entry sedih.

penulis cuba terus menceriakan wajah apabila menatap wajahnya, yup! aku akan menatap wajahnya setiap hari, aku tidak boleh kelihatan bersedih atas apa yang menimpa beliau. kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. aku harus terus bersenyum.

ingin sekali aku berkongsi rasa bagaimana agaknya kesengsaraan dan kesedihan dia yang berkeadaan 'sakit'. aku ingin katakan bahawa aku tumpang simpati, tapi aku bukan jenis yang mudah untuk menahan emosi. aku tak mahu bertanya lanjut tentang penyakitnya. kerana aku tak mahu dia rasa bahawa nasibnya adalah nasib yang kasihan. aku mahu dia kuat. jadi tiada apa yg akan terlafaz dari bibir aku.

hanya doa yang ikhlas dapat aku panjatkan kepada Ilahi, moga pembedahannya akan berjaya, dan walaupun dia bakal kehilangan 'sesuatu' yang paling berharga dalam diri seorang wanita, aku berdoa moga dia dipanjangkan usia, dan Allah menganugerahkannya seorang teman sejati yang tidak memandang akan kekurangannya dan akan menemani dia sepanjang hayat.

p/s: berdoa lah bersamaku, moga dia kuat hadapi dugaan ini. Amin.

Comments

Beruwang said…
semoga pembedahan itu berjaya...
abang besi said…
hoh..apehal plk nie?siapakah beliau itu?sakit pe?
mr.kordes said…
??sila cerita dgn lbh lnjut..kitorg nk tau...
Ibu Ammar said…
ok...

kepada yg nak tau lanjut..

kakak serumah sy, akan jalani pembedahan ovari 14/10/09..ada darah beku dalam ovari..

doakan pembedahan tersebut berjaya, side effect selepas pembedahan, sy sendiri tak pasti dan sy tak berani untuk bertanya..
mr.kordes said…
ok..pakcik doakan jugak keselamatan beliau...siannya....

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..