cerita Berbuka Puasa:- Kg Baru
salam semua. semoga sejahtera di Hari Jumaat.
semalam, hari khamis. adalah hari pertama dalam bulan Ramadhan aku 'keluarkan duit' untuk berbuka puasa. selama ini berbuka puasa di rumah selepas acara main masak-masak. (modal masak sendiri sangatla sedikit mungkin 1.50 seorang tapi boleh makan macam-macam sampai bawak ke sahur).
sesekali berbuka puasa di luar tak apa. jangan hari-hari. sebenarnya bukanlah nak makan luar sangat. tapi macam nak had fun dengan rakan-rakan. bukak puasa ramai-ramai kan ke meriah. kat rumah pun ramai, kami berlima, tapi semalam berbuka di Kg. Baru, kami ber12. wahhhh!
mulanya kami bertujuh saja gadis-gadis yang bergerak dahulu. macam biasalah. pengangkutan kami adalah kemudahan LRT aliran Putra. Stesen U to Kg Baru;- RM2, semalam kami sampai awal, dalam pukul 6.10 petang. sebab nak tempah meja untuk ramai, takut tak ada seat. tapi kalau anda cuma datang berdua or bertiga, kalau datang 6.45 pun still ada space untuk anda.
restoran pilihan, adalah Chop n Steak (Ship). sangat dekat dengan masjid Kg.Baru. cuma 10-12 langkah seorang dewasa. restoran ni actually hidangkan western food, macam Grill, Steak, Spaghetti, and yang sewaktu dengannya. biasanya orang datang sini makan Chicken Chop. tapi aku selalu prefer makan ikan. kalau nak nasi pun ada. Chicken Rice Sizzling boleh tahan sedap. dan juga ada Nasi Morocco apa ntah. harga makanan standard la, 6.90sen-15.90. tapi air dia murah je, 1.50sen-2.50.
walaupun pergi time weekdays, tapi dalam bulan puasa ni orang tetap ramai. full semua meja. nak kata dia begitu best sedap tak ingat tu tak adalah juga, sebab western food ni makan di mana-mana pun bukanlah beza sangat. lebih kurang juga. and you know la Kg. Baru. banyak pilihan kedai makan. jadi sebab itu kowt. pengunjung ramai je selalu.
Bazar Ramadhan Kg. Baru boleh tahan meriah. macam-macam ada. memang jauh lebih meriah dari Bazar Ramadhan Kg. Kerinchi di tempat aku ni. Heh! Oh ya, nak bagitau, semalam ku kecewa sebb sampai masjid bubur lambuk dah habis. katanya aklau nak dapatkan bubur lambuk Kg.Baru ni secara free kena ada kat sini seawal jam 4-5petang. huuuu.
jihan n izzah.
ada nampak tak kapal kat belakang kami tu?. actually tu adalah salah satu kitchen diorang.
after bukak puasa, sekitar jam 8 malam.
lepas bukak puasa, solat maghrib di masjid Kg.Baru. dan kemudian solat Isya' dan tarawih sekali. cerita pasal tarawih, ini adalah kali pertama bertarawih di sini. jemaah perempuan dia sangat ramai. memenuhi lebih 10 saf. rasa seronok sangat tengok jemaah yang begitu ramai. actually masjid Kg.Baru ni buat 20 rakaat tarawih, tapi kami cuma ikut dia buat hingga 8 rakaat je. itupun dah menghampiri jam 10 malam sebab Imam dia baca ayat panjang. nak jalan ke LRT pun makan masa 15minit. jadi tak apalah, 8 rakaat juga ok.
semua kami bawak beg macam baru balik kuliah, padahal dalam beg cuma ada kain telekung. time kat LRT Kg.Baru ni, dah pukul 10.30malam. sempat lagi snap-snap gambar.
dan yang terakhir. satu gambar paling skema abad ini.
-
-
-
-
-
-
bukankah ini seperti style bergambar time sekolah tadika dolu2? bukankah ia begitu comel?
p/s:- GeLAkLaH kAlAu nAK. :p
Comments
nak komen pasal jihan
xjadi sebab nampak gambar bawah tu semua hilang
nak gelak lagi
hahahaahahahahaha
oh ini kasi idea ni, oohh.. bolehlah nanti nak berbuka di sana, dekat ngan masjid senang kan.. leh solah sekali..
wah... idea.. idea..
(belum makan kat luar lagi setakat ni.. )
latest entry Ekspedisi Jelajah Gua - Episod 3 (Gua Ular)
jauhnye berbuka..
mmg kg bharu ni femes sbb kedai mknnya byk la kot..
:D
Jam ade Bom???
Waaah.., macam seronok plak berbuka puasa ramai-ramai macam tu. Saya pun tak pernah lagi berbuka puasa kat luar ni. Hehehehe....