no title!

sedang minum air milo panas, jam sekarang tunjuk kul 1.45am..mata aku tak ngantuk lg walaupun badan aku letih semacam.. ntah la knapa..letih kerana tadi siang dah beribu kalori aku gunakan untuk berjalan di setiap sudut dalam kompleks Sogo, ditambah dgn berjalan dr Sogo ke Jalan TAR, dan bazaar masjid India.

satu benda yg macam jadi habit aku time jalan-jalan ialah, aku suka tengok orang. td masa aku duk dalam lrt Star. ada sepasang dak lelaki duk depan aku..aku katakan sepasang kerana mereka terdiri drpd dua org, one of them muka comel macam pempuan, tapi suara lunak kalah suara aku. cumanya rambut dia macam lelaki, dress pun macam lelaki. dan yg sorang lagi plak muka mmg macam lelaki,suara pun suara lelaki, tapi dress dia pelik.. pakai tight hitam ngan skirt hitam atas lutut. 1st time aku nampak pasangan yg camnie..isk! but suasana ni kejap je dapat aku tengok. coz dr stesen masjid jamek ke stesen bandaraya cuma ambik masa 5minit..

pastu tadi masa kat Sogo, kak izat ngah beratur nak bayar..cam biasa, beratur punya panjang. aku keluar la jap dr Sogo tu, lepak depan Sogo. hujan renyai ala macam nak lebat tapi tak berapa lah sangat. kat depan Sogo tu, ada sorang pakcik pakai baju jubah kaler biru pekat paras lutut. dia duk 'mengajar'. siap bawak mini white board, dengan marker pen, then kat leher dia gantung kad bod yg ditulis 'idea saya untuk kerajaan malaysia'. pakcik tu ceramah apa ntah, tapi ramai gak yg duk berdiri dengar bebelan dia, antara yg aku dengar, dia kata dia dah 15 tahun 'mengajar' di jalanan. pakcik ni bleh tahan gak. kengkadang kuar cakap omputih dr mulut dia.dan aku dengar dia asyik sebut slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ..then dia sebut gak "you are what you think"..then dia kata, "if you think u are brilliant then dont come to my class"..setakat itu je aku tonton acara tersebut..ada la dalam 12minit..then aku masuk balik dalam Sogo carik kak izat.

alamak!, dah sejuk pun air milo yang aku minum ni..cepat benar air ni sejuk, kipas rumah ni kuat sangat agaknya. tiba-tiba teringatkan cik hasni, apa khabar agaknya dia sekarang kat KLIA tu.? kesian dia entah tidur ke tak malam ni..takkan menangok je tggu flight ke Kota Kinabalu esok pagi..moga dia selamat sampai ke pangkuan keluarga dia kat Sabah tu..

dan esok giliran aku plak yg akan pulang ke Johor.biasalah time raya je bas ke area selatan akan bertolak dr Bukit Jalil. memang rasa happy bila nak balik kampung, terbayang peluang untuk jumpa sumer orang, mak abah, adik beradik, nenek, atuk, sepupu, dua pupu, kupu-kupu apa semua bleh jumpa.dan terbayang makanan enak-enak yg akan dijamu dihari raya, lemang, ketupat, sambal kacang, sayur lodeh, rendang, dodol..huh! tapi tetap tak leh nak happy sangat sebab naik cuti raya ada 3 homework nak kena submit.

alamak! dah larut pagi. esok kena bangun awal untuk bersahur, episod sahur kali terakhir bersama housemate untuk Ramadhan kali ini. InsyaAllah akan datang puasa Syawal kita akan bersahur bersama-sama lagi.heheh..

to all this blog readers, aku nak ucapkan..

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"

Comments

hahaks..arini momo lak nk g sogo la....jumpa lak pe.. ngn pakcik tu...
apan lee said…
haha.ni habit ke suka perhatikan org?
aku perhatikan org especially time nak beli baju ke seluar ke kasut ke.
so aku macam akan lebih tahu fesyen ape yg famous sekarang ni.
haha,abaikan.

selamat hari raya btw.naik bas elok2.jgn lupa bace bismillah sebelum naik bas. ;D
Unknown said…
selamat raya.nanana.kembang.
mr.kordes said…
milo sedap minum sejuk2....ltk dlm peti dl lg besh...hehehe..
abang besi said…
pkcik yg genius..kenal sgt..beliau pnh kuar paper..=)

pkcik kordi yg misteri waks!hihi...
Ibu Ammar said…
*momosukie*
jumpe ke pakcik tu?..

*arque*
aku perhatikan org yg pelik2 je..huu

*+akufobia+*
selamat hari raya

*pakcik kordi*
sy suka milo panas dan sejuk..huhu..penggemar milo sejati..

*abang besi*
mmg pakcik kordi sangat misteri..uhuu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S