lidah Orang Melayu mudah terikut 'slang' asing?
dah lama dah aku perasankan benda ni. bila orang melayu cakap dengan orang cina, tiba-tiba gaya bahasa bertukar, wa-lu/olang/manyak/lugi dan penggunaan 'maaa' di hujung ayat.
kalau cakap dengan orang Indonesia. pun tukar 'slang' jugak, guna perkataan enggak/ bisa aja/ sih/ dan banyak lagilah.
dan sebenarnya aku ni pun sejenis lidah yang mudah ikut 'slang' orang. kalau borak dengan orang sabah aku bleh tukar 'slang' sabah. kalau borak ngan orang utara aku bleh tukar 'slang' utara. sampai ada orang terperanjat bila aku bagitau yang aku ni orang johor, then diorang tanya. nape tak bunyi 'kite/saye/orang.. hahahah!
aku memang jarang sekali guna perkataan 'kite/awak'. apsal sopan sangat bunyi dia tak sesuai kowt kat lidah aku. terpaling selesa, guna 'aku/ko' je. sekalipun dengan orang yang baru kenal. tak caya tanya Ariff Shah. aku sembang dengan dia 'aku/ko' je even 1st time jumpa. bukankah berbunyi lebih mesra?. macam dah geng gitu. HahahA!
'slang' klate or ganu. boleh la jugak cakap sikit-sikit. tapi belom cukup terer. tapi kalau orang klate or ganu cakap sesama diorang, memang aku dah paham sangat sebutir-sebutir. kalau 'slang' nogori (N9) yang pekat punya tuh. memang fail kowt. paham pun tak. tapi den suko nak donga slang nogori. manis je bunyi dia. kan?
weekend ni, bakal bertemu blogger Joegrimjow dan DrFarhana. dan mungkin ada jugak blogger lain tak pasti siapa. haa, nanti tengok lah aku cakap 'slang' apa. yang pastinya bukan cakap jawa lahhh. HAHA!
lidah korang lak? bleh adapt tak dengan 'slang' berbeza?
lidah korang lak? bleh adapt tak dengan 'slang' berbeza?
Comments
~ Harap2 Joegrimjow punye schedule ade ruangan untuk kita sume.. Hehe..
len x buleh
hhhoh
(rajen kan kau jumpe bloggers scra personal.huhuhu)
org melayu mudah mengikut slang negeri len.
ustaz aku pernah berkata...
beruntung jadi org melayu kerana org melayu biasanya mempunyai lidah yang lembut dan mudah mengikut slang apabila bercakap.
begitu juga halnya apabila mengaji AL-Quran.bunyinya lebih lembut dan jelas jika di bandingkan dengan orang2 dari negara lain.hatta orang arab sekali pun.