betul atau salah?

pertama sekali, betul atau salah telah ditentukan oleh pegangan agama masing2..
yang halal itu adalah 'betul' dan yang haram adalah 'salah'.. simple lagi senang.. seorang penceramah pernah berkata.."Islam itu berkenaan 5 perkara iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram." Maka sebagai seorang Islam, kita wajibkan yang wajib, memperbanyakkan yang sunat, meneliti sebelum mengharuskan yang harus, meminimakan yang makruh dan menjauhi yang haram.
yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan yang diantara keduanya itu adalah syubhah. Dan sesuatu yang syubhah adalah menghampiri kepada haram. Syubhah ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang diragui. Dan apabila kita berasa ragu, adalah lebih baik jika kita menjauhinya.
Sebagai contoh ada orang meragui bahawa tengok wayang tu boleh atau tak boleh. Sebab ada orang kata siapa yg masuk panggung sama macam masuk tempat maksiat. Penulis plak berpendapat, kalau ada sesetengah yang rasa macam tu, so dia tak payah la masuk panggung. Dan kepada sesetengah yg anggap masuk panggung tu tak apa, maka masuk jelah jgn ragu2. Dengan syarat anda masuk panggung dengan niat nak tonton cerita yang ditayangkan di pawagam. Tapi kepada spesis yg masuk panggung semata2 nak buat maksiat (adegan yg biasa dilihat bagi pasangan yg ambik seat penjuru belakang), maka itu mmg salah dan haram.
Contoh kedua adalah bab makan McD. Bukan hanya McD, tapi byk lg barangan lain macam barang Nestle dan sebagainya. Sesetengah orang kata tak boleh makan, siapa makan maka berdosa kerana McD dan Nestle akan bagi income dekat Israel. Dan Israel akan guna income tu untuk serang negara Islam. Jadi diorang kata tak boleh makan sebab akan dapat dosa, bukan tak boleh makan sebab McD dan Nestle tu tak halal. Jadinya siapa yang taknak dapat dosa dengan makan McD maka janganlah anda berkunjung ke McD. Dan siapa yg tak beriman dengan pendapat sebegini maka silalah makan McD tanpa rasa ragu-ragu. Apapun penulis tengok, usaha memboikot McD hanya berkobar2 masa Israel menyerang Gaza je. Habis drpd tempoh 'serang' maka takda lg dah orang boikot McD. Siapa nak jawab tu?..
Contoh ketiga adalah bab pakai seluar jeans. Ada yang kata perempuan tak boleh pakai jeans. Katanya jeans ni seluar yang ketat dan pakai seluar jeans seakan menyerupai lelaki. Memang betul Islam larang perempuan berpakaian ketat kerana ianya sama seperti anda tidak berpakaian. So, as long as jeans yg dipakai tu tak ketat maka boleh lah dipakai. Dan sila luaskan pandangan anda bahawa seluar jenis lain pun ada yg versi ketat. Tak terkecuali seluar track n slack n apa jua jenis seluar. Bab menyerupai laki-laki, mmg haram untuk perempuan berpakaian seperti lelaki dan begitu juga haram bagi lelaki berpakaian menyerupai perempuan. Tetapi sekiranya perempuan yang memakai jeans tersebut sedang memakai tudung, adakah masih terkategori sebagai menyerupai lelaki. Dan disini ingin diberitahu bahawa penulis tidak ragu-ragu tentang pemakaian seluar jeans bagi perempuan adalah boleh dan tidak salah.
Sebenarnya banyak lg contoh lain yang org masih berdebat sama ada ianya boleh atau tidak, betul atau salah. Tapi penulis malas mahu ulas secara lebih kerana bimbang readers boring nak baca. Dan entry ini hanyalah untuk pembacaan umum. Tiada niat untuk provokasi.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S