Mental Disorder- bagaimana bapa boleh sembelih anak.?

Kosmo hari ini, berita muka depan memaparkan kisah tragis kanak-kanak berusia 3 tahun yang mati disembelih bapa sendiri. lebih sadis lagi. ianya berlaku di depan mata si ibu. sembelih anak macam sembelih seekor ayam. sungguh tak dapat dibayangkan. nak melenting tapi tak boleh, sebab pelakunya sakit mental. sedangkan dalam Islam mereka yang gila walaupun sekejap, batal puasa dan tak sah solatnya. orang yang dalam keadaan mental problem adalah bebas dari sebarang hukum. contohnya, kalau dia bogel pun. dia tak berdosa. sebab masa tu 'saraf otak putus'.

dan sebenarnya, kes seumpama 'sembelih anak' ini bukan yang pertama, entah episod tragis yang ke berapa puluh kali kita dengar dalam tahun ini. kebanyakkannya yang melibatkan ahli keluarga sendiri yang menjadi 'pembunuh'. boleh bayangkan tak? bila mana sebenarnya dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kita berlindung, tapi menjadi tempat paling bahaya hingga mengancam nyawa. dan kajian keatas semua kes sebegini akhirnya membawa kepada hanya satu masalah:- Kesihatan Mental.

isteri dan anak ditetak, ibu dan bapa ditikam, anak disembelih dan sebagainya. kesemuanya banyak melibatkan bangsa kita Melayu. mungkinkah di kalangan kita semakin ramai yang menghidapi Mental Disorder?

kalau di luar negara, kes begini biasa kita dengar adalah Kes Amuk yang melibatkan jumlah pembunuhan yang lebih besar. seperti seorang psikitari menembak rambang puluhan askar rakan pasukan, atau seorang gila menikam rambang pelajar sekolah. kes begini sangat banyak berlaku. dan akhirnya si Pengamuk membunuh diri sendiri.


Orang Gila ada tempatnya:- Hospital Sakit Jiwa. kerana mereka perlu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.



mental problem atau juga gangguan jiwa cuma berpunca dari dua. mungkin pewarisan genetik. dan mungkin jua pengaruh persekitaran. kalau genetik kita tak boleh buat apa. tapi persekitaran, mungkin ada sesuatu yang dapat kita cegah.

semua individu berpotensi mengalami Gangguan Jiwa/ Sakit Mental. melalui tekanan-tekanan tertentu sama ada tertekan dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. jasmani seperti kes-kes penderaan hingga mencederakan. rohani seperti 'kepercayaan' tertentu terhadap sesuatu yang bukan-bukan, contoh, mendengar bisikan/suara aneh/seruan menyuruh melakukan yang pelik-pelik (cth kes menoreh kemaluan isteri). mungkin berlaku akibat rohaninya kosong. tiada pengisian. ~ jauh dengan Allah.

mental dan emosi, dua perkara besar dalam diri manusia yang bersangkut rapat. tekanan hidup yang banyak mendesak seperti bebanan kerja, bebanan tanggungjawab, bebanan hutang, bebanan kisah cinta ditolak, bebanan pelajaran terkandas, bebanan kenaikan harga barang, bebanan bonus dah bertahun tak dapat. bebanan nak belanja hari raya, dan segala bebanan, sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan tekanan luarbiasa sehingga diri sendiri tidak mampu lagi bertahan. ~Hipertension~




tak semestinya si sakit jiwa berupa begini. ada yang kelihatan normal seperti manusia biasa. berpakaian kemas. mungkin berada disebelah kita di dalam bas atau LRT.



kemana pun kita pergi, apa jua yang kita jalani dalam hidup ini. jangan lupa meletakkan pergantungan kepada Allah Taala. kepadaNya sahaja tempat kita berlindung, tempat kita memohon pertolongan. hidup jangan stress sangat. kerana hidup ini bakal kita tinggalkan. sayang manusia jangan sampai terlalu sayang. sebab  hadirnya mereka hanya pinjaman.

my dad selalu cakap. jangan stress-stress. banyak stress boleh menyebabkan kita jatuh sakit. sakit itu kita boleh cegah dengan usaha. sebab pada awalnya Allah dah kurniakan kita mental dan fizikal yang sihat. maka walaupun I have A tone of problem. kesihatan adalah lebih penting. problem tu nanti kita settle dia slow-slow. ok!

Comments

Malek Ku said…
beselah tu....xsemua org normal~~
Azuan said…
kena pandai kawal diri..bila hilang kawalan..semua boleh jadi..hohoo
± said…
everybody has problems
yg xde problem cuma org gila
beautiful_rose said…
susah nak kata pasal hal ni.kdg2 terfikir juga,kenapa seorang yang tidak sihat mentalnya,masih di simpan dalam rumah.sedangkan kita semua tahu yang golongan ini tidak tetap peri lakunya.biarpun ada kalanya kita lihat dia kelihatan sihat seperti org normal.
avid said…
that's what gonna happen if you lose a grip in reality.
diraja22 said…
berwaspada selalu..
Ur Other Half said…
bahaya..sepatutnya kena tau cmne nk kawal n salu berwaspada...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..