H1N1..

Mangsa h1n1 yg melibatkan kes kematian di malaysia mencatat jumlah yg membimbangkan iaitu sebanyak 51 kes kematian. 6 kes kematian dicatat di Uitm Segamat hinggakan ipt tersebut terpaksa ditutup untuk satu semester. situasi yg benar2 mengundang kerisauan seluruh rakyat malaysia. suasana sekitar tempat2 awam juga dah bertukar, ramai yg mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng menutup rongga mulut dan hidung, malah budak umur 2-3 tahun pun pakai jugak..mmg mangsa terlibat ramai di kalangan kanak2 yg berada di tahap imunisasi yg masih lemah..
rakyat menunggu tindakan drastik kerajaan bg mengatasi dan mengawal wabak swine flu ini drpd terus memangsakan penduduk awam.. sampai ada yg komen bahawa kementerian kesihatan hanya bertindak mengira jumlah kes dan jumlah kematian sahaja tanpa ada sebarang tindakan yg lebih efektif..

suspek yg dijangkiti h1n1 boleh sembuh sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kebanyakan kes kematian adalah berpunca drpd merebaknya virus terhadap organ2 penting terutama paru-paru seterusnya menyebabkan keradangan yg tidak dapat diselamatkan. masalah timbul apabila pesakit tidak tahu bahwa diri mereka dijangkiti h1n1 kerana apabila mereka menjalani pemeriksaan, banyak klinik kesihatan gagal mengesan bahwa pesakit dijangkiti virus ini..
saringan melalui pemeriksaan kesihatan bukan hanya perlu dijalankan di lapangan2 terbang sahaja, malah di seluruh kawasan awam yang melibatkan orang2 ramai, ini kerana jangkitan tempatan mencatat jumlah yang lebih tinggi drpd jangkitan luar..h1n1 mmg telah merebak di kawasan seluruh malaysia maka kenapa kerajaan hanya membuat saringan pemeriksaan kesihatan di airport sahaja..
pamakaian mask/topeng muka perlu diwajibkan dan kementerian harus memberikan mask kepada rakyat secara percuma..lebih2 lagi di kawasan yg sesak seperti stesen lrt dan stesen bas..bagi rakyat awam, perlu amalkan langkah pencegahan..tidak perlu keluar ke tempat2 awam yg sesak dengan orang jika tidak berkeperluan.. lebih baik duduk dirumah sahaja..
penulis juga ada mendengar komen drpd seorang lecturer yg menyatakan kita perlu makan banyak buah-buahan segar untuk meningkatkan kualiti imunisasi tubuh, contohnya dengan memakan buah yg bagus seperti epal hijau..dan perlu diingat bahwa prevention is the best cure!

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..