Alhamdulillah.

bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi pagi..

Alhamdulillah, mencelikkan mata di pagi 4 ogos 2009, rupanya Allah masih memberikan kesempatan untuk hambaNya ini bernafas pada hari ini. Pagi yang cerah dan indah, matahari tunduk patuh pada hakikat kejadiannya sebagai pemancar pencahayaan menerangi seluruh alam, moga manusia yang menikmati kurniaan ini tidak berhenti berfikir betapa agungnya kebesaran Ilahi.Subhanallah.

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat kesihatan yang baik demi meneruskan perjalanan yang penuh liku, moga nikmat sihat ini akan selalu disyukuri dan rasa syukur perlu dibuktikan dengan ketaatan tidak berbelah bagi sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah, hati ini masih dalam keimanan terhadap agama yang satu. Nikmat Islam yang dikurniakan sejak lahir ke dunia tetap hidup di dalam diri. Moga nikmat ini tidak akan terlepas dari menghuni jiwa selagi nyawa dikandung badan.

Alhamdulillah, diri ini masih dikelilingi insan yang menghargai apa itu nilai kasih sayang. Kasih sayang yang terjalin ini masih dapat menceriakan hari yang suram, malahan kasih sayang ini dapat merawat segala duka di hati. Terima kasih kepada semua insan yang menghadiahkan jalinan kasih sayang ini. Semoga ia tetap berkekalan sehingga hujung nyawa.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S