mggu ke-5 kuliah..

mggu ke kelima kuliah dah pun berakhir, penulis memonteng kelas pada hari isnin kerana menyambung cuti mendadak dengan alasan yang tak dapat dielakkan..sekali lagi memonteng kelas pada hari pagi khamis kerana mengikuti trip ke hulu langat, (ceh padahal cuma pergi 4jam je tetap nak kategorikan ia sebagai trip).. belum dapat menaip sebarang assignment kerana masih belum berjaya mencari bahan dgn banyak..sumer masih on the way..lab report juga telah terlambak dengan menggunung..harap dapat mula menyiapkannya hujung mggu ini juga..


berasa hampa lagi kecewa kerana streamix masih belum dipasang padahal telah membuat deal sejak 2 mggu lalu..ntah kenapa geng streamix ni lambat sangat buat kerja, kesian dekat kak izat sebab terpaksa secara baik hati meminjamkan broadband celcom beliau kepada penulis, malah penulis mmg tak malu asyik meminjam broadband beliau demi mengupdatekan blog kesayangan ni. tolonglah wahai geng streamix..kau orang mesti datang pada mggu depan kalau tak datang jugak mmg aku akan bertindak antar komen kat paper harian metro..berani diorg ni buat kerja cam siput padahal kat iklan bukan main lagi.. suruh org gunakan streamix..geramnya!


hujung mggu ni jugak perlu peruntukkan masa untuk ulangkaji subjek fisio kimia mikrob kerana test akan diadakan pada rabu depan, tajuk yg dicover sangat banyak..nota telah diprint oleh hasni akan dipinjam untuk difotostat pada hari esok..student um mmg asyik memfotostat nota sahaja tapi segala nota seakan expired apabila tamat semester..mmg malas nak menyimpan nota secara lama..lagi bagus bagi jer kat junior..haha..sikap nakal seperti ini jangan dicontohi okay..


feskum dah pun bermula, banyak kanopi memenuhi ruang kawasan kompleks perdana siswa dan dewan tunku canselor..bayak gerai dah pun mula beroperasi..tapi tak sempat lagi nak singgah, rasanya mggu depan pasti lagi meriah..konvo sarjana muda bermula hari rabu dan berakhir hari sabtu 15 ogos..penulis ada jugak mengajak kawan2 dari U lain untuk berkunjung ke um sempena feskum kali ni..ntahla yg diajak tu akan datang atau tak..


belum beli tiket lagi untuk pulang bercuti mid sem break mggu depan, hajat nak beli tiket secara on the spot sahaja..mungkin bakal pulang pada hari sabtu atau ahad..tak pasti lagi sama ada nak naik train atau bas..mggu depan baru decide..tak sabar nak balik rumah sebab dah sebulan lebih tak balik..agaknya si oren mesti dah bertambah gemuk.. mungkin jugak semakin nakal..ntah2 dah membuntingkan kucing betina jiran sebelah..hahaha.oklah entry kali ini terhenti disini.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..