ogos ke 4..

best nyer dapat tengok baby..

lepas kelas culture tissue tadi, sambil jalan nak turun lab komp fak sains, ternampak akak2 senior yg datang um untuk ambik jubah konvo, dan salah seorang dr mereka memangku anak kecil yang sangat comel, rupanya baby girl tu adalah anak kepada kak zara..sumpah baby tu sangat comel mewarisi kecomelan ayahnye..(ayah dia mat salleh)..rambut blonde, kulit putih kemerahan.. tapi kak zara pun comel jugak muka chinese..hehe..umurnya baru 52 hari..baby tu sangat comel walaupun dalam keadaan lena..betul2 macam anak patung..sangat sejuk hati tengok baby tersebut. yelah, baby kan berjiwa suci bersih..wangi kerana tiada secalit dosa. dan ibu yang melahirkan nya juga berada dalam keadaan suci seperti bayinya..itulah ganjaran kesusahan si ibu melahirkan seorang anak.mendapat ganjaran lumayan daripada Allah Yang Maha Besar dan Maha Pengasih.. betapa beruntungnya wanita yang diberi peluang bergelar seorang ibu..Subhanallah.

tidak berhasrat untuk makan tengah hari pada hari ini. Perut masih terasa kenyang walaupun cuma diisi dengan dua keping roti dan segelas susu awal pagi tadi. lagipun memang dah biasa tak makan tengah hari sejak mula semester lagi.. Lab petang nanti aku bakal berdua je dengan jihan..dua org lagi ada aktiviti kokurikulum. harap2 tugasan praktikal petang ini tidak berat.
cuaca di luar tidak panas, dan tidak hujan. cuaca yang menyenangkan semua orang. moga ia akan kekal sehingga waktu petang.

Duhai hati, berhentilah daripada memikirkan perkara yang di luar batas kemampuanmu untuk menilaikannya. Positiflah dan tanamkan rasa yakin bahawa pemerintahan Yang Maha Agung itu menaungi setiap langkahmu, yakin dan percayalah bahawa hati yang ikhlas akan sentiasa dapat melihat kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..