hari ini dalam berjalan-jalan..
hari ini penulis telah bangun dengan awal..jam 6.40pagi..tidaklah awal, tapi masih nak kategorikan sebagai awal kerana penulis tidak tido semula selepas solat subuh..ini adalah gara2 rancangan untuk ke hulu langat selangor demi mencari seorang penternak ikan yang berjaya, actually kepergian kesana adalah kerana final year project my housemate cik hasni, tapi dengan ngada2 penulis tetap nak menyibukkan diri sebab dalam hati cam ada minat gak nak ternak ikan bila dah grad nanti, ceh, tiba2 impian ingin diceritakan disini jugak, apalah tak malu! nama penternak yang kami interview adalah En.Shah!..macam nama seseorang, ceh, tiba2 sibuk teringatkan Shah yang seorang tu..haha, kenapalah??..
masa ni kami dah nak sampai pun ke destinasi.. iaitu hulu langat..rombongan secara berlima menaiki perodua kancil yg disewa secara khas dr sorang student master..khalila yg drive dibantu oleh jihan sebagai pemandu palancong..haha..suasana masih sangat pagi..masa yg diambil untuk ke sini tak sampai pun satu jam..
ini adalah ikan keli yang dah cukup matang, boleh dibeli oleh pelanggan untuk dimasak dan dimakan secara sedap, boleh makan sampai puas kalau beli dgn pengusaha secara terus, coz dapat murah kalau beli banyak2..apa lagi, carilah en.shah ni..dia sporting dan baik hati mesti bersifat pemurah punya..haha.tiba2 macam ada iklan komersial kat sini..huahua..
penternak iaitu en.shah sedang bercerita mengenai ikan2 beliau yg beribu2 ekor tu, beliau baru berusia 35 tahun dan wife dia adalah dgree holder from um..bercerita ttg sumer hal2 ikan..dan kami semua telah menanyakan macam2 soalan berkenaan penternakan ikan secara komersial ni.menurut beliau, kos untuk menjadikan kawasan berkeluasan dua ekar ini kepada sebuah tempat penternakan ikan adalah dalam rm100,000.nilai tersebut tidak termasuk kos tanah yang beliau beli untuk buka kolam ni. tapi, modal tersebut dah tentu berbaloi dan mendapat pulangan berganda jika gigih berusaha.
ikan keli remaja dalam ruang ni menjangkau 5000 ekor, dikatakan remaja kerana belum matang dan belum sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari..haha.. ikan2 tu tengah berebut memakan makanan ikan, katanya ikan keli ni sangat kuat makan..gambar ni di snap ketika penternak menaburkan makanan ikan..haa..sapa yg kuat makan sama lah macam ikan keli ni jugak..hahaha..statement refer pada diri sendiri yang kuat makan sejak duduk rumah sewa..hah!
masa hasni sedang sibuk dengar penerangan dr en.shah, penulis dan seorang lg kawan iaitu jihan sedang sibuk berposing disamping anak2 ikan di dalam kolam..haha.. penulis dress pinky pada hari kejadian..actually ni adalah satu2nya baju kaler pink yang dimiliki penulis.. sajer celup tangan dalam kolam ikan tersebut demi melengkapkan gaya..lagipun air tu bukanlah kotor sangat pun..percayalah!
kitorang yg bertolak dr um jam 8pagi telah kembali ke um semula pada jam 12tgh hari..masa yg pack dan kami siap makan tengah hari jugak kat kedai makan di hulu langat ni, cuma tak ambik gmbo kat kedai makan berkenaan kerana kamera telah kehabisan bateri secara tiba2..oklah setakat ini dulu perkongsian kali ini..jumpa lagi lain kali..hihi.
Comments