Wednesday, September 2, 2009

baca plez!

apa perasaan apabila hati cam bengang dan bengkak?

mmg bengkak rasa macam nak menyumpah dengan perkataan (*^&&%$#$#@%$@%@$)..

anyway, ceritanya cam ni, dah sangat selalu kejadian macam ni menimpa penulis, tp hari ini terlebih emosi untuk berhadapan dengan situasi yg sama untuk sekian kalinya, maka hati pun rasa bengang secara over dose agaknya..tak boleh dipendamkan lg...

aku bengang dengan:

manusia yg tak fikirkan org lain.

nasib baik still aku mengkategorikan spesis ni sebagai manusia. mmg korg bernasib baik. mana tak bernasib baik, bila korang naik bas, korang macam rasa tu bas syarikat nenek korang. tak rasa macam bas tu adalah kemudahan awam yg dikongsi bersama.dah nampak kat depan pintu bas masih ada lagi manusia yg perlu untuk naik, lebih2 lg untuk mengejar masa nak pergi kelas, tp you all wat tak tau taknak memenuhkan ruang belakang dengan sebaik2nya.. cuma orang depan yg bersempit-sempitan n driver bas pun ingat bahawa bas tu dah penuh..

sebenarnya hati aku sangat kecik dengan benda camnih.. apakah manusia ni tak pernah nak fikirkan kepentingan org lain. mmg dulu aku tak terasa sangat bila berdepan situasi ni, tp sejak 1/9/09 bas alternatif lain iaitu bas berbayar (rapid kl) dah naik harga iaitu bertukar drpd tiket pas harian (rm1 sepanjang hari) kepada tiket sehala (rm1 setiap kali naik), maka aku pun tidak dapat bersabar lagi..aku tau aku akan lalui situasi camni setiap pagi aku nak ke kuliah..nak wat cam mana kalau dah stesen U adalah destinasi terakhir bas UM, maka dah tentu bas tu penuh diisi oleh student yg destinasi sebelum itu iaitu area pantai dalam..

UM.

aku bengang gak ngan UM ni sendiri yg meminimakan bas untuk student luar, padahal student luar sangat lah ramai dan nisbah jumlah student dengan jumlah bas sangat tidak menggambarkan sebarang kelogikkan. sudahla kolej kediaman sangat terhad, biasanya student 2nd year dah kena duduk luar, ( penulis ok lg 3rd year baru duk luar) .. pembawaan kenderaan pun UM mansuhkan, hanya student 4th year boleh bawa kereta, its okay still tak kisah la bab tu, tp how come kebajikan pengangkutan awam pelajar tak dijaga?
MPMUM pun sama.. dulu masa bertanding pilihanraya berkempen habis bab jaga kebajikan student, bila dah menang semua duk diam2 je dalam meeting room, takpun asyik buat amal kebajikan secara komersial pergi sana sini nak lambangkan pemimpin pelajar UM ni buat kerja..padahal plastik tu semua.. kalau MPMUM TU IKHLAS, mari sini jumpa aku, kita bincangkan kebajikan student UM yang korang teriak2 time kempen dulu..
p/s: maaf mood sedang berapi-api... siapa terasa..meh sini jumpa..

2 comments:

hasni said...

hoho

green said...

dah bace..
sbr k..
nasib baik kolej kediaman kat sini bnyk..sme ddk dlm..
nway,bese la tu...kadang2 ade yg lupe ape yg dorg ckp tyme kempen..
fake..