10 ogos 09..
yahoo! nak ceritakan mood penulis yg hepi sangat kerana test pada rabu ini ditangguhkan ke tarikh 24 ogos iaitu selepas cuti mid sem break..aduhai bohonglah klu ada org tak hepi dgn penangguhan test apatah lg orang yg tak ready macam si penulis blog ini..macam rasa dibebaskan dr beban bila test ditangguhkan..mggu ni mmg bukan mood untuk ulangkaji pelajaran, bukanlah kerana malas tetapi adalah kerana tidak rajin..yelah, org lain bergembira masa feskum tapi ada plak kita kena menelaah pelajaran, mana aci?..
dengan penangguhan test tersebut maka plan asal untuk study pada malam hari terus terbatal dengan automatik..dan diganti dengan aktiviti menonton drama korea, drama korea ini adalah adaptasi drpd drama taiwan bertajuk Meteor Garden..mesti sapa2 yg minat drama korea akan terus dapat tahu tajuk cerita ni..Boys Over Flower.. cerita ni sangat panjang berjela-jela of coz takkan dapat terhabis untuk tonton secara terus, malam ni cuma dapat tengok 3 episod sahaja..mmg cerita ni persis dengan meteor garden, cuma hero2 BOF ni lebih cute dan tidak segagah f4 Taiwan..dapat cerita ni drpd kak izat, kak izat mmg orang yang bertanggungjawab sebagai informer cerita korea mana yg best dan yg tak best..lagipun kebetulannya satu rumah ni berkongsi minat sama iaitu suka tengok cerita korea dan suka baca novel..serasi bersama gitu!
gerai konvo um dah semakin meriah dan rancak..hari ini merupakan konvo bagi student Phd, dan esok pula adalah konvo bagi student master dan lusa adalah hari pertama bagi konvo student degree,penulis belum sempat mengunjungi gerai konvo um gara2 kesibukan yg amat.. hari ini kelas tamat pukul 6ptg dan badan pun berasa sangat letih maka terus saja pulang ke rumah..esok pun rasanya takda masa jugak nak jengah2 tapak gerai konvo tersebut..mungkin hari yang sempat adalah hari rabu atau khamis..tak sabar gak nak nengok senior penulis yg grad konvokesyen kali ini..tahniah buat semua senior2 ku, ramai sangat senior jadi berbelah bahagi plak nak bg hadiah kat siapa..ambik keputusan untuk tak bg hadiah kat siapa2..haa, barulah adil. hihi.
anyway entry hari ini setakat ini dahulu, penulis perlu berehat..menghargai hari ini dengan mempostingkan at least 1 entry untuk tatapan my frenz, followers n silent readers! thank u!
Comments