perjalanan ini..

shima ( my coursemate) n penulis..( gambar hiasan tiada kaitan dengan entry).
perjalanan dalam meniti kehidupan,
tak pernah berhenti..
selagi jantung masih bernadi..
perjalanan yang kelihatan jauh,
padahal ia hanyalah dalam waktu yang singkat..
dalam pada kita terus melangkah ke arah destinasi akhir sebagai insan..
adanya persinggahan yang mengikat kita untuk tempoh tertentu..
persinggahan di
zaman kanak-kanak..
zaman remaja..
zaman dewasa..
persinggahan yang sebenarnya begitu pendek tempohnya..
begitu berharga..
kerana dalam tempoh ini..
seorang insan membina karakter..
membangun peribadi..
menjadi 'diri sendiri'..
alangkah sayangnya..
apabila kita gagal menghargai tempoh yang singkat ini..
hanya kerana..
kita tidak nampak betapa 'berserinya'
kehidupan bersama teman-teman sepersinggahan..
pernah hati ini merasai derita..
kerana menahan pahitnya sengketa..
dan sejak itu..
ada azam yang tertanam..
supaya derita seperti itu..
tidak terulang lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S