Sunday, August 30, 2009

selamat menyambut kemerdekaan ke 52..

Bulan ogos hampir melabuhkan tirai. Dan semua org tau bahawa Ogos akan diakhiri dengan sambutan kemerdekaan. Dan tahun 2009 ini, kita menyambut hari kemerdekaan tanah melayu yang ke 52. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat kemerdekaan di tanah tumpah darah ini.

Ingin sekali melihat kemerdekaan ini bukan dari sudut kebebasan, kerana frasa 'kebebasan' itu sendiri selalu disalah ertikan. Kita raikan kebebasan tanah kita dari belenggu penjajahan. Bukan raikan 'kebebasan' dengan bebas menjadi apa saja hingga melupakan agama dan budaya kita.

Kemerdekaan ini, begitu besar ertinya bagi mereka yang mengenali sejarah bagaimana episod ratusan tahun bangsa kita dijajah. Dan siapa yg tidak kenal sejarah itu, maka dia tidak layak meraikan kemerdekaan ini.

Saban tahun kita dihadiahkan konsert malam ambang merdeka di mana-mana dataran berdekatan. Tapi hadiah sebegitu tiada manfaatnya kerana ia ibarat satu peluang ke arah lebih banyak kelakuan sumbang.

Kemerdekaan kali ini, yang pertama kali disambut dibawah naungan Perdana Menteri kita yg ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Moga Malaysia terus aman sejahtera di bawah naungan pemimpin negara.

Kemerdekaan kali ini, jatuh pada bulan puasa iaitu Ramadhan. Moga semua org akan kekal berpuasa biarpun keletihan dalam perbarisan sempena kemerdekaan. Barulah namanya seorang pejuang. Dan moga sambutan malam ambang merdeka tidak mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan.

Kemerdekaan kali ini, disambut dalam situasi kesihatan yg membimbangkan gara-gara Swine Flu. Moga kita tidak melupakan mangsa-mangsa H1n1 dan tak lupa berdoa supaya mereka yang masih sakit akan beransur sembuh.


"Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52 Tahun"

1 comment:

Nedy Nadia said...

entry yg penuh patriotik..
ngee~