Monday, August 30, 2010

be a good elder sister.

kita tidak akan mendapat title kakak, kalau kita tak punya adik.  macam juga seorang wanita, tidak akan mendapat title ibu selagi dia tak punya anak. am I rite?

bertuahnya aku, sebab aku adalah seorang kakak kepada adik-adik aku yang boleh tahan ramai jumlahnya. aku ada 5 orang adik perempuan. dan seorang adik lelaki. bertuahnya menjadi seorang kakak, hanya jika kau punya adik. kau boleh rasa macam mana menjalani kehidupan sebagai yang lebih tua in ur siblings.

semalam, adik perempuanku yang belajar nursing di PPUM tiba-tiba call. masa tu jam menunjukkan pukul 11 pagi. dan aku sebenarnya baru saja nak kemas tempat tidur. aku ingatkan dia ada urgent case ke call. rupanya dia call aku sebab dia kata dia boring sangat. sejak hari Sabtu lagi tak buat apa-apa. dia kata nak datang rumah. Alamak!. kebetulan Ahad tu aku bekerja jam 12 tengah hari hingga 8malam.

tapi aku cuma cakap. datang jela umah aku. kalau boring boleh lah surf internet.

bila pk balik. alahai. umah aku yang saiz kotak mancis ni lagi lah memboringkan. sudahlah aku pulak takde kat rumah. ala. macam no use nak suruh dia stay sini. lantas aku ajak dia 'lepak' kat tempat kerja aku. KL Central. boleh bawal lappy aku, sebab kat kedai aku ada free wifi.

my sis cerita macam mana dia happy dengan her current life kat PPUM. sungguh dia minat dengan apa yang dia blaja, sama ada teori atau praktikal. dia cakap exam lepas banyak subjek dia dapat A. ada 1 subjek tu cuma 30 orang je yang dapat A dari 200 lebih student, and dia adalah salah sorang yang dapat score. dia cakap dia nak buat betul-betul, kalau prestasi bagus boleh posting kat wad kritikal. wad kritikal ni gaji extra.

haa. aku senyum je dengar dia cerita. at least usaha aku apply kan dia masuk situ secara online dulu berbaloi. sebab dia boleh pupuk minat. belajar cintakan bidang dia. tak macam aku, aku gagal jatuh cinta dengan bidang yang aku belajar kat UM ni. makin saban tahun, makin tak minat.

my sis nampak excited nak masuk wad next week. dia cakap praktikal dah nak start. dia akan belajar pasal praktikal hygiene kat hospital. berdepan dengan pesakit yang tak boleh uruskan kencing berak sendiri. maksudnya dia dah kena praktikal uruskan hasil buangan pesakit. haaa. tough jugak kan pelajaran dia walaupun baru di semester pertama.

sebabkan dia masih muda kan. baru 18tahun. aku rasa tak sampai hati nak 'biar' dia di rantau orang sendirian. jadi mungkin aku akan stay KL ni lebih lama walaupun dah habis study. seharusnya aku 'teman'kan dia kat sini. bagi sokongan banyak-banyak. mungkin cuma itu yang aku dapat buat selaku seorang kakak.



p/s; err, nampaknya aku kena cari calon pakwe yang kerja area KL jelah. kuikui.

7 comments:

hanafijaafar said...

membaca blog di pagi hari sebelum tidur ini macam seronok juga...

fikah © said...

adik saya pun belajar nursing jugak.
memang tiap2 semester akan ade praktikal.
yang bagusnya, dorang boleh terus praktik apa yang belajar tu waktu tu.

Hime said...

wat diploma or degree?apply utk kos ni xde dlm UPU kan?

Wanie-san said...

bagus la ur sister sarah..hehe
manjadi seorg kakak mmg best..semua adik2 kena ikot cakap kita..tu yg best!:P

♥CIK SHA♥ said...

sarah memang seorang kakak yang baik dan bertanggungjawab..good!

jaga kebajikan adik elok2 tau..supaya mereka tak terjebak dengan perkara yang bukan2 yang banyak melanda sekarang ni..

hans said...

best nya kalau jadi cam adik ekau
den minat juga apa den belajar
tapi ada certain2 subject langsung bukan dalam jiwa den
haih

P/S : Kepada Penggemar Telur Ayam! Awas! Hati - Hati Dengan Telur Ayam Palsu!

soclose2213 said...

selamat hari merdeka !!