mggu ke 4 kuliah..

mggu ni tak byk beza dengan mggu sebelumnya, alhamdulillah tak miss sebarang kelas, cuma kelas plak ada yg dibatalkan gara2 prof tak sihat..mana ada student yg tak hepi bila kelas batal.. of coz penulis mmg hepi..(jgn contohi perangai ini)..

mggu ni penulis dapat berjimat duit makan dengan sejimatnya..haha..alhamdulillah..mmg masak ala kadar kat rumah dan makan beramai2 adalah sesuatu yg indah dalam kehidupan..lagi2 kalau dapat housemate yg berbakat dalam memasak..bolehla penulis curi tulang..haha...(sekali lg jgn contohi perangai ini juga okay)..terima kasih kepada housemate2 penulis yg memasak, paling puas ati adalah cempedak goreng cik hasni yg mmg tak bleh lupa.. juga aiskrim walls beliau yg berperisa milo 3in1 tu..mmg class! mggu depan penulis akan masakkan spaghetti untuk you all..
masakan ala western tak bleh selalu makan..hihi..sebulan sekali jerk..

saat menulis disini, adalah bertarikh 1 ogos..tarikh keramat bg penyokong yg mengikuti perhimpunan haram membantah ISA..tengok berita kat tv, situasi perhimpunan sangat teruk.. beribu2 org terlibat termasuk student ipta..lg2 kat sogo, masjid negara, masjid jamek dan masjid india..sampai tahap kedai2 kat masjid india diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, malahan stesen lrt masjid jamek turut diarah tutup..keadaan agak huru hara sampai pihak polis terpaksa gunakan gas pemedih mata untuk disembur kearah ribuan yg berhimpun..

penulis mmg no komen pasal perhimpunan haram ni..masing2 dah besar panjang, boleh fikir sendiri..tapi agak kesal kerana sebenarnya kita punya cara yg lebih baik untuk mengatasi masalah untuk mengemukakan sebarang bantahan terhadap apa yg kita tak puas hati..anyway..setakat ini dahulu..berlabuh tirai 1 ogos!

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..