thanks Joegrimjow, Oh! memang bukan sekadar Nasi Ayam..
tak update hampir 48 jam, tapi masih menerima visitors seperti biasa. tau dah, ini mesti sebab backlink dari rakan bloggers yang menghadiri berbuka puasa bersama JoeGrimJow Ahad lalu. sebabkan backlink anda yang banyak menyumbang trafik itulah, update saya tentang entry tersebut bertangguh. terima kasih atas trafik free. :p
ok, untuk rakan pembaca yang masih belum tahu, mari nak kongsi cerita, disebalik kisah bertemu pemilik blog joegrimjow dan sebenarnya pertemuan kami diatur atas budi bicara pemilik blog Cahaya Riang Gembira iaitu Dr.Hana, yang pernah memenangi kontest anjuran Joe April yang lepas sempena dengan birthday beliau. plan dah lama nak makan sama-sama. iaitu aku, Dr.Hana, Jard dan Joe sendiri. sebenarnya Dr.Hana ada ajak blogger lain juga, tapi mereka tak dapat datang.
dan disebabkan Joe menjadikan perjumpaan ini serampang dua mata, sekali dengan perbincangan Gathering Iftar GB secara besar-besaran kelak, maka itulah yang jadinya kami sama-sama dapat berbuka puasa beramai-ramai. tapi ia lebih baik, lebih ramai maka lebih meriah. lebih banyak kedengaran gelak tawa, yang sakit boleh sembuh. yang lapar boleh kenyang, baiklah, sponsor besar kami pada malam itu adalah encik Joe. 12 orang yang lain makan free, Alhamdulilah.
aku pergi sama-sama dengan Dr.Hana, dia jemput aku di KL Central. dan kami sama-sama bergerak ke Times Square, turut serta adalah 2 orang rakan doktornya. sayangnya yang dua orang itu bukan bloggers, hee. Dr. Hana banyak diam saja. aku tanya dia jawab, kenapa dia takda tanya aku apa-apa. musykil. huhu. dan bila sampai Chicken Rice Shop TimesSquare, aku duduk sebelah blogger Jardness. beliau ni aku dah pernah jumpa sekali sebelum ni, di Gathering Gatsby Nuffnang dulu. so dah boleh 'bisik-bisik' cam dah kenal lama dah. (bisik pasal Cik Tanah encik Joe).
bloggers lain yang hadir, azrul, syahirul, ariff shah, fazreen, bro framestone & tunangnya serta AyongQiela. (yang ni aku memang tak pernah kenal link dia pun aku tak tau. mahap). Syahirul dan Joe yang asyik berkepit dengan DSLR masing-masing memang sungguh menganggu konsentrasi aku, tau sajalah. gambar candid dari DSLR memang sharp kan.
ok. pendapat tentang bloggers yang aku jumpa:-
Dr.Hana:- sopannya diamnya dia. bikin daku serba salah, terpikir, ni aku nak diam gak ke or aku nak banyak cakap.
Joe:- dari jauh dah boleh kenal. dia ni sopan gak tapi mulut manis. boleh dia menipu aku cakap dia ada jumpa Fida Aishah kat klate, bulat2 aku boleh percaya. Dush.
Jard:- mesra. kami memang mesra duduk sebelah-sebelah.
Syahirul:- boleh tahan banyak cakap. cepat mesra juga.
Azrul:- jauh lebih diam dari yang ku jangga. rasanya tak cakap sepatah pun dengan beliau. huhu
Broframestone:- masa makan kami duk jauh sangat, tapi bila abis makan ada tegur-tegur snap-snap gambar. beliau dan tunangnya sporting sangat, make me happy.
Fazreen:- macam peramah, tapi aku takde point sangat nak sembang dengan dia sebab tak pernah langsung tau pasal blog dia. even duk sebelah time makan tapi aku diam ja. :p
Ariff Shah:- perlu ke aku bagi pendapat pasal dia ni?. sebab b4 ni dah ada dah entry pasal dia kat SINI. boleh baca kat sana ok.
gambar-gambar lain:-
sudahlah pipi tembam, berdagu dua pula. :p
makanan yang begitu meriah.
kalau dah namanya bloggers. mahu online dimana-mana. juga
Syahirul
bukan sekadar nasi ayam. ewah, trademark Chicken Rice Shop selalu ku dengar kat iklan TV.
kami selepas kekenyangan, Thanks semua.
InsyaAllah akan datang kita akan berjumpa lagi. mungkin lagi ramai, dan lagi meriah dari ini. dan mereka bagi saya memang bukan sekadar rakan blog. tapi rakan realiti juga. much Love!
ps:- the other last one blogger in the list of Lelaki-lelaki Hot di alam blog which is Zack Zukhairi. harap sangat one day dapat jumpa beliau. 70% puas hati bertemu Ariff dan Joe. 30% lagi menaruh harap pada incik Zack, muga2 tertunai.
semua gambar-gambar kredit to DSLR Joegrimjow.
Comments
insyaAllah, ada kesempatan, ada umoq, kita jumpa k? ang kata nak blanja kepsi kan itu ari? on lagi ke?
Service design header
Tak tau laa.. Malam tu rase macam baru jek kenal ngan sume orang.. Tu psal ku senyap jek.. Seriously otak blank dan tak tau nak ckap ape.. Takpe2.. Next time borak panjang ye.. Ku tanye banyak3 soklan.. Hik hik..
nnt kita lepak2 sama2 dlm gathering akan dtg k sara? ehehehe
ang tolong gtau zack?. haha, mekasih
# zack
wahh! lega ang ada komen sini, eherm, boleh ja belanja ang kepsi. kalau boleh bawak cik awek skali. :p
# faiz
aah, best. eratkan ukhwah. hehe
# faarihin
marilah turun sama jumpa bloggers
# farhanadr
haha, dan2 nak tanya byk soklan. apa la tu gaknye
# yob
tau takpe, haha
# ariff
haha, ang macam dah ada driver lak kan, masyuk tol
# jard
jom2 kita lepak sekali tuk next gathering nanti, beres.
joe blanja rupanya
hohoho
my latest entry - http://www.yohanibrahim.com/blog/el-nido-philippines
x smpt brbual pnjang....nati ade mase kite jumpe lagi k
Khaizarien @ atie Blog
xsuka komen yg kena pakai google account tp nk komen juga..hahah
mmet me here http://twitter.com/eenrockstar =)
sampai 12 org tu..memg loaded joe yek
fndrocka.wordpress.com