nak tegur sikap segelintir blogger...

bismillahirrahmanirrahim.

baca dengan baik-baik. sapa yang berkenaan.

ini kes semalam, housemate aku google pasal Imam Muda Asyraf. lepas tu berbaris la keluar blog-blog tertentu as referral. tau dah. lepas satu-satu program tu 'meletup'. mesti ada yang 'ghairah' sket nak jadi referral. kalau boleh nak kalahkan Berita Harian ke Kosmo ke.

sebabkan ghairah tu, kadang-kadang blogger ni main taram je fakta-fakta yang sebenarnya auta. takde selidik, takde nak make sure, main hentam, main copy paste fakta salah. lepas tu bila orang google keluar blog dia. naik trafik. senang hati. tak bersalah ke keluarkan fakta tak betul?

Asyraf pemenang realiti tv Imam Muda Astro merupakan bekas pelajar UM. dan isteri beliau Husna adalah kenalan kami. senang kata aku dan isteri Asyraf tu satu batch kat UM ni. yes, kebetulannya aku tau la detail profail dia, duk negeri mana, ambik kos apa. sebab tu aku tau, ada fakta yang salah ditulis oleh segelintir blogger.

ini yang kebetulannya kes aku tau fakta betul dia apa. so aku dapat detect la 'keghairahan' bloggers yang berkenaan. main taram je isteri Asyraf Imam Muda ambik kos Usuluddin, padahal dia ambik kos Pendidikan Islam. siap cakap sekarang beliau ambik sarjana, padahal beliau belum habis lagi sarjana muda.

 sebenarnya entry ni lebih kepada untuk masa akan datang. jangan anda sebarang saja copy paste fakta dari akhbar. kalau taktau tak payah cerita. jangan pulak anda pun nak sama level dengan akhbar-akhbar kita yang kuat auta. jadi lah blogger yang bermaklumat tepat bukan bermaklumat main hentam. jangan refer sangat akhbar-akhbar punya info. diorang tu sama jugak, nak lakukan paper diorang. tak peduli fakta tu betul ke tidak.

dulu benda camni pernah kena kat RedMummy, masa dia masuk paper, banyak bloggers main copy paste je info dari akhbar berkenaan then letak kat blog masing-masing. padahal RedMummy sendiri dah betulkan beberapa fakta salah dalam entry blog beliau. nampak sangat nak publish cerita pasal RedMummy tapi diri sendiri  pun tak pernah bukak blog beliau. sebab nak kejar keyword google. sampai tak peduli perasaan orang lain. tak bagus buat camtu beb.

haa, ini aku tegur bukannya sebab aku bagus ke apa. sorry ek. sekadar nak betulkan. sebab aku ada kawan yang bukan blogger tapi membaca blog-blog. so, mereka akan fikir bloggers banyak auta kalau sesetengah you all terus bersikap macam ni. anda juga tahu, pembaca blog anda tentunya ramai dikalangan mereka bukan lah bloggers. jangan sampai mereka hilang kepercayaan terhadap penulisan kita.

Sekian.

Comments

fQ said…
sangat bersetuju. Macam isu crocs dulu. Belom pape dah banned..marah2. Aku dah cakap...pikir dulu. tggu kate dua org yang lebih arif gitu...
fQ said…
This comment has been removed by the author.
lel said…
yg aku perasan hbs je apa2 event besaq like final af ke mentor ke apa
berderet2 la blogpost review masing2 kn
Lady Dora said…
hi, ya benar tu, terlalu mengejar trafik sampai keluarkan fakta2 yg salah..

sepatutnya blogger harus beretika!!!
Encik Bulan said…
biasa la tu cik kak. segalanya menghalalkan cara. kadang-kadang kita tegur mereka tetap buat.
Lady Dora said…
mgkn undg2 harus dikuatkuasakan secepat mgkn, baru masalah ni selesai.. :)

<3
dora.
IntanBerlian said…
sara, jadi macam kes arwah kawan aku.. arwah meninggal di Salem, India pada okt tahun lepas disebabkan eksiden.. memang banyak masuk paper kat msia.. hampir semua paper.. dan memang 2-3 hari gak dlm paper..

yg aku sedihnya. memang cite nye twist abes. macam mana eksiden, arwah belajar kat mana..lokasi nye..

peliklah.. orang akhbar pon nak publish berita tolonglah yang sahih dan betul..
deus X machina said…
biasa la tu...nak kejar income nuffnang punya pasal
Unknown said…
emmm sbb 2 sy xbyk tulis psl bnd2 fakta ni...klu nk tulis,sy akn amk masa yg sgt lama utk dipublishkan...

teguran yg baik utk semua blogger...=)
lumut said…
em bagi aku plak kan...kalau setakat salah kecil-kecil jurusan apa yang tak mengaibkan aku rasa boleh kita maafkan sebabnya blogger ni semua bukan mereka yang bekerja mencari sumber sahih...mereka juga pergi menyedut maklumat dari tempat lain lepas tuh tulis dekat blog mereka dgn ayat sndri....mungkin blogger-blogger tersebut langsung tidak berniat utk menipu para pembaca yg bukan blogger..sbb blogger tu sndri tah tah tak tau pon fakta tu salah...

setakat twist sikit2 tu aku rasa boleh dimaafkan..yelah,mungkin niat mereka ingin menyampaikan rasa kagum,sedih..ataupun berkongsi kegembiraan.siapa tahu?nnt kalau kita tuduh2 pon tak best gak kan??so aku rasa blogger ni utk maklumat2 fakta tu sume mmg diorang copy je bulat2 dari akhbar2 tempatan...

so yg slhnye kt sini bukanlah blogger tuh melainkan dia fitnah ke tulis ikut sedap mulut die dgn ayat2 kasar..baru lah salah...tp aku rasa akhbar tempatan sendiri la...buat kerja sambil lewa....mungkinlah..dan kita pon jangan cpt sgt melatah...


selalunya cerita-cerita yang berlaku secara tiba-tiba macam eksiden jln raya ke..kebakaran ke...selalunya maklumat kebanyakkan nya akan lari sikit dari cerita asal..sebab ape?sebab wartawan tu pon carik duit..mereka pon bekerja keras utk keluarkan cerita terbaru or berita terkini secepat yang mungkin....agaknya diorang pon dah buat sehabis baik dah....tapi disebabkan mengejar waktu untuk publishkan cerita fresh..tu yang ada salah-salah sikit...

biasalah tuh kekurangan manusia....samelah macam cerita student dekat sini yang taon lepas menikah lepas tu beberapa jam kemudian suami dia meninggal eksiden tuh..akhbar tulis ada lah salah-salah....sape yang ade dalam kereta...macam mana boleh berlaku..semua tu bukan lah tepat sgt..sebab mungkin pada ketika itu...memang ramai pon belum tahu cerita sebenar..tapi main point akhbar nak sampaikan berita kesedihan tu..

so mangsa yang belajar dekat new zealand pon salah fakta belajar dekat australia...so same jela konsepnya dekat apa yg berlaku kat imam muda tu...

hehe...

ni sekadar pandangan aku lah...aku taip komen ni sebab nak share pendapat je..bukan nak kata aku betul org slh..bkn taw..jgn slh anggap plak k...take care.salam.=)
lumut said…
syg,
aku mtk maaf taw kalau pandangan aku ni ditentang habis habisan oleh kerajaan puteri hang li po..=p
Ibu Ammar said…
$ Lumut
'aku pun tak kata pendapat kau salah. tapi yang aku nak tekankan kat dalam entry aku nih.

JANGAN GHAIRAH SANGAT KEJAR KEYWORD GOOGLE SAMPAI MAIN HENTAM JE.

aku tak rasa kalau entry tentang pemenang satu2 rancangan realiti lebih kepada berniat nak kongsi cerita kepada pembaca sebab semua orang pun dah tahu pasal pemenang realiti tersebut. LOl

sebab tu aku bagi contoh kes RM tu. semua orang tau kalau citer pasal RM ramai yang akan baca. so main taram je copypaste kenyataan akhbar yang salah.

kalau kes eksiden ke wartawan silap ke apa. itu bukan yang aku n aku nak point kan kat sini.

SEKIAN

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..