part time abah..
my dad @ abah sangat suka bercucuk tanam. tapi space yg ada terhad. cuma menanam di sekitar kawasan rumah, apa yg penulis tengok, orang yg bercucuk tanam ni, ibarat berinteraksi dengan tanaman, bila tengok abah yg pagi petang siram tanaman, pagi petang cabut rumput, rasa macam ianya adalah sejenis bentuk kasih sayang dari manusia kepada makhluk Allah yg bergelar tumbuh-tumbuhan. mmg banyak bagusnya bercucuk tanam, selain ianya sebagai aktiviti yg menyihatkan, hasil tanaman jugak boleh dimakan. baru awal tahun ni abah mula menanam sayur-sayuran kat sekitar rumah. tp sayur kacang panjang tak berapa menjadi. yg lain kira okla.five star buat government officer cam abah yg ringan tulang berbudi dengan tanah.
nanti bila abah dah pencen, kita boleh bercucuk tanam secara besar-besaran plak. hihihi
jom ushar gambar2 berkaitan..
pokok keladi
sayur kangkung
kaktus
bunga batang berduri
kaktus
kacang bendi
cili hijau
sayur sawi
kaktus
kacang bendi
cili hijau
sayur sawi
cuba tengok gambar sayur kangkung, sayur ni boleh bertumbuh dengan banyak-sebanyaknya, sampai kitorang kena makan sayur ni hari-hari. dan seluruh jiran terdekat dan atuk belah mak dan abah pun telah kami sedekahkan dengan sayur kangkung tersebut tp still masih banyak. mungkin sebab tanah sangat subur. dan pokok2 lain macam bendi, lada dan sawi kami makan sendiri saja..no matter bab makan sayur ni. sebab penulis mmg makan apa saja..segala yg halal, tolak batu dan kayu..boleh sebat punya..haha, inilah ciri2 yg sesuai untuk sesiapa membelanja aku makan..hahahaha..sila jgn malu2 untuk belanja aku makan okay! kahkah.
Comments