patutlah mulut pedas, suka makan cili api rupanya....

entahlah mulut aku pedas ke tak. tapi kadang-kadang boleh tahan kowt. maybe sebab life aku sekarang ni, dimana aku kena hadapi orang-orang yang berperangai menjengkelkan. dan itulah yang menyebabkan aku bermulut pedas. ringan je mulut aku nak sebut perkataan 'celaka'/'jahanam'. tak sebut kuat pun, sekadar di pendengaran aku.

aku taktau apa dalam kepala otak seorang bos. tapi aku rasa bos aku kepala otak dia cuma nak untung je. bagi dia. pekerja buat kerja. penat ke setengah mati ke apa. yang penting semua kena lancar.

aku pelik dengan kedai aku yang tak cukup staff, tapi bos boleh tak ambik kisah langsung. dengan tak cukup staff dan staff yang ada keja macam nak mampos. dia boleh buat tak reti. bukan ke patutnya dengan staff yang sedikit, kerja kami pun berganda. yang peliknya, gaji tak berganda? bukankah itu selfish namanya?

ini tadi petang, aku, jihan n hasni pergi kl central. aku nak beli tiket train. hasni nak beli baju. jihan pulak nak ambik cek gaji dia. singgah kedai kejap, aku tengok kedai kitorang cuma ada 3 staff. supervisor aku boleh sedap-sedap balik awal. yang seorang tu dahla baru masuk semalam. satu apa pun dia belum reti. tetiba pukul 7 malam tadi customer ramai. gila kalut dua orang kawan sekerja aku yang bertugas time tu. mana nak jaga cashier, mana nak buat order.

lastnyer aku suruh si Jihan pergi tolong jaga cashier, aku plak tolong serve kan customer hantar order n clear table. dengan aku n jihan yang pakai t-shirt biasa ni. bedal ajelah, habis kesian sangat dengan dua orang kawan kitorang yang terkejar-kejar tak menyempat. customer korang tau jelah, tak bersabar-sabar. duk tunggu kat table muka masam je sebab order dia tak sampai-sampai. ingat ni McD /KFC ke nak terus dapat apa kau order.

patutlah takde siapa yang bertahan lama kerja kat tempat aku tu. kerja gila punya penat. gaji ciput. mungkin bos aku tu tak pernah buat post mortem kenapa semua pekerja dia lari. dan dia perasan sorang-sorang kedai dia tu maju dengan usaha dia seorang. atau mungkin agaknya dia bangga bertukar-tukar staff setiap 2, 3 bulan. musykil!

errm, aku tak pasti. selama mana aku akan bertahan. apa yang aku nak. adalah pengalaman. at least dalam rekod pengalaman kerja aku nanti, aku ada bekerja dalam sektor Food&Beverage dalam jangka masa tertentu.

mungkin ini memang perangai jengkel segelintir bos. atau memang bos aku je berperangai macam ni? musykil ah! err, takde ke borang kaji selidik 'kualiti seorang bos'? kowt boleh tarik balik pangkat Datuk bagi bos yang macam ni.


----------------------------------------------------------------------------------


aku lately tak boleh tak makan dengan cili api. tiap kali makan, kalau lauk tu tak cukup pedas, haaa, aku akan ambil beberapa cili api letak kat pinggan, gigit dan kunyah dengan nasik. pedas memang pedas sampai kadang-kadang berair mata aku. tapi aku puas. cili-cili api favret aku nih, kalaulah boleh tonyoh kat mata mereka yang jengkel tu. hei. memang heaven ah. hehehehe.


Comments

Unknown said…
wow!!!!
ganasnya..
makan cili ngn nasik??
haha..sabar la ye...biasala nak untung lebih...dah xpikir pasal kebajikan pekerja,,,
Lan Bingka said…
makcik saya 2-3 orang makan cili padi gitu je, macam makan twisties..:)
beautiful_rose said…
bukan ko je rasa macam tu...
dulu aku pun penah kena dengan bos macam tu.masa tu aku kerja kat kedai buku.kerja banyak tapi pekerja 2orang saja.2shift siang dan malam.aku kerja siang,sorang lagi kerja malam.

time costumer ramai mmg x cukup tangan.ada y nak fotostat nak layan dorg cari barg nk wt itu ini mcm2 lagi.gaji ciput jerk x berbaloi.dah la keje isnin - ahad x de off lgsung.just jumaat jerk dia bg keje halfday.
Kujie said…
kak jie suka goreng cili kering, makan dgn ikan masin...

dgn nasi panas2...hehe
¶A.K.I¶ said…
ughh.. when talk bout boss ni..
mmg annoying!

lg2 dpt bos mcm ko cete tu la...
kaut untung pandai.
gaji kedek pastu kte dibuat mcm kuli batak!

tapi sbnrnye tu semua ko kne rasa dl. sedangkan ak yg org ckp dah dapat kje bgs ni pon tp klu dpat spesis bos yg sgt la bangang nye~ nk wat mcm mne...

ad bnda kte kne tgk dan nilai sndiri. kte xley melulu sergah dan serang sbb kita xpunya kuasa. malah mmg kita memerlukannya kerana pengalaman itu penting.

xpe.. mula2... ad peluang laen. ko cbe lak....gudluck~
blogresipi.com said…
Aduh, penat kalau kena kerja macam tu.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..