9 ogos 09
hari ini bangun dengan agak awal..dikategorikan awal kerana patutnya hari ahad adalah hari untuk bangun lewat.. sebenarnya dah berjanji dengan hasni untuk ikut dia memberi khidmat bakti di sebuah asrama anak yatim..program bakti ini sebenarnya adalah aktiviti subjek ko-k iaitu subjek wajib universiti.. subjek ko-k tersebut ialah subjek khidmat masyarakat, kagum betul bahwa student um ramai yg pilih subjek ni padahal ada lebih daripada 50 pilihan subjek ko-k lain yang ditawarkan..jgn salah faham, sebenarnya bukan la student um ni suka berbakti sangat, tapi subjek ni sangat mudah kerana student tidak perlu menghadiri kelas setiap mggu..cuma hadir dua kelas di awal semester untuk briefing, dan kemudian boleh pilih mana2 institusi kebajikan untuk memberi khidmat selama 20 jam, boleh berkhidmat apa saja sama ada program gotong royong atau ceramah atau apa sajalah.. dan yg terakhir adalah pembentangan tentang program yang telah dijalankan..it sound so easy rite? student u macam tak biasa menyumbang bakti jadi fasilitator kat kampung2..haha. termasuklah penulis suka menyibuk join benda2 macam ni padahal sebenarnya takda kaitan dengan program, hanyalah join untuk membizikan diri supaya dapat melupakan perkara yang sedih dlm hidup..
bertolak ke asrama darul falah (Asdaf) pada jam 7.45 pg..menaiki teksi wira HWD apa ntah no pendaftaran kereta nya tak ingat plak.. nak puji sket abang teksi tersebut kerana bertimbang rasa terhadap kami berempat, mana tak bertimbang rasa apabila sanggup call kami guna public phone untuk tahu bilakah kami nak pulang, almaklum bahawa Asdaf ni terletak jauh sikit dari kemudahan awam seperti bas dan LRT..malahan tak cas kami lebih dan hanya meminta bayaran mengikut meter..padahal selalunya teksi lain akan cas lebih jika kita yang panggil mereka untuk datang menjemput, so thanks again to the abg teksi tersebut, jasamu dikenang walaupun gambar beliau tiada dalam entry ini..haha..
gambar beramai-ramai meliputi 30 org pelajar um dan pelajar2 Asdaf yang mungkin dalam 40 orang..tak pasti sangat jumlah sebenar mereka..bangunan tersebut adalah bangunan asal Asdaf. mmg dapat dilihat bahawa bangunan ini adalah bangunan lama..penghuni Asdaf ini 90% daripadanya bukanlah anak2 yatim, tetapi mereka merupakan anak orang asli pribumi di tanah melayu..mereka ditempatkan disini demi menyelamatkan akidah mereka supaya mereka dapat mempraktikkan cara hidup Islam dengan betul..dan supaya anak2 orang asli ini dapat mengubah nasib keluarga mereka yang selama ini agak kurang berpendidikan..kalau dengar bahasa 'asli' semasa diorang bercakap sesama diorang memang bahasanya sangat aneh dan tidak akan difahami oleh orang biasa..jadi apapun yang mereka umpatkan tak dapatlah kami fahami..isk!
penulis sungguh tidak tahu menahu aktiviti apakah yang bakal diadakan pada hari ini, malah terkejut rupanya ada aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Asdaf sama ada di dalam mahupun di kawasan luar..dengan ayunyer bergotong royong dengan berbaju kurung. kelihatan sangat pelik membakar sampah sarap dengan berbaju kurung sebegitu..tapi malas nak ambik kisah yang penting dapat bereskan kerja dengan jayanya..kami berempat dalam gambar tersebut bersama seorang budak perempuan 5 tahun..
penulis sungguh tidak tahu menahu aktiviti apakah yang bakal diadakan pada hari ini, malah terkejut rupanya ada aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Asdaf sama ada di dalam mahupun di kawasan luar..dengan ayunyer bergotong royong dengan berbaju kurung. kelihatan sangat pelik membakar sampah sarap dengan berbaju kurung sebegitu..tapi malas nak ambik kisah yang penting dapat bereskan kerja dengan jayanya..kami berempat dalam gambar tersebut bersama seorang budak perempuan 5 tahun..
ini adalah gambar semasa aktiviti menampal alamat yg telah comel dikerat pada envelope.. alamat2 ini dihantar untuk meminta sumbangan sempena bulan ramadhan nanti, envelope sangat banyak rasanya mencecah seribu envelope kesemuanya ..alamat2 tersebut adalah alamat badan2 karporat dan syarikat bisnes di seluruh malaysia tak terkecuali sabah dan sarawak, dan sebenarnya ada jugak nama2 lecturer um termasuk lah nama naib canselor um..mmg Asdaf mengharapkan sumbangan orang yang berkemampuan seperti mereka kerana Asdaf tidak mahu lagi meminta sumbangan dari rumah ke rumah..
rasanya best jugak dapat berkenalan dengan anak2 orang asli yg cara hidup diorang agak berbeza drpd cara hidup kita..antara yg berbeza adalah mereka ni sentiasa berkaki ayam dimana2 juga, telah dipesan supaya memakai selipar tapi tetap berdegil tak mahu..mereka ni jugak sangat pandai menyanyi dan ada diantara nya yang pandai bermain gitar tapi sangat malu2 untuk teruskan main gitar apabila akak um datang dekat pada mereka..hihi..
rasanya best jugak dapat berkenalan dengan anak2 orang asli yg cara hidup diorang agak berbeza drpd cara hidup kita..antara yg berbeza adalah mereka ni sentiasa berkaki ayam dimana2 juga, telah dipesan supaya memakai selipar tapi tetap berdegil tak mahu..mereka ni jugak sangat pandai menyanyi dan ada diantara nya yang pandai bermain gitar tapi sangat malu2 untuk teruskan main gitar apabila akak um datang dekat pada mereka..hihi..
anyway penulis bergembira dengan aktiviti hari ini di Asdaf.. learn sumthing new and had very nice experience..kagum dengan sukarelawan persendirian drpd singapore yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk give something kat asrama Asdaf.. mmg semangat dan sifat mulia yang wajar dicontohi.. penulis yang ada dekat dengan Asdaf selama lebih 2 tahun ni pun baru jer tahu kewujudan institusi ini..by the way sebagai penutup entry kali ini penulis nak ucapkan terima kasih kepada hasni, jihan n izzah kerana membenarkan penulis menyibuk dalam program korang..dan terima kasih kepada pakcik razak dan en.fahmi yang banyak membantu dalam khidmat bakti ini.. jika ada kesempatan maka kita akan bertemu lagi..InsyaAllah.
Comments
i also hv done dis thing...
wif my exco..
when we were in badar...
we held a prog..
`cahaya d aidilftri..`
3days 2nite..
mkn diowng pon kami oder laen..
mkcik yg bese msk
kitowngbg cuti..
evrything we all tnggung..
expenditure by our own..
we manage to get nearby 6 thousands for them...
wif daa co-operation of badar`s exco..
salam sayang rumah darussalam gopeng...