wonderful friendship, no matter how do we begin.







persahabatan kita, bagaimana ia bermula?


dengan siapa pun kita bersahabat/berkawan. bila berkesempatan berjumpa, duduk semeja bersembang. ingatan menerawang.  "How do we begin?., this friendship?"

persoalan ni terngiang di kepala aku, masa aku jumpa seorang kawan dinner tadi. kami bukan satu sekolah, bukan satu universiti, malah bukan satu kampung sekalipun. tapi kami boleh berkawan. bagaimana?

dulu dia adalah junior kakak aku. tapi dia pun tak kenal kakak aku, sebab dia lelaki. dulu sekolah agama kan, mana ada kenal sangat. tapi akak aku pernah nak ushar budak ni. ala. style minat adik-adik di zaman sekolah bukankah perkara biasa?. akak aku pulak jenis story-mory kat aku. ingat lagi. akak aku ada bawak balik satu kertas ala-ala profail detail dari bawah plastik meja budak ni. bagi aku baca. lawak tol budak nama Safiq ni. yela, masa tu dia Form2. tulisan pun hodoh lagi. tapi dari situlah. aku tau nama penuh dia.

aku ingat, aku habis kenal budak ni takat tu jela. then masa lepas form5, kawan baik aku yang sekolah kat MRSM Mersing tunjukkan aku gambar-gambar bebudak skola dia. dalam majalah sekolah. then aku terperasankan nama budak ni. eh. dia tukar sekolah rupanya. satu skool ngan kawan aku. alahai, what a small world. maka selepas itu. aku ambik no phone mamat ni dari kawan aku tu. pi kacau dia. nasib baik dia tak menyombong. HahaHa!

dari tahun 2005. sekarang tahun 2010. punya lama kawan gitu-gitu je dalam phone/ym/friendster. baru tadi jumpa. dia belanja aku makan Subway, dan ice blended kat kedai aku. yang bagusnya. dia siap bawakkan awek dia sekali kenalkan dengan aku. sporting kan? tapi sayangnya. aku plak tak dapat kenalkan kat dia pakwe aku siapa. orang gila busy cam aku ni manalah ada steady bf. ok. muntah jum.!

aku memang open minded dalam berkawan, tapi aku tak expect too much from others. kawan-kawan biasa. for the 1st time meet, jumpa secara personal. macam aku jumpa Kapten Luffy. macam aku jumpa Ariff Shah. dan beberapa orang lain yang anda mungkin tak kenal. friendship is wonderful, no matter how do we begin.

dalam list. ada beberapa juga, kawan lelaki 'alam maya' yang bakal aku temui secara personal. dalam masa terdekat, mungkin seorang pembaca setia yang bermastautin di Jerman. semalam diberitahu bahwa beliau dah beli ole-ole dari sana. wah. thank you! kita akan jumpa nanti, di awal Ramadhan. InsyaAllah.



p/s: dan dalam ramai-ramai mereka. tiada sampai tahap Kuch-kuch Hota Hai ok.





Comments

Joe kate nak wat Ahad ni.. Buka puasa.. Hoho..
Anonymous said…
salam nursarah!

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

ikhlas dri rkn blogmu :-
bloger Uruchimaru@kf
Cik Akma said…
selamat berpuasaaa ;)
fndrocka said…
Pesen jumpa blogger top aje kamu..huuu..

fndrocka.wordpress.com
.Gha A. said…
wahh rajinnya nak jumpa rakan blogger!

mana tau dapat jodoh kan.hehe.

selamat berpuasa! :)
Kujie said…
Salam Ramadan Sarah

kita kawan , kan....

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S