entry indah ini..

hari ini, tuan rumah ini mendapati bahawa tetamu yg berkunjung ke rumah ini semakin ramai, jadi tuan rumah nak ucapkan berbanyak tenkiu kepada semua pengunjung sama ada yg sengaja berkunjung atau tak sengaja (tersalah click agaknya), yg setia dan yg curang (ceh, cam skandal apa ntah), yg lama mahupun yg terkini, yg senyap mahupun yg bising , yg gemuk mahupun yg kurus (takda kena-mengena pun,haha)..tenkiu n tenkiu yg tidak terhingga kepada kalian..hamba disini sentiasa mengalu-alukan kunjungan kalian semua..tenkiu sekali lagi.

dan sy juga mendapati bahawa menulis blog kini seperti satu komitmen dan satu tanggungjawab, kerana adanya readers yg mintak sy update blog sekerap mungkin, mungkin dah addicted terhadap penulisan sy yg hodoh ini..anyway, tenkiu berbanyak atas sokongan kamu, sy akan usahakan untuk terus meng'update' blog ini dengan jayanya, InsyaAllah.

sebenarnya sy agak berasa rendah diri kerana blog sy ini tidaklah indah seperti blog2 mereka yg lain, yg bersinar2 bergemerlapan penuh warna-warni, ini kerana tuan rumah ini seadanya sukakan warna putih sebagai background dan tidak minat akan semak-samun yg berkelip-kelip...jadi seadanya rumah ini sy design se'simple' yg boleh supaya sesiapa berkunjung, mata mereka hanya akan tertancap pada tulisan purple yg men'story'kan sesuatu yg terbit dr hati dan fikiran sy..itu saja.

sy adalah blog walking sejati..haha..dan melalui blog walking, sy baru sedar bahwa dunia blog adalah seperti satu dunia yg mempunyai masyarakatnya yg tersendiri, punya komuniti blog tersendiri, komuniti bloggers yg pelbagai ragam, walaupun komuniti ini hanya di alam maya, tapi terdapatnya satu ikatan kukuh yg menjalinkan hubungan alam maya itu. komuniti tanpa sempadan..sesuatu yg indah bukan?..

menulis entry yg bertajuk "entry indah ini", mood sy berada di tahap 80% gembira..dan lebih gembira lagi kerana ketika sy menulis entry ini, sy sedang menikmati coklat cadbury kegemaran..alhamdulillah!




sedap! sedap! cair di mulut!

Comments

Anonymous said…
hehehehe.=p akn sllu ke cny ..

nk cokelat tue bole ?

^-^
abang besi said…
bak coklat tu?sdp wo....nyum2...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S