Monday, August 9, 2010

misi penting:- menjaga kesihatan di tahap optimum.

ini adalah misi serius, maka ianya perlu diwar-warkan.

aku percaya mengekalkan kesihatan bukanlah hanya dari apa yang kita makan semata-mata. tapi ada yang kita hadapi sehari-hari juga boleh mempengaruhi. berhadapan dengan sesuatu yang boleh menyakitkan hati, hingga mendatangkan stress buat aku cepat penat. mental letih bila emosi diganggu. badan akan rasa lemah, dan mungkin boleh mengundang penyakit.

I have to avoid those shit like that. because I want to stay healthy.

aku takkan benarkan sesiapa beri aku gangguan. maka aku tidak akan melayan segala persoalan komen di blog atau di Facebook.

komen di Facebook dan Blog mendatangkan stress?

Ya. kadang-kadang. rakan-rakan 'maya' mungkin tahu aku melalui blog/FB. tapi sesungguhnya anda tidak tahu aku kesemuanya 100%. Life aku dah cukup busy. cukup tough dah. jangan tambah lagi. aku happy sangat jika anda terus membaca dan menyokong penulisan aku. tapi tolong jangan pertikaikan persepsi aku. because we are totally different.

segala komen yang aku tak suka. sama ada di FB atau di blog, aku berkuasa sepenuhnya untuk menDELETEnya serta-merta. tiada pertikaian tentang itu. jika anda berdegil, maka saya jauh lebih degil dari anda. ingat, ini adalah demi misi menjaga kesihatan.


SEKIAN.