Monday, August 2, 2010

" kau tau aku siapa?. aku bukan orang sebarangan tau, aku ni Datuk bla bla bla....

aku paling nak menyumpah secara jahanam kalau dengar ayat macam ni keluar dari mulut orang-orang yang perasaan dia BESAR lagi BERPENGARUH.

kau Datuk ke apa sekalipun, itu tak bermakna everything yang kau buat tu betul. jangan ingat orang yang dekat-dekat dengan kau tu suka sangat layan kerenah kau. diorang tu tak lebih hanya mengampu jek.

nak berlagak lebih konon, tumpang tanya. kereta mewah kau  yang harga dia setengah juta tu seminggu berapa kali bawak kau pergi solat jemaah di masjid? yang kau nak berlagak sangat kau ingat Allah suka?

ramai orang boleh jadi kaya berharta. tapi tak ramai yang boleh kekalkan sikap rendah diri dan hormat orang biasa. kita ni manusia. sama taraf dan yang membezakan kita hanyalah TAQWA.


entry ni terhasil bila housemate aku Hasni cerita pasal seorang Datuk keluarkan ayat macam tu pada seorang pak guard di KL Central bila diminta alihkan kenderaan yang diparking salah. teringat plak aku pernah face benda yang sama masa event Archidect dulu. mentang-mentang kau Datuk kau tak nak beratur untuk daftar. banyak cantik?!


p/s: satu hari kalau pembacaku jadi kaya berharta. ingat-ingatlah entry ini..


8 comments:

FarhanaDr said...

Akan ku ingat pesananmu.. :)

YobSumo said...

taknak jadi dato' title lah... nak datuk cucu cicit je....

hasni said...

kat tau ka datuk tu memang datuk kau
bini dia kan 'nenek' kau
haha

nursarah said...

# hasni

aku pun tak ingin dia jadi datuk nenek aku, boleh jalan daaaaa. haha

Farid MOFASAD said...

panggil gua sultan maki

Ery Farieha said...

cehhhh
ape jadah perangai gitu?

Khairul Azmi said...

itu lah..
susah nak cari org kaya yg rendah diri..
kebanyakkannya smua sombong nak mamp
biarlah diorang...biar Allah yg tentukan..

insyllh..kalau aku kaya nanti aku takkan sombong..
bila la agaknya aku akan kaya???

Queen said...

insyaAllah..sama2lah kita saling ingat mengingati.....hidup ibarat roda...

mek pun tak suka org belagak gitu..rasa nak sepak je