dan sampai sekarang, penulis belum khatam lg membaca buku2 tersebut..dan setiap dua bulan, abah akan order sekurang-kurangnya satu buku baru..maka buku2 tu macam beranak pinak dalam rumah..hahaha..

jom ushar sebahagian drpd buku2 kepunyaan abah..



buku2 yg covernya nampak menarik

buku2 seterusnya, kamus besar pun ada gak..





dah boleh buka mini library kot?


buku2 diatas terletak di ruang tamu rumah, sebenarnya ada banyak lagi buku2 lain yg gambarnya tiada di sini, itu kerana buku2 tersebut berada di bilik adik lelaki penulis,dan bukanlah letak kat bilik dia sebab dia rajin baca, tapi sebab bilik dia ja yg masih lapang ada ruang nak letak buku2 tu semua..( sebab bilik dia cuma dia je duduk)..bilik anak perempuan dah penuh takda space untuk buku2..
p/s: bertambah ke peminat abah?

Comments

abang besi said…
wow..abah sara sama ngn abang besi..suka membaca...tp abang besi suka bce sblm masuk tido...wajib bace...=)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S