cerita ini.

Selamat pagi sabtu..Cerita kali ini membawakan tentang sesuatu cerita..Haha..Jangan bingung, inilah ceritanya..hehe..
Penulis macam sedang meminati bidang masakan secara lebih sejak tinggal di rumah sewa. Rasa macam nak belajar secara mendalam segala resipi masakan. Beruntung kerana housemate kesemuanya jenis suka berada di dapur. Malah kami semua seronok memasak di dapur dan kemudian makan bersama-sama. Tidak perlu jadual memasak, siapa pun sedia bertolak ansur untuk memasak sekalipun pulang lewat dari kuliah. Dan walaupun di bulan puasa, tetap bersemangat menyediakan juadah berbuka puasa. Tak perlu membeli di bazaar ramadhan. Cuma kadang-kadang penulis akan membeli kuih-muih sebagai juadah sampingan. Kuih kegemaran di bulan puasa ini adalah kuih kole kacang, manis dan sedap. Dua hari sekali mesti beli kuih kole kacang. Sumpah sedap!

Alhamdulillah penulis dilahirkan sebagai seorang yg tak cerewet bab makan. Senang kata asalkan halal, tolak batu dan kayu. Pasti akan disebat. Jadi bila bersama dengan orang yang berlainan negeri, tak pernah rasa kekok nak cuba makanan diorang. Contoh macam ketupat palas, kenal ketupat palas masa umur 19 tahun. Sepanjang membesar kat negeri johor tak pernah kenal pun ketupat palas. Tapi bila kawan negeri lain ajak makan, even pertama kali makan, terus jatuh hati. Macam orang jakun, sebab selama sebelum itu hanya kenal ketupat nasi sahaja.

Orang kata negeri johor terkenal dengan mee bandung muar dan soto. Tak pastilah betul ke tidak statement ni, tapi penulis memang sangat suka makan mee bandung muar n soto. Lagi-lagi kalau ianya disediakan oleh my mom. Hidangan yang perfect! Kalau makan mee bandung atau soto kat k.l, tak pernah dapat makan yang sedap macam yg ada kat johor. Agaknya betul lah tu org k.l tak pure masak makanan ni. Atau mungkin penulis belum jumpa lagi kedai yg terer masak soto n mee bandung kat k.l ni.

Kat pasar malam kg kerinchi yg sangat dekat dengan rumah penulis memang banyak jenis makanan. Tapi ada satu yg paling penulis suka makan. Iaitu nasi minyak. Ada satu kedai tu nasi minyak dia buat sangat lembut dan sedap. Dan housemate penulis pun suka makan nasi minyak tu. Selalunya kalau pergi kat kedai tu, ramai betul pelanggan. Kedai tu jugak ada jual nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kukus. Dan rasanya yang selalu datang beli kat situ adalah pelanggan setia mereka. Satu lagi kegemaran penulis adalah keropok lekor. Suka sangat dengan keropok lekor. Agaknya dulu masa kecik, kalau pergi pasar malam, memang cuma kenal keropok lekor ja. Jadi sampai sekarang pun suka dan terus suka takkan jemu terhadap keropok lekor. Tapi sejujurnya dalam bulan puasa ni belum pernah lagi membeli keropok lekor. Asyik tertarik dengan kuih kole kacang je sampai terlupakan keropok lekor.

Dah seminggu rupanya berpuasa di bulan ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah selama seminggu ini kami serumah tak pernah lg membazirkan makanan, apa yang dimasak akan dihabiskan. Kalau tidak dimakan semasa buka puasa, akan dihabiskan juga time bersahur. Tiada pembaziran tandanya kita bersyukur terhadap rezeki kurniaan Allah. Lagipun bulan ramadhan adalah bulan mendidik jasmani dan rohani. Mendidik jasmani dalam usaha menahan lapar dan dahaga, mendidik rohani dalam usaha menyucikan jiwa. Semoga melepasi bulan ramadhan kali ini, seperti kelahiran baru seorang insan yang bersih jasmani dan rohaninya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..