Apakah Ini ??
Bukanlah sebenarnya aku sukakan dia. Tapi kenapa aku gembira bila nampak dia. Sumpah aku takda hati pada dia. Tapi memang dia ada daya tarikan tersendiri, daya tarikan yang menarik minat aku untuk rasa hepi bila tengok dia. Macam dapat tenaga yang di cas semula saat nampak wajah dia. Walaupun cuma nampak kelibat dia dari kejauhan pun dah cukup menggembirakan. Aku menafikan sekerasnya bahawa perasaan begini adalah rasa cinta. Betul-betul tak masuk akal untuk jatuh cinta pada dia. Ish, entah kenapa rasa geli mengistilahkan perasaan aneh sebegini sebagai cinta. Tetapi kenapa ianya adalah seperti perasaan yang begitu aneh dan asing. Nampaknya gagal untuk menganalisa dan memahami hati sendiri. Atau mungkin cuma akal yang sengaja menidakkan perasaan hati. Ada orang percaya bahawa akal tak menjalankan fungsi dalam kes-kes yang melibatkan percintaan. Percintaan adalah sesuatu yang hanya melibatkan hati sahaja. Tapi benarkah begitu? Patutlah orang yang dilamun cinta selalunya gagal berfikir dengan rasional. Mungkin kerana mereka hanya bercinta dengan hati semata-mata. Boleh jadi pepatah bahawa cinta itu buta adalah kurang tepat. Sepatutnya pepatah yang lebih tepat adalah cinta itu gila. Gila kerana walaupun dapat melihat dengan mata, tapi gagal menganalisa dengan akal fikiran. Lebih tepat lagi menjadi gila sekejap gara-gara cinta. Mungkin akal aku bertegas dan belum mahu untuk menjadi gila. Boleh jadi aku juga dah serik berada dalam kondisi gila yang pernah aku lalui sebelum ini. Tiada jawapan pasti.
Comments